NEW
Font size
WorksheetsKATA ADJEKTIF 1
Total questions: 30
Worksheet time: 15mins
Pelatih-pelatih tentera laut yang baru tamat latihan itu kelihatan ________________ apabila memakai pakaian seragam.
indah
lawa
segak
cantik
Salmah sering tersenyumm apabila teringat segala kenangan ____________ semasa dia tinggal di asrama.
manis
lalu
indah
lama
Puan Hamidah berasa _________________ kerana anaknya masih belum pulang dari sekolah walaupun sudah pukul 3.00 petang.
rimas
ragu
sangsi
resah
Cikgu Fauzi menyampaikan ceramahnya dengan ____________ berkaitan penggunaan peta dan kompas kepada murid-murid pengakapnya.
terang
tepat
jelas
lancar
Pakaian yang dipakai oleh penyanyi perempuan itu sungguh ___________ sehingga menampakkan seluruh susuk tubuhnya.
jarang
halus
senteng
renggang
Piala lama kepunyaan ayah yang berada di dalam almari itu kelihatan __________________ kerana sudah lama tidak digilap.
pudar
kusam
suram
kabur
Tiang lampu di tepi jalan itu menjadi __________ apabila dilanggar oleh sebuah kereta petang semalam.
bongkok
serong
sendeng
senget
Kita tidak sepatutnya mengeluarkan kata-kata _______________ ketika marah.
kotor
keji
kesat
jijik
Terdapat kesan ________________ pada pintu hadapan kereta ayah itu setelah dilanggar oleh basikal adik.
lekuk
lebam
lengkung
bengkok
Tekak adik berasa loya apabila melalui kawasan belakang pasar borong yang berbau ____________ itu.
hanyir
hapak
tengik
hangit
Suasana di dalam panggung wayang itu _______________ dengan gelak ketawa penonton.
gamat
gempar
kecoh
hingar
Puan Darwina mencucuk ubi kentang yang direbusnya dengan garpu untuk memastikan ubi yang direbusnya itu sudah ____________ atau belum.
lembut
masak
empuk
lembut
Keropok ikan di dalam tin yang terdedah itu sudah tidak ______________ lagi.
rapuh
rangup
keras
lemau
Pandangan mata Samad menjadi ________________ apabila termasuk habuk.
kabus
kelam
malap
kabur
Emak menyimpan uniform sekolah kakak yang sudah ______________itu di dalam plastik untuk dijadikan kain buruk.
lusuh
kusam
usang
lapuk
Pergerakan pemain bola sepak itu sungguh ______________ dan sukar dikawal.
lincah
tangkas
cergas
aktif
Tiada jalan ______________ untuk mencapai kejayaan yang cemerlang kecuali berusaha dengan bersungguh-sungguh.
singkat
pendek
ringkas
pintas
Semenjak mengikuti program senaman, baju dan seluar Wahid menjadi ______________.
lebar
longgar
luas
besar
Walaupun Ariff baru berusia tujuh tahun namun dia sudah _____________ menyelesaikan masalah matematik peringkat tinggi.
pintar
bijak
cerdik
pandai
Kawasan ___________ di antara kantin dan padang sekolah itu akan dibina sebuah makmal komputer.
lebar
besar
luas
lapang
Aswad membuang sedikit air di dalam cerek yang ingin dijerangnya itu kerana kandungannya terlalu _________________.
padat
sendat
penuh
padu
Garisan lorong bagi acara 100 meter di padang sekolah itu kelihatan bengkok dan tidak ______________.
tegak
lurus
tepat
sekata
Kereta pacuan empat roda itu sungguh tahan ______________.
lama
lasak
getir
silau
Paras air di kawasan tadahan air itu menjadi ______________ sejak kemarau berpanjangan.
tohor
singkat
pendek
sedikit
Betis datuk kerap menjadi ______________ dalam keadaan cuaca yang sejuk.
kejur
tegang
kejang
cekang
Keadaan di dalam bilik itu agak _____________ kerana menggunakan bal lampu yang mempunyai wat yang rendah.
kabur
kusam
kepam
malap
Ayam-ayam yang sedang makan jagung di belakang dapur nenek lari _____________ apabila disimbah oleh abang dengan sebaldi air.
berserakan
berhamburan
bertempiaran
berkeliaran
Terdapat kesan ____________ pada tiang jambatan baru itu.
belah
derai
retak
hancur
_______________kamu mintalah izin daripada ibu bapa sebelum menyertai aktiviti perkhemahan itu kerana para peserta perlu bermalam di sekolah.
Sebaik-baiknya
Seboleh-bolehnya
Setidak-tidaknya
Seawal-awalnya
Keropok di dalam tin itu berbau ___________ kerana tarikh luput telah tamat.
tengik
hangit
hamis
hapak
