wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Sejarah: TG 4 Bab 3

Total questions: 16

Worksheet time: 16mins

Name
Class
Date
1.

Apakah matlamat perjuangan Tok Janggut di Pasir Puteh, Kelantan? (ms 52)

a)

Mempertahankan agama Islam

b)

Mempertahankan hak penduduk tempatan

c)

Mendapatkan sokongan sebagai pemimpin

d)

Mempertahankan hak sebagai pemungut cukai

2.

Peristiwa pembunuhan Archduke Ferdinand, iaitu pewaris takhta Austria-Hungary oleh orang Serbia merupakan kemuncak kepada krisis di rantau Balkan. Apakah kesan daripada peristiwa tersebut? (m/s54)

a)

Pembentukan pakatan ketenteraan

b)

Memulakan Perang Dunia Pertama

c)

Kebangkitan imperialisme Barat di Asia

d)

Mencetuskan perang saudara di rantau Balkan

3.

Perjanjian Versaille yang ditandatangani antara Pakatan Bertiga dengan Jerman telah membawa kepada penubuhan Liga Bangsa-Bangsa. Apakah matlamat penubuhan liga tersebut? (m/s56)

a)

Mewujudkan perpaduan di rantau yang bergolak

b)

Mengawal aktiviti pakatan ketenteraan di Eropah

c)

Menggalakkan keamanan dan kerjasama antarabangsa

d)

Membincangkan syarat perdamaian bagi menamatkan perang

4.

Apakah yang diharapkan oleh Itali dan Jerman daripada pencetusan ideologi tersebut? (m/s58)

a)

Menangani krisis kemelesetan ekonomi

b)

Mengembalikan maruah bangsa dan negara

c)

Menyekat kemaraan Pakatan Bertiga di Eropah

d)

Menamatkan perjanjian pasca perang yang berat sebelah

5.

Jepun mewujudkan orde baharu Asia di Asia Timur. Apakah matlamat utama pelaksanaan orde tersebut? (m/s64)

a)

Membebaskan Asia daripada sekatan ekonomi

b)

Membawa pembaharuan ke wilayah yang dikuasai

c)

Membantu negara Asia mendapatkan kemerdekaan

d)

Menguasai wilayah yang kaya dengan bahan mentah

6.

Apakah faktor yang mendorong kedatangan Jepun ke negara kita? (m/s68)

a)

Menguji kekuatan dan keberanian tentera Jepun

b)

Mencari pasaran baharu untuk mengembangkan perindustrian Jepun

c)

Memonopoli sumber ekonomi tempatan untuk mengukuhkan ekonomi Jepun

d)

Membebaskan negara di rantau Asia Tenggara daripada cengkaman penjajah

7.

Apakah misi pihak Jepun menenggelamkan kedua-dua kapal milik British? (m/s69)

a)

Melabuhkan kapal laut milik Jepun

b)

Membina pangkalan tentera laut Jepun

c)

Melumpuhkan pertahanan tentera British

d)

Memberi peluang kepada kapal-kapal asing untuk berlabuh

8.

Kempen "Tambah Lebih Banyak Makanan" telah diperkenalkan oleh Jepun semasa menduduki negara kita.

Bagimanakah Jepun melaksanakan kempen ini? (m/s72)

a)

Mengawal penjualan barangan makanan asas

b)

Mengadakan catuan makanan secara berperingkat

c)

Mengurangkan pengimportan barangan keperluan

d)

Menggalakkan penduduk menanam bahan makanan sendiri

9.

Bagaimanakah Jepun memastikan pelaksanaan rancangan penjepunan berjaya? (m/s72)

a)

Kakitangan dalam pendidikan digantikan dengan orang Jepun

b)

Penggunaan bahasa Jepun sebagai bahasa pengantar di sekolah

c)

Nyanyian lagu kebangsaan Jepun "Kimigayo" setiap hari di sekolah

d)

Mengutamakan penonjolan budaya Jepun dalam setiap acara perayaan

10.

Keperitaan hidup semasa pemerintahan Jepun telah berjaya menyemai sifat rajin dan kreatif dalam kalangan masyarakat tempatan. Bagaimanakah situasi ini dapat membantu penduduk tempatan? (m/s72)

a)

Menghasilkan ciptaan baharu berasaskan bahan tempatan

b)

Membangunkan sistem perdagangan yang tidak dikawal oleh Jepun

c)

Mewujudkan kerjasama ekonomi yang menyatupadukan semua kaum

d)

Mencipta peralatan untuk mengurangkan kebergantungan kepada Jepun

11.

MPAJA adalah gerakan anti-Jepun yang paling agresif menentang pendudukan Jepun. Jepun menubuhkan pasukan tentera yang dianggotai oleh orang Melayu untuk menentang MPAJA. Apakah kesan tindakan Jepun tersebut? (m/s75)

a)

MPAJA melancarkan serangan besar-besaran

b)

Gerakan MPAJA berjaya dikawal

c)

MPAJA mendapatkan bantuan British

d)

Berlaku ketegangan kaum

12.

Bagaimanakah Pasukan Force 136 menentang pendudukan Jepun di negara ini? (m/s76-77)

a)

Menubuhkan pasukan gerila anti-Jepun

b)

Mendapat bantuan daripada MPAJA

c)

Mendapat bantuan daripada tentera BIntang Tiga

d)

Bekerjasama dengan Wataniah Pahang

13.

Kejayaan Jepun menewaskan kuasa barat dalam Perang Dunia Kedua memberi keyakinan kepada masyarakat Asia. Apakah keyakinan yang dimaksudkan? (m/s80)

a)

Masyarakat Asia mahir menggunakan taktik perang gerila

b)

Kemampuan sebenar bukan terletak pada kekuatan tentera

c)

Masyarakat Asia mampu membebaskan negara daripada penjajahan

d)

Masyarakat Asia boleh bergantung kepada Jepun untuk menuntut kemerdekaan daripada penjajah

14.

Apakah yang mendorong perkembangan gerakan nasionalisme semasa pendudukan Jepun di negara kita? (m/s80)

a)

Kejayaan Jepun mengalahkan kuasa besar

b)

Keengganan Jepun memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu

c)

Penahanan beberapa pemimpin gerakan radikal

d)

Kegagalan British menangani penaklukan Jepun

15.

Taktik serangan Jepun ke atas Pearl Harbour yang bertujuan untuk melumpuhkan armada laut海军 Amerika Syarikat telah memprovokasi 挑衅 Amerika Syarikat untuk berperang. Apakah tindakan Amerika Syarikat untuk menamatkan kemaraan Jepun? (m/s82)

a)

Mengebom Nagasaki dan Hiroshima

b)

Mengisytiharkan dasar bumi hangus

c)

Melancarkan serangan gerila besar-besaran

d)

Membentuk pakatan ketenteraan yang melibatkan kuasa besar

16.

Kekejaman tentera Jepun terhadap komuniti Cina telah menyebabkan orang Cina mendapatkan perlindungan daripada MPAJA. Apakah kesan penting daripada situasi ini selepas pengunduran Jepun dari negara ini? (m/s84)

a)

Kebangkitan komunis

b)

Kemunculan parti politik mengikut kaum

c)

Pengiktirafan MPAJA sebagai parti politik yang sah

d)

Konflik kaum antara orang Cina dengan orang Melayu