wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TATABAHASA PT3

Total questions: 13

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Ayah berlari ________ kawasan tebing sungai apabila beliau mendengar sayup-sayup suara orang meminta tolong.

a)

A. di

b)

B. ke

c)

C. pada

d)

D. kepada

2.

"Telefon pintar milik murid lelaki yang dirampas semalam telah __________ serahkan kepada Pengetua untuk diambil tindakan selanjutnya," kata Cikgu Khalid.

a)

A. dia

b)

B. saya

c)

C. beliau

d)

D. mereka

3.

Pada mulanya, kakak berasa agak _________ untuk menyesuaikan diri dengan anggota keluarga sebelah suaminya.

a)

A. pelik

b)

B. takut

c)

C. ganjil

d)

D. kekok

4.

Hazwan memandu kereta ke rumah bapa saudaranya di Ipoh _________ navigasi Sistem Kedudukan Sejagat (GPS).

a)

A. beralaskan

b)

B. berpandukan

c)

C. berlandaskan

d)

D. bersandarkan

5.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan yang berhuruf condong dengan betulnya.

I Rumah buruk itulah tempat keluarganya berlindung

selama ini.

II Majikan yang berlindung pendatang asing tanpa izin akan

didakwa di mahkamah.

III Pandangannya berlindung oleh pokok besar yang

terdapat di hadapan bangunan itu.

IV Beberapa orang penunggang motosikal sedang

berlindung di bawah jambatan ketika hujan lebat.

a)

A. I dan IV

b)

B. II dan IV

c)

C. I, II dan III

d)

D. II, III dan IV

6.

" ________ hendak ke mana pagi-pagi begini ?" tanya Puan Diana Kepada anaknya.

a)

A. Anda

b)

B. Awak

c)

C. Kamu

d)

D. Tuanku

7.

Sekembalinya dari pejabat, Syahir berehat di ruang tamu sambil _______ kaki.

a)

A. melunjurkan

b)

B. menyusunkan

c)

C. memanjangkan

d)

D. menyimpuhkan

8.

Puan Hasnita tergesa-gesa ke hospital setelah menerima panggilan kecemasan ___________ pengasuh anaknya.

a)

A. dari

b)

B. pada

c)

C. kepada

d)

D. daripada

9.

Masalah ________ bekalan air kerap berlaku di kampung kami sejak akhir-akhir ini.

a)

A. diganggu

b)

B. gangguan

c)

C. terganggu

d)

D. mengganggu

10.

Usahawan itu terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa pulang dari pejabatnya. ________ dihantar ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

a)

A. Dia

b)

B. Beliau

c)

C. Baginda

d)

D. Mereka

11.

Dalam sidang media tersebut, Menteri Besar Pahang ________ kemangkatan Sultan Ahmad Shah pada pagi tadi.

a)

A. merasmikan

b)

B. menyebarkan

c)

C. menerangkan

d)

D. mengumumkan

12.

Para pengguna telefon pintar buatan China itu mulai _________ kerana telefon berkenaan tidak dapat mengakses beberapa peranti lagi.

a)

A. malu

b)

B. panik

c)

C. bosan

d)

D. curiga

13.

Pihak berkuasa menyerbu _________ itu kerana para peniaga menjual barang-barang tiruan.

a)

A. pasar tani

b)

B. pasar raya

c)

C. pasar gelap

d)

D. pasar borong