NEW
Font size
WorksheetsBijak Bahasa Bersama Cikgu Mazni
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
"__________ pasti berjaya," jerit Samsul sekuat-kuat hatinya.
Beta
Aku
Kami
Kita
“Tumbuk cili ini hingga _____ ,” pesan Mak Long kepada cucunya.
pecah
nipis
kecil
lumat
Pak Hamid sedang ______ pokok mangga di depan rumahnya.
mencantas
mencangkul
menebang
menghiris
Encik Karim sekeluarga tidak hadir ke majlis perkahwinan itu _____ dijemput berkali-kali kerana mereka tersinggung dengan cara dia bercakap.
walaupun
malah
jika
agar
Budak yang mencuri itu _____ apabila disoal oleh guru disiplin sekolahnya.
takut
ketakutan
ditakutkan
menakutkan
Pak Amin sedang sibuk _____ kayu.
meraut
menakuk
membelah
memotong
Setibanya di pelabuhan, anak-anak kapal terus _______ sauh.
menjatuhkan
memanjangkan
melabuhkan
meletakkan
Para nelayan itu menebarkan ____ jala secara beramai-ramai.
seruas
sehelai
serawan
sejurai
Sebaik sahaja Peter sampai, Bryan terus ____ tanpa menoleh ke arah Peter.
edar
edaran
beredar
mengedar
Aman _____ selepas berlari sejauh 200 meter.
lintang-pukang
terhegeh-hegeh
tercungap-cungap
ternganga-nganga
Luna merupakan murid yang cerdik ____ kehidupan hariannya amat susah berbanding rakan-rakan yang lain.
malah
jikapun
meskipun
namun
Shumi sungguh petah bercakap ____ umurnya baru empat tahun.
jika
agar
kerana
walaupun
Tidak ___ penduduk kampung Paya bersetuju jika tanah mereka diambil untuk dimajukan.
sukuan
separuh
suku
semua
Ayah sangat ____ tentang pelajaran kami walaupun ayah sendiri buta huruf.
ada hati
lepas tangan
lepas cakap
ambil berat
Di dalam plastik yang berwarna hitam ini ada beberapa ____ padi.
urat
untai
gemal
jambak
Penjodoh bilangan bagi gambar rajah di atas ialah
kaki
ruas
ulas
keping
Nenek Tam tergelincir kerana lantai bilik air yang ___ macam belut.
licin
lurus
kesat
panjang
Mereka hanya berbual ringkas di ____ pagar rumah masing-masing.
atas
tepi
bawah
hujung
__________ , pantas sungguh gerakan Razif semasa perlawanan suku akhir permainan badminton semalam!
Cis
Nah
Wah
Aduhai
Kakak sedang menolong emak menggaul bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kek di dalam mangkuk besar.
Perkataan berlawan bagi menggaul ialah
mengasingkan
mencampur
meratakan
menyamakan
Susan suka mengumpat rakan sekelasnya yang miskin itu.
Perkataan berlawan bagi mengumpat ialah
memuji
mencerca
mengata
menghina
“Jangan menonton televisyen hingga larut malam,” pesan Cikgu Azila.
Perkataan seerti bagi larut ialah
awal
lewat
hampir
agak
Makanan yang dimakan mesti dikunyah supaya mudah dicerna.
Perkataan seerti bagi kunyah ialah
kisar
telan
hadam
mamah
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I. Adik yang masih kecil sudah berani keluar sendiri.
II. Di dalam laci ini ada besi berani.
III. Dia menghidangkan saya sepinggan nasi berani.
IV. Kita mesti berani kerana benar.
I dan II
II dan IV
I, II dan IV
I, II, III dan IV
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I. Saya sudah menerima maklum balas daripada pihak atasan.
