wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BIJAK BAHASA 1

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Kamal berasa sangat __________________ kerana tahun ini dia naik ke Tahun Empat Gemilang.

a)

gembira

b)

berduka

c)

kecewa

2.

Majlis _____________________ hadiah itu diadakan di Dewan Taman Sentosa.

a)

perarakan

b)

mengadakan

c)

penyampaian

3.

Setiap pagi __________________ akan berkokok.

a)

Si Jalak

b)

Si Comel

c)

Pak Belang

4.

Encik Wong hendak membeli kamera digital berjenama ___________________.

a)

Rolex

b)

Nestle

c)

Sony

5.

“ Jiran _________________ memang baik hati,” kata Nisa dan Faizal.

a)

kami

b)

kita

c)

saya

6.

Razi, Kamal dan Lin Yin murid yang rajin. _________________ sering membantu guru membersihkan kelas.

a)

Awak

b)

Kamu

c)

Mereka

7.

Lisa menampal beberapa __________________ gambar buah-buahan pada buku skrap itu.

a)

keping

b)

sikat

c)

buah

8.

_______________ dewan akan dibina di kampung saya tidak lama lagi.

a)

Sebatang

b)

Sebuah

c)

Sederet

d)

Sekeping

9.

Amsyar memotong buah itu ______________________ sebilah pisau

a)

untuk

b)

dengan

c)

bagi

10.

Buah rambutan di kebun Pak Hamid ____________________ ranum.

a)

muda

b)

merah

c)

masak

11.

Farid tetap ____________________ ke sekolah walaupun hujan lebat.

a)

datang

b)

malas

c)

pulang

12.

Fazura belajar __________________ dengan menggunakan komputer.

a)

menaip

b)

menulis

c)

memasak

13.

Bendera __________________ ditiup angin.

a)

berayun

b)

berkibar

c)

berbuai

14.

__________________ datang ke rumah saya pada hujung minggu ini untuk jamuan makan malam.

a)

Usah

b)

Jangan

c)

Jemput

15.

Masakan ikan keli berlada itu sangat _________________.

a)

licin

b)

pedas

c)

pahit

16.

Matanya terasa __________________ apabila terkena asap.

a)

gelap

b)

cerah

c)

pedih

17.

__________________, ramai sungguh orang membeli-belah pada musim perayaan!

a)

Eh

b)

Wah

c)

Nah

18.

“_________________ semua yang ada di dalam dewan ini berikan perhatian,” kata pegawai itu.

a)

Sila

b)

Usah

c)

Minta

19.

Hadiah kepada murid cemerlang itu disampaikan _________________ Guru Besar.

a)

dari

b)

kepada

c)

oleh

20.

Pelanggan bank __________________ untuk membuat urusan di bank.

a)

diatur

b)

teratur

c)

beratur