wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sains Tingkatan 3 (Ulangkaji bab 1-3))

Total questions: 47

Worksheet time: 24mins

Name
Class
Date
1.

Sistem saraf merupakan salah satu sistem yang terdapat dalam manusia. Sistem saraf manusia terdiri daripada :

a)

Sistem saraf pusat

b)

Sistem saraf terkawal

c)

Sistem saraf periferi

d)

Sistem saraf luar kawal

2.

Tindakan yang boleh dikawal oleh kemahuan seseorang dikenali sebagai

a)

Tindakan luar kawal

b)

Tindakan terkawal

c)

Tindakan panik

d)

Tindakan spontan

3.

Dinding bola mata terdiri daripada tiga lapisan iaitu sklera,koroid dan...

a)

Konjuktiva

b)

Pupil

c)

Iris

d)

Retina

4.

Sekiranya seseorang itu menghadapi masalah rabun jauh (miopia), apakah cara yang dapat dilakukan untuk membetulkan masalah ini?

a)

Memakai cermin mata kanta cekung

b)

Memakai cermin mata kanta cembung

c)

Memakai cermin mata kanta silinder

d)

Memakai kaca mata kanta dwifokus

5.

Apakah fungsi pina telinga ?

a)

Menerima gelombang bunyi dan bergetar

b)

Mengumpul gelombang bunyi dan menghantarnya ke salur telinga

c)

Merangsang reseptor untuk menghasilkan impuls saraf

d)

Membawa impuls saraf ke otak

6.

Tropisme ialah gerak balas pertumbuhan yang berarah tertentu dan terbahagi kepada 3 jenis iaitu fototropisme, geotropisme dan hidrotropisme. Fototropisme positif berlaku apabila

a)

Akar tumbuh menjauhi cahaya

b)

Pucuk tumbuh ke arah cahaya

c)

Pucuk tumbuh ke arah graviti

d)

Akar tumbuh ke arah air

7.

Tigmotropisme ialah pergerakan pertumbuhan tumbuhan ke arah/terhadap

a)

Cahaya

b)

Graviti

c)

Sentuhan

d)

AIr

8.

Haiwan karnivor dan herbivor mempunyai jenis penglihatan yang berbeza. Haiwan karnivor kebiasaannya mempunyai penglihatan jenis .....

a)

Monokular

b)

Stereoskopik

c)

Stereofonik

d)

Feromon

9.

Apakah fungsi organ Jacobson yang terdapat pada lelangit mulut reptilia?

a)

Mengesan gangguang daripada objek/organisma berdekatan

b)

Mengesan bunyi dan pergerakan udara

c)

Mengesan pergerakan dan kedalaman objek

d)

Mengesan bau yang terkumpul pada lidah dan mengesan musuh

10.

Udara masuk ke dalam peparu melalui trakea dari salur hidung. Fungsi cincin rawan di sepanjang trakea ialah

a)

Mengekalkan bentuk trakea

b)

Menyalurkan udara ke dalam peparu

c)

Mengawal isi padu rongga trakea

d)

Memerangkap bakteria dan zarah asing

11.

Apabila menarik nafas,

a)

Otot interkosta luar mengecut

b)

Tulang rusuk bergerak ke atas dan keluar

c)

Udara memasuki peparu

d)

Otot interkosta luar mengendur

12.

Di dalam kapilari darah, oksigen bergabung dengan haemoglobin dalam sel darah bagi membentuk

a)

Oksihemoglobin

b)

Karbaminohemoglobin

c)

Carboxyhemoglobin

d)

Methemoglobin

13.

Apakah adaptasi struktur alveolus untuk memaksimumkan pertukaran gas ?

(Pilih semua jawapan yang berkenaan)

a)

Luas permukaan yang besar

b)

Dikelilingi jaringan kapilari darah

c)

Permukaan yang lembap

d)

Ketebalan satu sel

14.

Penyakit bronkitis berlaku disebabkan oleh

a)

Alveolus menjadi tidak kenyal dan membesar

b)

Dinding sel alveolus rosak

c)

Jangkitan oleh virus/bakteria

d)

Alergi

15.