II. Jangan sampai terlupa membalas surat kiriman ini.
III. Karim memang seorang yang membalas.
IV. Sikap balas kasihan perlu ada dalam diri seseorang.
I dan II
I dan III
II dan IV
I, II dan IV
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I. Unggun api itu mesti dipadamkan sebelum kita meninggalkan tempat ini.
II. Ingatan ibu terhadap ayah masih tidak padam walaupun ayah sudah meninggal dunia.
III. Wajah Azlina merah padam kerana malu apabila diusik.
IV. Lama-kelamaan, bunyi itu semakin padam.
I, III dan IV
I, II dan III
II, III dan IV
I, II, III, IV
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I. Pelancong asing suka akan negara kita yang aman lagi makmur.
II. Saya berasa asing ketika berada di luar negara.
III. Murid-murid lelaki duduk asing dengan murid-murid perempuan.
IV. Sebuah kapal asing berlabuh di pelabuhan itu.
I, II dan III
I dan II
I, II dan IV
I, II, III dan IV
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.
Sejak bilakah dia mula berperangai sedemikian?
Ya, perangainya memang demikian.
Saya pun tidak pasti mengenai hal itu.
Mungkin fikirannya terganggu.
Entahlah, saya tidak tahu mengapa perangainya demikian.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Tuah memarahi Jebat kerana menyangka Jebat menderhaka kepada raja.
Akibat menderhakai raja, Tuah dimarahi Jebat.
Jebat dimarahi oleh Tuah kerana Tuah menyangka Jebat menderhakai raja.
Akibat tersalah sangka terhadap raja, Tuah memarahi Jebat
Jebat yang menyangka Tuah menderhakai raja memarahi Tuah.
Pilih ayat yang betul.
Udara di puncak Gunung Kinabalu amat nyaman.
Mereka menangkap gambar walhal berada di Bukit Machincang, Langkawi.
Ibu kerap merenggut kerana abang banyak membazir.
Cikgu Hassan sedang mengajar para murid-murid di kelas.
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Makanan seimbang mengandungi semua zat yang diperlukan oelh badan kita dengan jumlah yang mencukupi. Makanan seimbang perlu dilengkapi dengan zat protein, karbohidrat, vitamin, dan garam galian. Zat protein boelh didapati daripada ikan, telur, daging, dan ayam. Manakala roti, nasi, dan mi memerikan sumber karbohidrat kepada tubuh badan. Di dalam kehidupan seharian kita perlu memastikan makanan yang seimbang agar sentiasa dalam keadaan sihat dan kuat. Melalui sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan vitamin dan garam galian, kita dapat membantu mengurangkan kemungkinan jangkitan penyakit pada tubuh.
Selain itu, kita perlu juga mengurangkan pengambilan makanan ringan, makanan yang manis, dan mempunyai kandungan lemak yang tinggi. Makanan yang mempunyai lemak yang tinggi terdiri daripada mentega, keju, minyak, coklat, dan sebagainya. Dengan makanan seimbang, kita dapat membantu mengukuhkan sistem pertahanan tubuh kita. Badan kita akan sentiasa sihat dan tidak terdedah kepada penyakit seperti obesiti, diabetes, dan penyakit jantung. Lantaran itu, kita haruslah mengamalkan pengambilan makanan yang seimbang. Kesihatan yang baik menjamin kehidupan yang sempurna.
Apakah yang dimaksudkan dengan makanan seimbang?
Mengandungi vitamin dan garam galian yang tinggi
Mengurangkan jangkitan penyakit pada tubuh
Mengandungi zat yang diperlukan oleh badan dalam kadar yang mencukupi
Mempunyai kandungan lemak yang tinggi
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Makanan seimbang mengandungi semua zat yang diperlukan oelh badan kita dengan jumlah yang mencukupi. Makanan seimbang perlu dilengkapi dengan zat protein, karbohidrat, vitamin, dan garam galian. Zat protein boleh didapati daripada ikan, telur, daging, dan ayam. Manakala roti, nasi, dan mi memerikan sumber karbohidrat kepada tubuh badan. Di dalam kehidupan seharian kita perlu memastikan makanan yang seimbang agar sentiasa dalam keadaan sihat dan kuat. Melalui sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan vitamin dan garam galian, kita dapat membantu mengurangkan kemungkinan jangkitan penyakit pada tubuh.
