wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BM011 UPSR 2017

Total questions: 15

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

"Cikgu ___________ tidak dapat menghadiri latihan hoki pada petang ini kerana akan menziarahi nenek di hospital," kata Nuraini dan adiknya.

a)

mereka

b)

saya

c)

dia

d)

kami

2.

"Kalian _______________ segera ke tempat kejadian," kata pegawai polis itu kepada anak buahnya.

a)

pernah

b)

dapat

c)

patut

d)

baru

3.

Iqbal berasa sungguh ____________ apabila mendengar nama datuknya disebut dan dipuji oleh ketua kampung.

a)

mulia

b)

mesra

c)

megah

d)

tenteram

4.

Hang Tuah berkata kepada pengawal istana, " Izinkan ____________ masuk mengadap _____________ untuk menyampaikan khabar gembira."

a)

hamba ..... tuan hamba

b)

hamba ..... baginda

c)

patik ..... baginda

d)

patik ..... tuan hamba

5.
a)

mencemar duli

b)

merafak sembah

c)

menjunjung titah

d)

menerima mengadap

6.

Struktur dan tiang bangunan itu diperkuat dengan __________ besi agar bangunan itu kukuh.

a)

jejari

b)

kekuda

c)

kekisi

d)

tetulang

7.

Para penonton yang hadir dalam sesi rakaman rancangan 'Dapur Kita' menyaksikan tukang masak menyediakan sajian pengantin mengikut ______________ yang betul.

a)

tatatertib

b)

tatacara

c)

tatakerja

d)

tatasusila

8.

Sarah __________ idea untuk menyiapkan buku skrap yang diberikan oleh gurunya.

a)

kebuntuan

b)

keberatan

c)

kepekaan

d)

kekeliruan

9.

Pilih simpulan bahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong.


Strategi pertahanan yang tidak menjadi akhirnya ___________ kerana pihak lawan berjaya menjaringkan beberapa gol.

a)

makan dalam

b)

makan hati

c)

makan diri

d)

makan lawan

10.

Atlet sekolah kami telah merangkul tiga pingat emas dalam acara olahraga peringkat daerah.


Pilih perkataan sinonim bagi merangkul


I - menjuarai

II -memenangi

III - menggondol

IV - menjulang

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I dan IV

d)

III dan IV

11.
a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I dan IV

d)

III dan IV

12.

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.


Pembinaan jambatan itu diminta oleh penduduk kampung supaya disegerakan kerana bimbang akan keselamatan mereka.

a)

Mengapakah pembinaan jambatan itu perlu disegerakan?

b)

Siapakah yang berasa bimbang akan keselamatan penduduk kampung?

c)

Bilakah penduduk kampung meminta pembinaan jambatan itu disegerakan?

d)

Bagaimanakah pembinaan jambatan itu dapat menjamin keselamatan penduduk kampung?

13.

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.


Berapakah jumlah peserta yang menyertai acara lumba lari itu?

a)

Saya akan menyertainya pada pagi ini.

b)

Saya tidak pasti bilangannya.

c)

Acara lumba lari itu diadakan di sekolah saya.

d)

Acara lumba lari itu disertai oleh ramai orang.

14.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


Semua rakan sekelas Adam menyenangi sikapnya yang pemurah.

a)

Adam dan semua rakan sekelasnya disenangi kerana bersikap pemurah.

b)

Sikap Adam yang pemurah disenangi oleh semua rakan sekelasnya.

c)

Semua rakan sekelas Adam disenangi oleh Adam yang pemurah.

d)

Sikap pemurah semua rakan sekelasnya disenangi oleh Adam.

15.

Pilih ayat yang betul.


I- Kipas di ruang tamu itu berpusing ligat.

II- Selepas tidur dan terjaga, bayi itu terus menangis.

III- Kita mestilah bertanggungjawab oleh tugas yang diberikan.

IV- Encik Fadhli memberikan makanan kepada binatang peliharaannya.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I dan IV

d)

III dan IV