Nikotin yang terdapat dalam tembakau boleh menyebabkan

a)

ketagihan

b)

kanser peparu

c)

gangguan fungsi organ respirasi

d)

Asma

16.

Sistem Trakea ialah sistem respirasi bagi

a)

Mamalia

b)

Amfibia

c)

Ikan

d)

Serangga

17.

Penyakit anemia menyebabkan kekurangan haemoglobin dibentuk. Penyakit ini disebabkan oleh seseorang individu mengalami kekurangan mineral

a)

Kalsium

b)

Fosforus

c)

Besi

d)

Kalium

18.

Pertukaran gas dalam tumbuhan berlaku melalui

a)

Sel pengawal

b)

Stoma

c)

Kloroplas

d)

Nuklues

19.

Pada waktu malam,stoma tertutup. Mengapa?

a)

Sel pengawal menjadi segah pada waktu malam

b)

Air memasuki sel pengawal pada waktu malam

c)

Fotosintesis tidak berlaku pada waktu malam

d)

Tumbuhan tidak melakukan proses respirasi pada waktu malam

20.

Jantung manusia terdiri daripada tiga jenis injap iaitu ....

a)

Trikuspid

b)

Bikuspid

c)

Septum

d)

Sabit

21.

Apakah fungsi injap pada jantung ?

a)

Memastikan darah beroksigen dan darah ternyahoksigen tidak bercampur

b)

Memastikan darah mengalir dalam satu arah sahaja

c)

Membawa darah ke jantung

d)

Membawa darah keluar dari jantung

22.

Fungsi kapilari darah adalah

a)

Membawa darah ke jantung

b)

Membawa darah keluar dari jantung

c)

Menghubungkan arteri dan vena

d)

Memastikan darah mengalir dalam satu arah sahaja

23.

Tisu xilem dalam tumbuhan berfungsi untuk

a)

Mengangkut air dan mineral dari akar ke daun

b)

Mengangkut bahan makanan dari daun ke akar

c)

Memberi sokongan

d)

Menyerap tenaga (cahaya matahari)

24.

Apakah bahagian tumbuhan yang berlabel i) dan ii) di atas?

(Pilih dua jawapan yang tepat)

a)

i) xilem

b)

i) floem

c)

ii) xilem

d)

ii) floem

25.

Rajah menunjukkan tumbuhan mengalami kehilangan air melalui gutasi. Pernyataan yang manakah BENAR tentang gutasi?

a)

berlaku pada waktu siang

b)

kebanyakannya berlaku pada pinggir daun

c)

berlaku apabila kelembapan udara rendah

d)

adalah sejenis embun

26.

Rajah menunjukkan keratan rentas akar. Apakah fungsi bahagian X?

a)

mengangkut oksigen

b)

mengangkut sukrosa(makanan)

c)

mengangkut air

d)

mengangkut garam mineral

27.

Rajah menunjukkan gelang kulit daripada pokok bunga raya yang dipotong dan dibuang oleh Amy. Namakan tisu yang telah dibuang pada pokok tersebut?

a)

xilem

b)

floem

c)

rerambut akar

d)

kulit vaskular

28.

Apakah perbezaan antara xilem dan floem?

a)

floem berada di dalam bahagian kulit batang, manakala xilem berada pada bahagian tengah batang

b)

floem berada pada bahagian tengah batang, manakala xilem berada di dalam bahagian kulit batang

29.

Amira memiliki kumpulan darah B. Dia telah kehilangan darah yang banyak semasa bersalin. Kumpulan darah manakah sesuai diterima olehnya.

a)

kumpulah darah AB

b)

kumpulan darah O

30.

Rajah menunjukkan pertukaran gas yang berlaku dalam badan manusia. Di manakah proses ini berlaku?

a)

arteri pulmonari

b)

vena pulmonari

c)

kapilari darah

d)

aorta

31.

Berikut merupakan maklumat bagi salur darah X.

Mempunyai injap

Saiz lumen besar

Apakah salur darah X?

a)

arteri

b)

vena

c)

kapilari

d)

floem

32.