Selain itu, kita perlu juga mengurangkan pengambilan makanan ringan, makanan yang manis, dan mempunyai kandungan lemak yang tinggi. Makanan yang mempunyai lemak yang tinggi terdiri daripada mentega, keju, minyak, coklat, dan sebagainya. Dengan makanan seimbang, kita dapat membantu mengukuhkan sistem pertahanan tubuh kita. Badan kita akan sentiasa sihat dan tidak terdedah kepada penyakit seperti obesiti, diabetes, dan penyakit jantung. Lantaran itu, kita haruslah mengamalkan pengambilan makanan yang seimbang. Kesihatan yang baik menjamin kehidupan yang sempurna.
Zat karbohidrat boleh didapati daripada
telur, nasi, dan susu
nasi, mi dan roti
nasi, sayur, mi, dan roti
telur, mentega, dan minyak
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Makanan seimbang mengandungi semua zat yang diperlukan oelh badan kita dengan jumlah yang mencukupi. Makanan seimbang perlu dilengkapi dengan zat protein, karbohidrat, vitamin, dan garam galian. Zat protein boleh didapati daripada ikan, telur, daging, dan ayam. Manakala roti, nasi, dan mi memerikan sumber karbohidrat kepada tubuh badan. Di dalam kehidupan seharian kita perlu memastikan makanan yang seimbang agar sentiasa dalam keadaan sihat dan kuat. Melalui sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan vitamin dan garam galian, kita dapat membantu mengurangkan kemungkinan jangkitan penyakit pada tubuh.
Selain itu, kita perlu juga mengurangkan pengambilan makanan ringan, makanan yang manis, dan mempunyai kandungan lemak yang tinggi. Makanan yang mempunyai lemak yang tinggi terdiri daripada mentega, keju, minyak, coklat, dan sebagainya. Dengan makanan seimbang, kita dapat membantu mengukuhkan sistem pertahanan tubuh kita. Badan kita akan sentiasa sihat dan tidak terdedah kepada penyakit seperti obesiti, diabetes, dan penyakit jantung. Lantaran itu, kita haruslah mengamalkan pengambilan makanan yang seimbang. Kesihatan yang baik menjamin kehidupan yang sempurna.
Penyakit diabetes disebabkan oleh
pengambilan makanan berlemak berlebihan
pengambilan makanan yang berlebihan
pengambilan makanan manis yang berlebihan
pengambilan makanan masin yang berlebihan
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Makanan seimbang mengandungi semua zat yang diperlukan oelh badan kita dengan jumlah yang mencukupi. Makanan seimbang perlu dilengkapi dengan zat protein, karbohidrat, vitamin, dan garam galian. Zat protein boleh didapati daripada ikan, telur, daging, dan ayam. Manakala roti, nasi, dan mi memerikan sumber karbohidrat kepada tubuh badan. Di dalam kehidupan seharian kita perlu memastikan makanan yang seimbang agar sentiasa dalam keadaan sihat dan kuat. Melalui sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan vitamin dan garam galian, kita dapat membantu mengurangkan kemungkinan jangkitan penyakit pada tubuh.
Selain itu, kita perlu juga mengurangkan pengambilan makanan ringan, makanan yang manis, dan mempunyai kandungan lemak yang tinggi. Makanan yang mempunyai lemak yang tinggi terdiri daripada mentega, keju, minyak, coklat, dan sebagainya. Dengan makanan seimbang, kita dapat membantu mengukuhkan sistem pertahanan tubuh kita. Badan kita akan sentiasa sihat dan tidak terdedah kepada penyakit seperti obesiti, diabetes, dan penyakit jantung. Lantaran itu, kita haruslah mengamalkan pengambilan makanan yang seimbang. Kesihatan yang baik menjamin kehidupan yang sempurna.
