NEW
Font size
WorksheetsTatabahasa
Total questions: 10
Worksheet time: 3mins
Pak Luqman yang _____________ itu masih kuat mengerjakan sawahnya.
bongkok sabut
manis mulut
tangkai jering
kacang hantu
Abang terpaksa ber _______ apabila tapak gerai yang dipohonnya jatuh ke tangan orang lain.
hidung tinggi
gelap hati
putih mata
sabung nyawa
Suhana tidak gemar membeli pakaian di kedai itu kerana harganya _______ .
paku belanda
atas pagar
kera sumbang
lintah darat
Sikap Amos yang suka _______ itu menyebabkan dia tidak disukai
angkat mata
angkat diri
angkat sumpah
kaki bangku
Qaisarah Hani tidak berani mendekati mangsa kemalangan itu kerana dia mudah _______
hutang darah
hisap darah
cekik darah
mabuk darah
Pak Hilmi dapat hidup senang hasil _______ nya berbakti kepada tanah.
makan suap
lidah bercabang
kucing bertanduk
titik peluh
Annisa _______ menanggung kepayahan hidup di rantauan.
cekal hati
ada hati
sampai hati
buta hati
Berita penangkapan pegawai kerajaan yang _______itu disiarkan di dalam akhbar-akhbar utama.
makan tuan
makan angin
makan hati
makan suap
Sudah hampir sepuluh tahun Sarvesh _______ dengan syarikat di luar negara itu .
bercampur aduk
berurus niaga
berumah tangga
beramah mesra
Walaupun telah bermesyuarat selama empat jam, mereka masih belum mendapat _______ untuk mengatasi masalah yang rumit itu.
jalan keluar
jalan belakang
jalan tengah
jalan pintas
