WorksheetsUlangkaji Bab 1-4 Ting 5
Total questions: 106
Worksheet time: 53mins
Kenapakah wilayah ini menjadi sasaran kuasa imperilisme Barat?
Politik stabil
Pentadbiran mantap
Banyak bahan mentah
Bagaimanakah teknologi telegraf membantu kegiatan imperialisme?
Menjimatkan kos
Mempercepat arahan
Menyebar propaganda
Apakah kesan perkembangan teknologi tersebut terhadap Asia Tenggara?
Pertambahan imigran Eropah
Perluasan imperialisme Barat
Peningkatan taraf hidup penduduk
Negara China menjadi tumpuan barat pada abad ke-19 kerana
Banyak bahan mentah
Tanah subur
Pasaran luas
Slogan di atas merujuk pada
Dasar imperialisme
Dasar ekonomi tempatan
Dasar bantuan Barat
Rajah menunjukkan slogan penjajah Barat Timur.
X ialah
Agama tanggungjawab bersama
Tugas menyebarkan tamadun
Asia tanggungjawab Barat
Perubahan yang diperkenalkan melalui sistem Birokrasi Barat ialah
Pembesar mengetuai jabatan
Penubuhan kerajaan pusat
Konsep persamaan taraf
Apakah X?
Pengekalan pemerintahan beraja
Pelaksanaan undang-undang Barat
Pelantikan pembesar daerah
Sistem Encomienda dibenci penduduk Filipina kerana
Harga komoditi rendah
Imigran bertambah
Cukai tinggi
Apakah tugas jawatan Encomiendero di Filipina.
Mengutip cukai
Memajukan pertanian
Menjaga perusahaan tradisional
Kesan pengenalan akta berikut terhadap Burma ialah
Sistem pentadbiran tradisional terhapus
Kedudukan raja semakin kukuh
Pengaruh golongan agama meningkat
Bagaimanakah pembesar mandarin dilantik di Vietnam?
Melalui sistem peperiksaan
Pemilihan oleh rakyat
Perlantikan oleh penjajah
Jawatan tersebut diwujudkan British kerana
Mengekalkan kedaulatan negeri
Menguasai sumber ekonomi
Melatih peribumi dalam pentadbiran
Pemerintah Thailand mengambil tindakan tersebut kerana
Persaingan kuasa besar
Pengekalan kemerdekaan negara
Pemantapan kuasa pemerintah
Apakah faktor yang membolehkan Thailand kekal merdeka?
Kekuatan tentera
Pemodenan pentadbiran
Kedudukan strategik
Mengapakah perubahan tersebut dilakukan?
Memenuhi tuntutan rakyat
Memelihara kedaulatan negara
Memantapkan pentadbiran kerajaan
Sistem Tanaman Paksa di Indonesia ditentang kerana
Menjejaskan eksport negara
Rakyat tempatan kekal mundur
Kemasukan pekerja asing
Apakah kesan pengenalan sistem tersebut di Filipina?
Penindasan penduduk peribumi
Pengangguran semakin meningkat
Pertambahan tenaga kerja asing
Apakah isu yang dimuatkan dalam karya mereka?
Pembelaan terhadap wanita
Penindasan terhadap rakyat
Penggunaan bahasa peribumi
Tujuan Belanda mengasingkan sistem pendidikan tersebut ialah
Menyekat penghijrahan
Memecahbelahkan perpaduan
Menghapuskan amalan tradisi
Apakah yang dimaksudkan dengan gerakan naaionalisme?
Gerakan masyarakat untuk memajukan diri
Gerakan penentangan untuk mengawal hala tuju masyarakat
Gerakan penentangan oleh masyarakat tempatan terhadap kuasa luar
Gerakan penentangan oleh masyarakat tempatan untuk mendapat kuasa politik
Mengapakah pemimpin tempatan menentang British?
Menjaga keamanan negara.
Menjaga kepentingan daripada dikuasai oleh orang Barat.
Mengelakkan British menguasai perdagangan rempah.
Mengelakkan British menguasai negara.
Campurtangan British di Tanah Melayu menyebabkan beberapa tokoh atau pemimpin
tempatan menentang kedatangan British ke daerah mereka. Siapakah antara tokoh
tersebut?
Rentap
Penghulu Dol Said
Dato' Maharaja Lela.
Dato Kelana Sungai Ujong.
Apakah kesan campurtangan British dalam adat resam tempatan?