Pernyataan berikut adalah benar tentang petikan, kecuali
Tubuh memerlukan makanan seimbang untuk sentiasa sihat.
Makanan seimbang dapat mengukuhkan sistem pertahanan badan.
Sayur-sayuran dan buah-buahan dapat mengurangkan jangkitan penyakit tubuh badan.
Badan tidak akan terdedah dengan penyakit sekiranya makan makanan yang manis.
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Makanan seimbang mengandungi semua zat yang diperlukan oelh badan kita dengan jumlah yang mencukupi. Makanan seimbang perlu dilengkapi dengan zat protein, karbohidrat, vitamin, dan garam galian. Zat protein boleh didapati daripada ikan, telur, daging, dan ayam. Manakala roti, nasi, dan mi memerikan sumber karbohidrat kepada tubuh badan. Di dalam kehidupan seharian kita perlu memastikan makanan yang seimbang agar sentiasa dalam keadaan sihat dan kuat. Melalui sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan vitamin dan garam galian, kita dapat membantu mengurangkan kemungkinan jangkitan penyakit pada tubuh.
Selain itu, kita perlu juga mengurangkan pengambilan makanan ringan, makanan yang manis, dan mempunyai kandungan lemak yang tinggi. Makanan yang mempunyai lemak yang tinggi terdiri daripada mentega, keju, minyak, coklat, dan sebagainya. Dengan makanan seimbang, kita dapat membantu mengukuhkan sistem pertahanan tubuh kita. Badan kita akan sentiasa sihat dan tidak terdedah kepada penyakit seperti obesiti, diabetes, dan penyakit jantung. Lantaran itu, kita haruslah mengamalkan pengambilan makanan yang seimbang. Kesihatan yang baik menjamin kehidupan yang sempurna.
Manakah antara berikut bukan zat makanan?
Kalium
Karbohidrat
Protein
Kalsium
Petikan di bawah berkaitan dengan gambar.
Sukarnya kehidupan orang-orang yang rabun. Sesekali aku ingin bebas daripada cengkaman tuanku jika hal-hal berkaitan kebajikan tidak dijaga. Namun apa yang kuharapkan jarang berlaku.
Adakalanya rakan seperjuanganku berasa amat tertekan jika bertuankan seseorang yang rajin membaca ataupun rajin bekerja hingga lewat malam. Meskipun khidmat kami cemerlang, masih ramai yang tidak berterima kasih apatah lagi menyayangi golongan kami.
Aku yang diperbuat daripada plastik langsung tidak pernah mendapat belaian. Tuanku beranggapan aku boleh dicampak ke merata-rata tempat jika tidak digunakan. Ini berbeza sedikit dengan rakanku yang diperbuat daripada kaca.
Tentang kesakitan golongan kami, tidak usah ditanya. Ada yang pecah berderai, patah ataupun tercalar. Demikianlah serba sedikit perjalanan hidup golonganku.
Berdasarkan cerita di atas, apakah bahan yang boleh digunakan untuk menyiapkan 'aku'?
Plastik dan kaca
Emas dan plastik
Aluminium dan kaca
Plastik dan tanah liat
Sukarnya kehidupan orang-orang yang rabun. Sesekali aku ingin bebas daripada cengkaman tuanku jika hal-hal berkaitan kebajikan tidak dijaga. Namun apa yang kuharapkan jarang berlaku.
Adakalanya rakan seperjuanganku berasa amat tertekan jika bertuankan seseorang yang rajin membaca ataupun rajin bekerja hingga lewat malam. Meskipun khidmat kami cemerlang, masih ramai yang tidak berterima kasih apatah lagi menyayangi golongan kami.
