wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Komsas: Syair Pohon Buluh

Total questions: 10

Worksheet time: 4mins

Name
Class
Date
1.

Yang ada sedia panji-panji bendera,

Hingga sampai kemuncak menara,

Banyak ada ia bersaudara,

Yang ada pula bersama gara.


Apakah yang dimaksudkan dengan rangkap kedua syair di atas?

a)

Hubungan persaudaraan yang kukuh akan mendatangkan kejayaan walaupun ada kalanya terdapat pelbagai rintangan.

b)

Hubungan manusia dan alam tidak dapat dipisahkan walaupun tinggal di menara yang tinggi.

c)

Pihak berkuasa menjalankan tugas untuk menjaga keselamatan negara.

d)

Hubungan yang akrab antara anggota masyarakat akan dapat menangkis pelbagai anasir jahat.

2.

Apakah tema yang paling sesuai untuk Syair Pohon Buluh?

a)

Kepentingan hidup bersendirian dalam menjalani kehidupan seharian.

b)

Kepentingan menjaga alam sekitar terutamanya pohon buluh.

c)

Kepentingan perpaduan dalam sesebuah negara.

d)

Kepentingan hidup bersatu padu dalam sesebuah keluarga.

3.

Pilih persoalan yang terdapat dalam Syair Pohon Buluh.

a)

Melaksanakan tugas tanpa mengira perbezaan status seseorang.

b)

Perpaduan menjadi teras kejayaan.

c)

Sumber alam yang kian pupus di muka bumi.

d)

Perpaduan kukuh dapat menangkis anasir jahat.

4.

Pihak berkuasa menjalankan tugas untuk menjaga keamanam negara tanpa mengira status seseorang.


Maksud rangkap syair di atas merujuk kepada rangkap syair yang ________________.

a)

Keempat

b)

Ketiga

c)

Kedua

d)

Pertama

5.

Syair Pohon Buluh mempunyai beberapa bentuk dan ciri-ciri iaitu

a)

Bentuk terikat

b)

Mempunyai 4 rangkap

c)

Mempunyai 4 baris dalam setiap rangkap

d)

Mempunyai 4 hingga 6 patah kata dalam setiap baris

e)

Mempunyai 9 hingga 12 suku kata dalam setiap baris

6.

Rima akhir setiap rangkap dalam Syair Pohon Buluh adalah terikat iaitu aaaa.

a)

Betul

b)

Salah

7.

Terdapat 2 unsur bunyi di dalam Syair Pohon Buluh iaitu asonansi dan aliterasi.

a)

Salah

b)

Betul

8.

Ikat tingkatnya tak nampak alam.


Baris keempat rangkap keempat ini mengalami pengulangan unsur bunyi aliterasi huruf ____.

a)

a

b)

i

c)

t

d)

n

9.

Pilih gaya bahasa yang terdapat dalam Syair Pohon Buluh.

a)

Simile

b)

Responsi

c)

Sinkope

d)

Kata Ganda

10.

Berikut merupakan nilai yang boleh dikenalpasti dalam Syair Pohon Buluh kecuali

a)

Keadilan

b)

Bertanggungjawab

c)

Persaudaraan

d)

Kasih sayang