Organ manakah yang berfungsi mengepam darah untuk membekalkan oksigen dan nutrien ke seluruh badan?

a)
b)
c)
d)
33.

Pernyataan manakah yang benar mengenai jantung manusia?

a)

Darah beroksigen dipam ke dalam aorta

b)

Atrium kanan mempunyai dinding berotot yang paling tebal

c)

Vena kava mengangkut darah terdeoksigen ke ventrikel kiri

d)

Darah beroksigen daripada peparu memasuki atrium kiri melalui arteri pulmonari

34.

Haiwan yang manakah mempunyai sistem peredaran darah seperti dalam rajah di atas?

a)

ikan paus

b)

zirafah

c)

kura-kura

d)

burung unta

35.

Haiwan yang manakah mempunyai sistem peredaran darah yang sama dengan manusia?

a)

salamander

b)

burung unta

c)

ikan paus

d)

kura-kura

36.

Apakah kaedah yang digunakan oleh organisma ringkas untuk menyingkirkan bahan kumuh daripada sel badan?

a)

osmosis

b)

resapan

c)

pengangkutan aktif

d)

pengangkutan pasif

37.

Apakah proses yang ditunjukkan di atas?

a)

hemolisis

b)

aglutinasi

c)

peneutralan

d)

fagositosis

38.

Antara berikut, yang manakah merupakan tindakan terkawal?

a)

Peristalsis

b)

Bercakap

c)

Berpeluh

d)

Denyutan Jantung

39.

Apakah fungsi rerambut pada lapisan di dalam lubang hidung?

a)

Untuk merembeskan mukus yang membantu melembapkan udara

b)

Untuk melindungi rongga nasal semasa menarik nafas

c)

Untuk memerangkap partikel asing yang hadir dalam udara sedutan

d)

Untuk meningkatkan proses tarikan dan hembusan nafas.

40.

Apakah faktor-faktor yang memberi kesan kepada kepekaan kulit?

I Bilangan reseptor deria yang hadir

II Ketebalan lapisan epidermis

III Ketebalan lapisan dermis

a)

I dan II sahaja

b)

I dan III sahaja

c)

II dan III sahaja

d)

I, II, dan III

41.

Apakah organ deria yang digunakan oleh orang cacat penglihatan dalam membaca Braille?

a)

kULIT

b)

HIDUNG

c)

MATA

d)

LIDAH

42.

Rajah 1 menunjukkan keratan rentas hidung manusia.

Apakah fungsi X ?

a)

Melembapkan rongga nasal

b)

B Menterjemahkan impuls sebagai satu bau

c)

Mengeluarkan mukus untuk melarutkkan kimia

d)

Mengesan dan menghantar impuls kepada otak

43.

Rajah 2 menunjukkan satu jenis penglihatan bagi sesetengah haiwan.

Antara haiwan yang berikut, manakah mempunyai jenis penglihatan ini?

a)

Burung Merpati

b)

Kambing

c)

Ikan

d)

Harimau

44.

Rajah 3 menunjukkan tindak balas tumbuhan.

Antara tumbuhan yang berikut, manakah menunjukkan tindak balas yang sama?

a)

Bunga raya

b)

Kacang merah

c)

Bunga matahari

d)

Perangkap lalat Venus

45.

Rajah 4 menunjukkan satu tumbuhan diletakkan dalam kotak hitam dengan satu lubang terbuka di tepi.


Apakah tindak balas yang ditunjukkan oleh pucuk tumbuhan itu?

a)

Tigmotropisme negatif

b)

Hidrotropisme negatif

c)

Fototropisme positif

d)

Geotropisme positif

46.

Rajah 5 menunjukkan satu jenis had keupayaan penglihatan.

a)

Bintik Buta

b)

Astigmatisme

c)

Ilusi Optik

d)

Rabun Dekat

47.

Antara alatan yang berikut, manakah tidak membantu dalam pendengaran?

a)

Alat pendengaran

b)

Pembesar Suara

c)

Stetoskop

d)

Teleskop