wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ULANG KAJI GEOGRAFI T1

Total questions: 40

Worksheet time: 21mins

Name
Class
Date
1.

Malaysia terletak di rantau

a)

Asia Barat

b)

Asia Timur

c)

Asia Tengah

d)

Asia Tenggara

2.

Negeri terbesar di Malaysia ialah

a)

Perlis

b)

Sabah

c)

Sarawak

d)

Pahang

3.

Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak dipisahkan oleh

a)

Lautan Hindi

b)

Laut China Selatan

c)

Selat Melaka

d)

Selat Tebrau

4.

Kombinasi negeri dan ibu negeri yang manakah betul?

a)

Negeri: Pahang

Ibu negeri: Kota Bahru

b)

Negeri: Perak

Ibu negeri:Seremban

c)

Negeri: Pulau Pinang

Ibu negeri:Georgetown

d)

Negeri: Sarawak

Ibu negeri: Kota Kinabalu

5.

Sistem bumi ini mempunyai gas oksigen dan karbon dioksida yang menyokong hidupan.

Sistem bumi yang dimaksudkan dalam pernyataan di atas ialah

a)

Litosfera

b)

Biosfera

c)

Hidrosfera

d)

Atmosfera

6.

Pilih dua benua yang terdapat di dunia.

a)

Benua Asia

b)

Benua Australia

c)

Benua Artik

d)

Benua Pasifik

7.

Letusan gunung berapi akan menyebabkan

a)

kemusnahan harta benda

b)

bangunan bertambah kukuh

c)

peningkatan suhu global

d)

kekurangan peluang pekerjaan

8.

Pernyataan manakah yang menerangkan bentuk muka bumi di Malaysia?

a)

Pelbagai bentuk bumi

b)

Tanah pamah di kawasan pedalaman

c)

Tanah tinggi di sepanjang pantai

d)

Saliran terdiri daripada sungai dan tasik

9.

Maklumat berikut merujuk kepada

a)

Dataran Selangor

b)

Dataran Kedah-Perlis

c)

Dataran Johor

d)

Dataran Rajang

10.

Pandang darat fizikal dalam senarai di bawah terdapat di peringkat aliran sungai bertanda

a)

I

b)

II

c)

III

d)

IV

11.

Pandang darat fizikal di peringkat hilir sungai ialah

a)

Jeram

b)

Air terjun

c)

Tasik ladam

d)

susuh bukit berpunca

12.

Apakah persamaan bagi kedua-dua sungai di bawah?

a)

Kekeringan air semasa musim panas

b)

Sumber air ikan tawar negara yang terbesar

c)

Dasarnya kaya dengan pelbagai mineral

d)

Jalan perhubungan dan pengangkutan ke kawasan pedalaman

13.

Kombinasi yang manakah betul?

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

14.

Kebanyakan sungai pada masa ini mengalami masalah

a)

Banjir besar

b)

Kekeringan air

c)

Pencemaran air

d)

Kepupusan hidupan air

15.

Apakah faktor utama yang mempengaruhi kepadatan penduduk yang tinggi di kawasan berlorek dalam peta?

a)

Sosial

b)

Fizikal

c)

Ekonomi

d)

Pendidikan

16.

Bagaimanakah aktiviti perindustrian menggalakkan tumpuan penduduk di sesuatu kawasan?

a)

Bentuk muka bumi yang rata

b)

Sumber makanan banyak dan murah

c)

Pelbagai kemudahan asas disediakan

d)

Mewujudkan banyak peluang pekerjaan

17.

Kawasan-kawasan di bawah mempunyai kepadatan penduduk

a)

Tetap

b)

Padat

c)

Jarang

d)

Sederhana

18.

Apakah langkah yang berkesan untuk mengurangkan kesesakan di kawasan yang berpenduduk padat?

a)

Memindahkan penduduk ke bandar lain

b)

Pembukaan bandar baharu di pinggir bandar induk

c)

Pembinaan lebih banyak rumah kos rendah

d)

Mengusir keluar penghuni yang menganggur

19.

Faktor utama yang membezakan petempatan bandar dengan petempatan luar bandar ialah

a)

jenis kegiatan ekonomi

b)

tahap pendidikan penduduk

c)

tahap keselamatan kawasan

d)

hubungan dalam kalangan penduduk

20.

Pilih dua kegiatan ekonomi yang berkaitan dengan petempatan luar bandar.

a)

Pertanian

b)

Perindustrian

c)

Pentadbiran

d)

Perlombongan

21.