Adat resam semakin lenyap.
Adat resam tempatan dicampur dengan Barat.
Penduduk dipaksa menerima nilai Barat.
Menyulitkan penduduk tempatan untuk mengamalkannya.
Apakah tujuan dasar penaklukan British?
Menambahkan tanah jajahan
Menguasai ekonomi tempatan.
Mengukuhkan kedudukan politik.
Menyebarkan budaya British.
Mengapakah pelaksanaan sistem Barat telah menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk tempatan ?
Menyulitkan penduduk tempatan.
Terdapat pelbagai peraturan.
Peraturan yang bertentangan dengan amalan tradisi.
Penduduk dipaksa menerima sistem tersebut.
Mengapakah Penghulu Dol Said menentang British?
Tindakan British memasukkan Naning ke dalam Melaka.
Enggan menghantar hasil beliau ke Melaka
British mahu menawan Naning.
British mahu merampas kuasanya.
Apakah faktor kejayaan British dalam percubaan kali kedua untuk menawan Naning?
Dol Said tidak mendapat bantuan luar.
Biritsh membawa tentera yang lebih ramai.
Dol Said tidak mendapat sokongan pengikutnya
British menawarkan pencen lumayan kepada Dol Said.
Nyatakan faktor yang menyebabkan James Brooke melakukan serangan ke atas beberapa buah daerah di Sarawak
Keengganan pemimpin di Sarawak menyerahkan daerah mereka kepada British.
Daerah-daerah tersebut mempunyai kepentingan.
James Brooke ingin menguasai daerah - daerah tersebut.
Daerah tersebut dipimpin oleh nasionalis tempatan.
James Brooke bertindak menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang
pada tahun 1853
Berdasarkan maklumat di atas mengapakah James Brooke bertindak sedemikian?
Mengurangkan pengaruh pemimpin tempatan.
Membalas serangan penduduk tempatan.
Menganggap orang Iban di Sungai Skrang sebagai lanun.
Mendapatkan hak memunggut cukai.
Apakah tindakan yang diambil oleh British apabila Rentap menyerang kubu Brooke di Nanga Skrang?
Menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang
Membunuh Rentap
Menangkap dan menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Rentap
Membakar perkampungan Rentap
Penentangan pelaksanaan pelbagai peraturan SBUB
X
Merupakan pembesar Tambunan
Siapakah X ?
Syarif Masahor
Mat Salleh
Rentap
Dol Said
J.W.W. Birch , Residen Perak telah dibunuh pada November 1875 di
Pasir Mas
Pasir Salak
Pulau Gaya
Tanjung Agas.
Apakah yang menyebabkan berlakunya penentangan di Negeri Sembilan ?
Sistem penasihat British diperkenalkan.
Undang-undang British bertentangan dengan adat tempatan
Sistem cukai dan undang-undang tanah
Penguasaan politik dan ekonomi oleh pihak British.
Pemimpin yang manakah membantu Dato Bahaman menentang British ?
Che Ishak
Dato Kelana
Iman Rasul
Engku Besar
Mayat Tok Janggut telah diarak di seluruh pekan Kota Bahru sebelum digantung di pasar dalam keadaan kepala ke bawah kaki ke atas.
Mengapakah mayat Tok Janggut dilakukan sedemikian rupa?
Menunjukkan kekejaman pihak British.
Supaya rakyat tempatan takut dan hormat kepada mereka
Tok Janggut benar-benar menaikkan kemarahan British.
Amaran kepada masyarakat tempatan yang berani menentang British
Mengapakah penjajah British menggunakan nama sultan dalam mematahkan pemberontakan di Terengganu ?
Penjajah bekerjasama dengan sultan dan menjamin kedudukan mereka.
Penjajah sanggup menggunakan apa jua cara untuk mencapai matlamat mereka.
Penjajah dalam keadaan amat terdesak.
Penjajah sedar masyarakat Melayu tidak akan menderhaka kepada sultan.
Penjajahan British telah ditentang hebat oleh tokoh-tokoh tempatan, namun perjuangan mereka tidak dapat menumpaskan penjajah tersebut. Mengapakah keadaan ini berlaku?
Kurang disiplin dan mudah berputus asa
Kekurangan ilmu dan senjata moden.
Tidak terdedah kepada peperangan moden.
Terpedaya dengan helah dan tipu daya British.
