wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu tatabahasa tingkatan 3

Total questions: 10

Worksheet time: 2mins

Name
Class
Date
1.

Zamani diminta oleh bapanya mencantas_________ kelapa yang sudah kekuningan di kebun mereka pada petang itu.

a)

A.daun

b)

B. pokok

c)

C.batang

d)

D. pelepah

2.

Surat pekeliling itu telah ditampalkan______papan kenyataan

a)

A.di

b)

B.atas

c)

C.pada

d)

D.kepada

3.

Pergerakan pelakon itu dalam adegan pergaduhan kelihatan__________ kerana dia pernah mempelajari seni pertahanan diri.

a)

A. tangkas

b)

B. lasak

c)

C. cekap

d)

D. kencang

4.

Cikgu Aman telah diamanahkan oleh pihak PIBG untuk ___________ mata pelajaran Bahasa Melayu semasa cuti persekolahan kepada sekumpulan pelajar yang lemah

a)

A. mengajar

b)

B. mengajari

c)

C. mengajarkan

d)

D. menunjuk ajar

5.

Alang mengambil songkok hitamnya lalu______ ke atas kepalanya.

a)

A. menyerkupkan

b)

B. menyerkapkan

c)

C. menyarungkan

d)

D. menyorongkan

6.

Sewaktu tergesa-gesa, menuju ke dapur kaki Nadirah _________ pada bendul pintu biliknya.

a)

A. tersepak

b)

B. tersadung

c)

C. terpijak

d)

D. terselit

7.

Semua kakitangan di jabatan itu telah diingatkan oleh ketua mereka agar menjauhi perbuatan ____________ yang akan mengakibatkan mereka di soal siasat oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah

a)

A. gelap mata

b)

B. pisau cukur

c)

C. mata duitan

d)

D. tumbuk rusuk

8.

Ali dan adiknya selalu bertengkar, namun mereka akhirnya akan berbaik. Keadaan ini samalah seperti....

a)

A. didengar ada dipakai tiada

b)

B. biar mati anak jangan mati adat

c)

C. jauhari yang mengenal manikam

d)

D.carik-carik bulu ayam, lama-kelamaan bercantum juga

9.

Sejak ibu bapanya meninggal, hidup Suraya melarat dan disisihkan oleh masyarakat sekelilingnya.

Pilih peribahasa yang sesuai dengan nasib Suraya

a)

A. Bagai kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tidak mahu

b)

B. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul

c)

C. Seperti embun di hujung rumput

d)

D. Bagai layang-layang putus tali

10.

Walaupun pelbagai halangan dilalui oleh Hawa, namun dia tetap berusaha mengharunginya dan tidak berputus asa. Akhirnya dia berjaya mencapai cita-citanya.


Peribahasa-peribahasa dibawah membawa maksud yang sama seperti di atas kecuali

a)

A. genggam bara api biar jadi arang

b)

B. sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit

c)

C. di mana ada kemahuan , di situ ada jalan

d)

D. hendak seribu daya , tak hendak seribu dalih