Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Latihan Simpulan Bahasa

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Kasim tidak _______ meninggalkan emak dan ayahnya di kampung untuk berjijrah ke bandar.

a)

sampai hati

b)

makan hati

c)

sagu hati

d)

sakit hati

2.

Azizah _______ membantu ibunya menyiapkan pakaian yang ditempah pelanggan.

a)

bersengkang mata

b)

sekangkang kera

c)

tebal telinga

d)

berat mata

3.

Budak kecil ini ______ menjadi pemimpin negara yang disegani suatu hari nanti.

a)

buah fikiran

b)

ada bakat

c)

gerak hati

d)

ada angin

4.

Mageswari ______ apabila melihat tangan anaknya yang luka parah itu.

a)

mabuk selasih

b)

mabuk darah

c)

ikat perut

d)

geli hati

5.

“Kamu mestilah kawal pemakanan kamu, sikap _______ kamu itu akan mengundang penyakit,” tegur ibu.

a)

telinga tempayan

b)

buruk selera

c)

telinga kuali

d)

buruk siku

6.

Setelah kematian kedua-dua ibu bapanya Rahul _____ ke luar negara.

a)

mandi mawar

b)

bawah angin

c)

mandi peluh

d)

bawa diri

7.

Swee Ling tidak tahan melihat ibu dan ayahnya yang selalu ______ setiap kali bertemu.

a)

berpeluk tubuh

b)

bertikam lidah

c)

kepala batu

d)

habis jodoh

8.

Kaki Ramli luka terkena serpihan paku akibat ber _______ semasa bermain di padang.

a)

jejak bara

b)

mulut tempayan

c)

kaki ayam

d)

gigi hutan

9.

Mak Minah ______ untuk mencari duit demi perbelanjaan sekolah anaknya.

a)

diam ubi

b)

hilang akal

c)

habis akal

d)

makan duit

10.

Encik Linggam ______ apabila mendapati cermin keretanya pecah.

a)

naik darah

b)

diam ubi

c)

kera sumbang

d)

lipas kudung

11.

Saya kasihan melihat emak yang ______dengan perbuatan ayah yang berkahwin lain itu

a)

rambang mata

b)

panjang akal

c)

tebal telinga

d)

makan hati

12.

Mak Munah _______ apabila anak-anaknya sudah lama tidak pulang menjenguknya.

a)

jatuh hati

b)

jalan buntu

c)

jauh hati

d)

berat sebelah

13.

Jikalau mahu berjaya, berusahalah bersungguh-sungguh, jangan jadi seperti ______ yang penuh dengan angan-angan.

a)

Abu Nawas

b)

raja sehari

c)

Abu Jahal

d)

Mat Jenin

14.

Setiap hujung minggu, panggung wayang mula dipenuhi dengan ______ yang tidak mahu ketinggalan menonton cerita terbaharu.

a)

kaki wayang

b)

kaki bangku

c)

kaki ayam

d)

kaki botol

15.

Saya tidak mahu menegur Shima yang ______ itu kerana dia akan melenting sesuka hatinya.

a)

berat sebelah

b)

kepala angin

c)

ambil angin

d)

tin kosong

16.

Pemuda-pemuda itu ber_____ semasa menyiapkan kerja-kerja menanam di ladang kelapa sawit.

a)

langkah kanan

b)

pekak badak

c)

mandi peluh

d)

ketam batu

17.

Dia segera ______ apabila rancangan merompak bank itu diketahui oleh pihk polis.

a)

besar kepala

b)

cuci tangan

c)

buah pena

d)

curi tulang

18.

Simpulan bahasa yang sesuai bagi gambar di atas

a)

cahaya mata

b)

anak bapa

c)

anak mata

d)

cahaya hati

19.

Simpulan bahasa yang sesuai bagi mengambarkan maksud berlari dengan pantas

a)

langkah kanan

b)

langkah seribu

c)

jalan itik

d)

langkah kiri

20.

Tina tidak suka bercerita apa-apa kepada Julia yang terkenal sebagai _______ itu.

a)

kaki ayam

b)

pekak badak

c)

mulut tempayan

d)

kutu embun