Kombinasi kawasan dengan pola petempatan yang manakah betul?

a)

Kawasan: Pinggir pantai,

Pola petempatan: Berselerak

b)

Kawasan: Persimpangan jalan,

Pola petempatan: Berpusat

c)

Kawasan: Kebun kecil getah,

Pola petempatan: Berjajar

d)

Kawasan: Sepanjang sungai,

Pola petempatan: Berkelompok

22.

Pada pendapat anda, apakah isu utama penduduk di petempatan luar bandar?

a)

Kesesakan tempat tinggal

b)

Kadar pengangguran yang tinggi

c)

Kawasan pertanian semakin bertambah

d)

Tahap hidup yang selesa dan moden

23.

Negara manakah yang bukan terletak di Asia Tenggara?

a)

China

b)

Filipina

c)

Thailand

d)

Indonesia

24.

Di Asia Tenggara, kegiatan ekonomi yang paling bergantung kepada sungai ialah

a)

Penternakan

b)

Pelancongan

c)

Pertanian

d)

Perlombongan

25.

Tasik di Asia Tenggara yang terbentuk akibat ledakan gunung berapi ialah

a)

Tonle Sap (Kemboja)

b)

Tasik Kayangan (Filipina)

c)

Tasik Bera (Malaysia)

d)

Danau Toba (Indonesia)

26.

Negara yang paling padat penduduk di Asia Tenggara ialah

a)

Indonesia

b)

Singapura

c)

Malaysia

d)

Brunei Darussalam

27.

Kawasan yang manakah mempunyai taburan penduduk jarang?

a)

Sekitar Tonle Sap

b)

Kawasan timur Myanmar

c)

Banjaran Annam, Vietnam

d)

Bandaraya Bangkok, Thailand

28.

Apakah persamaan bandar-bandar berikut?


• Jakarta

• Bangkok

• Kuala Lumpur

a)

Ibu negara

b)

Pusat penternakan

c)

Pusat pentadbiran

d)

Pusat perikanan

29.

Jenis sumber air utama di Malaysia ialah

a)

Paya

b)

Laut

c)

Tasik

d)

Sungai

30.

Jenis air permukaan ialah

a)

Sungai

b)

Mata air

c)

Perigi

d)

Tasik

31.

Mengapakah penebangan hutan di kawasan tadahan air menyebabkan krisis air?

a)

Air sungai berkurangan

b)

Air sungai semakin panas

c)

Air sungai bertambah jernih

d)

Menjejaskan punca air sungai

32.

Apakah kesan krisis air yang pernah berlaku di Malaysia?

a)

Bekalan air dicatu

b)

Ramai nyawa terkorban

c)

Wabak penyakit bawaan air

d)

Kejadian kebakaran meningkat

33.

Apakah langkah yang sesuai untuk mengatasi krisis air yang disebabkan oleh sektor perindustrian dan pertanian?

a)

Penguatkuasaan undang-undang

b)

Meneroka sumber alternatif air bawah tanah

c)

Rawatan air kumbahan dari parit dan sungai

d)

Pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan tadahan air

34.

Sektor ekonomi negara yang paling terjejas akibat krisis air ialah

a)

Perikanan

b)

Perindustrian

c)

Pembalakan

d)

Perlombongan

35.

Bahan organik merupakan

a)

Boleh diuraikan dan dilupuskan

b)

Sukar diuraikan dan dilupuskan

c)

Dihasilkan daripada sumber mineral

d)

Dihasilkan daripada sumber haiwan dan tumbuhan

36.

• Sukar diuraikan dan dilupuskan

• Dihasilkan daripada sumber mineral


Ciri-ciri di atas berkaitan dengan

a)

Bahan organik

b)

Bahan terbuang

c)

Bahan kompos

d)

Bahan bukan organik

37.

Kombinasi yang manakah betul?

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

38.

Apakah kesan pembuangan sisa dometik tanpa kawalan di Malaysia?

a)

Pencemaran alam sekitar

b)

Wabak penyakit

c)

Meningkatkan kos penyelenggaraan

d)

Menjejaskan ekonomi penduduk setempat

39.

Amalan 3R boleh mengurangkan sisa domestik iaitu

a)

kurangkan

b)

guna semula

c)

fikir semula

d)

kitar semula

40.

Pada pendapat anda, langkah yang manakah paling berkesan untuk mengurangkan pembuangan sisa domestik?

a)

Penguatkuasaan sepanjang hari

b)

Mengenakan hukuman yang lebih berat

c)

Menambahkan bilangan tong sampah

d)

Kempen Penggunaan Barang Kitar Semula