Aku yang diperbuat daripada plastik langsung tidak pernah mendapat belaian. Tuanku beranggapan aku boleh dicampak ke merata-rata tempat jika tidak digunakan. Ini berbeza sedikit dengan rakanku yang diperbuat daripada kaca.
Tentang kesakitan golongan kami, tidak usah ditanya. Ada yang pecah berderai, patah ataupun tercalar. Demikianlah serba sedikit perjalanan hidup golonganku.
Siapakah antara berikut yang memerlukan 'aku'?
Orang yang pekak
Para remaja yang rajin belajar
Orang yang tidak berwajah cantik
Orang yang penglihatannya kurang jelas
Sukarnya kehidupan orang-orang yang rabun. Sesekali aku ingin bebas daripada cengkaman tuanku jika hal-hal berkaitan kebajikan tidak dijaga. Namun apa yang kuharapkan jarang berlaku.
Adakalanya rakan seperjuanganku berasa amat tertekan jika bertuankan seseorang yang rajin membaca ataupun rajin bekerja hingga lewat malam. Meskipun khidmat kami cemerlang, masih ramai yang tidak berterima kasih apatah lagi menyayangi golongan kami.
Aku yang diperbuat daripada plastik langsung tidak pernah mendapat belaian. Tuanku beranggapan aku boleh dicampak ke merata-rata tempat jika tidak digunakan. Ini berbeza sedikit dengan rakanku yang diperbuat daripada kaca.
Tentang kesakitan golongan kami, tidak usah ditanya. Ada yang pecah berderai, patah ataupun tercalar. Demikianlah serba sedikit perjalanan hidup golonganku.
Penjodoh bilangan yang sesuai untuk golongan 'aku' ialah
sebiji
sebuah
sebentuk
sepasang
Sukarnya kehidupan orang-orang yang rabun. Sesekali aku ingin bebas daripada cengkaman tuanku jika hal-hal berkaitan kebajikan tidak dijaga. Namun apa yang kuharapkan jarang berlaku.
Adakalanya rakan seperjuanganku berasa amat tertekan jika bertuankan seseorang yang rajin membaca ataupun rajin bekerja hingga lewat malam. Meskipun khidmat kami cemerlang, masih ramai yang tidak berterima kasih apatah lagi menyayangi golongan kami.
Aku yang diperbuat daripada plastik langsung tidak pernah mendapat belaian. Tuanku beranggapan aku boleh dicampak ke merata-rata tempat jika tidak digunakan. Ini berbeza sedikit dengan rakanku yang diperbuat daripada kaca.
Tentang kesakitan golongan kami, tidak usah ditanya. Ada yang pecah berderai, patah ataupun tercalar. Demikianlah serba sedikit perjalanan hidup golonganku.
Perkataan lain boleh menggantikan perkataan cengkaman ialah
hasutan
kurungan
penindasan
pengorbanan
Sukarnya kehidupan orang-orang yang rabun. Sesekali aku ingin bebas daripada cengkaman tuanku jika hal-hal berkaitan kebajikan tidak dijaga. Namun apa yang kuharapkan jarang berlaku.
Adakalanya rakan seperjuanganku berasa amat tertekan jika bertuankan seseorang yang rajin membaca ataupun rajin bekerja hingga lewat malam. Meskipun khidmat kami cemerlang, masih ramai yang tidak berterima kasih apatah lagi menyayangi golongan kami.
Aku yang diperbuat daripada plastik langsung tidak pernah mendapat belaian. Tuanku beranggapan aku boleh dicampak ke merata-rata tempat jika tidak digunakan. Ini berbeza sedikit dengan rakanku yang diperbuat daripada kaca.
Tentang kesakitan golongan kami, tidak usah ditanya. Ada yang pecah berderai, patah ataupun tercalar. Demikianlah serba sedikit perjalanan hidup golonganku.
Antara berikut, yang manakah jarang berlaku terhadap 'aku'
luka
patah
pecah
tercalar