British telah memperkenalkan sistem politik Barat dengan meletakkan residen bagi mengambil alih tempat pembesar tempatan . Apakah sebagai balasan daripada tindakan di atas?
Mereka diberi gaji.
Mereka diberi elaun sara hidup
Mereka diberi pencen.
Mereka diberi pampasan.
Antara berikut , yang manakah faktor pemangkin nasionalisme?
Pengenalan sistem pentadbiran Barat yang menghakis sistem pentadbiran tradisional
Dasar British membenarkan kemasukan imigran menyebabkan jumlah orang asing meningkat.
Kesedaran politik raja membankitkan nasionalisme di Tanah Melayu.
Sistem pendidikan Inggeris dan venakular menghakis sistem pendidikan Melayu.
Kebaikan daripada pengenalan sistem pendidikan Inggeris dan vernakular Melayu pada akhir abad ke-19 ialah
Lahirnya golongan intelek Melayu.
Orang Melayu mula berfikir ke arah kemajuan.
Menggunakan tenaga dan fikiran untuk menghapuskan penjajah.
Menggunakan idea untuk menolak penjajahan British.
Kemasukan orang asing yang berterusan telah meningkatkan jumlah imigran di Tanah Melayu. Jelaskan maksud imigran?
Masyarakat luar yang terdiri daripada orang Cina dan India.
Mesyarakat luar yang bersaing untuk menguasai ekonomi.
Mesyarakat luar yang datang bekerja di Tanah Melayu.
Masyarakat luar yang datang ke Tanah Melayu tetapi belum lagi menjadi rakyat negeri Melayu.
Mengapakah dasar British membuka Tanah Melayu kepada pendatang asing memberi kesan negatif kepada penduduk tempatan?
Pendatang asing sering bersengketa dengan penduduk tempatan
Pendatang asing mengambil alih tanah pertanian di kawasan kampung
Pendatang asing telah menimbulkan persaingan dengan penduduk tempatan.
Pendatang asing menguasai sektor ekonomi yang paling penting di Tanah Melayu.
Kesengsaraan hidup pada Zaman Jepun memberikan suatu kesedaran kepada penduduk di Tanah Melayu. Apakah kesedaran tersebut?
Penjajahan tidak membawa kesenangan kepada rakyat.
Penjajahan mesti ditentang dengan semangat juang yang tinggi.
Penjajahan Barat atau Timur tidak membawa kebaikan melainkan penderitaan.
Penjajah hanya inginkan kepentingan bahan mentah.
Penguasaan Parti Komunis Malaya selama 14 hari pada tahun 1945 menyebabkan banyak nyawa terkorban. Gerakan ini mencetuskan konflik perkauman kerana
Anggota PKM tidak setia terhadap Tanah Melayu.
Anggota PKM mendendami orang Melayu kerana orang Melayu menganut agama Islam
Anggota PKM hanya boleh bekerjasama dengan orang Cina dan tidak dengan orang Melayu.
Anggota PKM cuba membalas dendam terhadap orang Melayu kerana menyokong Jepun.
Penyebaran ilmu pengetahuan turut mendorong penentangan terhadap British. Perkembangan ilmu pengetahuan meningkat disebabkan..
Kemunculan mesin cetak.
Penyebaran buku dan majalah.
Peranan akhbar.
Penciptaan telegraf.
Pan- Islamisme merujuk kepada gerakan.
Intelektual Islam sedunia demi mewujudkan kefahaman yang progresif terhadap Islam.
Intelektual Islam yang ingin kembali kepada ajaran Islam sebenar.
Islam sedunia untuk menentang penjajahan Barat.
Islam yang redikal untuk menghapuskan penjajahan.
Siapakah tokoh reformis Islam yang memulakan gerakan Pan-Islamisme ?
Syed Syeikh al-Hadi
Syeikh Tahir Jalaludin
Syeikh Muhammad Abduh
Syeikh Reza.
Antara akhbar berikut, yang manakah merupakan saluran Gerakan Islah meningkatkan minda bangsa?
Majlis.
Al- Imam
Neracha.
Idaran Zaman.
Gerakan Islah meningkatkan minda bangsa bergerak baik di
Sabah dan Sarawak.
Negeri-negeri Selat
Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
Apakah pandangan Kaum Tua tentang agama Islam?
Islam adalah berkaitan dengan kehidupan di akhirat sahaja
Fardu ain satu-satynya aspek agama yang utama.
Orang Melayu hendaklah berbaik-baik sesama sendiri.
Orang Melayu tidak patut bekerjasama dengan British.
Gerakan Islah meningkatkan minda bangsa dengan menubuhkan madrasah yang bertindak sebagai
Pusat penyebaran Islam.
Pusat penyebaran gerakan.
Pusat pembayaran zakat.
Pusat pendidikan Islam.
Akhbar dan majalah telah memainkan peranan penting dalam melahirkan kesedaran kebangsaan. Antara akhbar yang dimaksudkan dalam kenyataan di atas ialah..
Warta Malaya
Lembaga Malaya.
Warta Negara.
Bulan Melayu.
Isu-isu pendidikan merupakan perkara utama yang dibangkitkan oleh Majalah Guru. Apakah isu-isu tersebut?
Pendidikan orang Melayu.
Semangat cinta akan tanah air.
Taraf hidup orang Melayu.
Perpaduan dikalangan tiga kaum.
Persepsi sebenar Islam.
Pendidikan orang Melayu.
Menuntut pelbagai ilmu..
Pentafsiran permasalahan Islam.
Menjauhkan sifat buruk
Senarai di atas berkaitan dengan isu-isu sebuah majalah sebelum merdeka, iaitu
Majalah Guru.
Majalah Mastika
Majalah Pengasuh.
Majalah bulan Melayu.
Persepsi sebenar Islam.
Pendidikan orang Melayu.
Menuntut pelbagai ilmu..
Pentafsiran permasalahan Islam.
Menjauhkan sifat buruk.
Pernyataan di atas merupakan isu-isu yang terdapat di dalam novel?
Putera Gunung Tahan.
Melor Kuala Lumpur.
Anak Mat Lela Gila
Keris Melaka.
Kesatuan Melayu Singapura dipimpin oleh pemimpin berikut.
Mohammed Eunos.
S.M.Zainal Abidin.
Tengku Kadir Ali.
Embok Suloh.
Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) ditubuhkan untuk menggalakkan ahli-ahlinya bertukar-tukar fikiran demi memajukan kemajuan diri dan bangsa Melayu.
Apakah ciri-ciri Persatuan Sahabat Pena Malaysia (PASPAM) yang begitu membanggakan sebagai sebuah pertubuhan
Mempunyai organisasi yang kemas.
Mempunyai ciri-ciri sebuah pertubuhan politik
Dipimpin oleh pegawai tinggi kerajaan
Mempunyai perlembagaannya sendiri.
Maklumat berikut berkenaan revolusi yang berlaku di Eropah pada abad ke17 dan abad ke18.
* 1688 - Revolusi Inggeris
*1789 - Revolusi Perancis
Apakah kesan revolusi tersebut terhadap Eropah?
Sistem sosialis taman
Ideologi komunis meluas
Kuasa rakyat bawahan terjejas
Negara berasaskan bangsa dibentuk
Berikut adalah Jemaah Menteri yang ditubuhkan di Kelantan pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad II (1836-1886).
*Jemaah Menteri Pentadbiran dan Pengimarahan
Apakah funsi Jemaah menteri tersebut?
Menguruskan pembangunan
Menjaga hal ehwal luar
Mengurus kewangan
Menjaga keamanan
Maklumat berikut berkaitan dengan peperangan yang m,eloibatkan negara Jerman.
* Peperangan dengan Denmark 1864
*Peperangan dengan Austria 1864
*Peperangan dengan Perancis 1870
Mengapakah peperangan tersebut berlaku?
Serangan balas
Penyatuan negara
Penguasaan ekonomi
Kediktatoran pemerintah
Apakah persamaan kandungan undang-undang tubuh kerajaan Melayu berikut?
*Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor
*Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu
Peranan mufti
Pewaris sultan
Tugas penasihat
Keselamatan sultan
Itali dan Jerman adalah dua buah negara bangsa moden di Eropah pada abad ke - 19.
Apakah kaedah yang digunakan untuk memajukan negara tersebut?
Realpolitik
Perjanjian
Perundingan damai
Kuat kuasa undang-undang
Kedua-dua tokoh berikut berjaya menyatukan negara masing-masing di Eropah pada abad ke-19.
* Count Camillo Benso di Cavour
· Otto Eduard von Bismarck
Apakah persamaan kedua-dua tokoh tersebut?
Mengenepikan perbezaan warna kulit
Menyatukan masyarakat majmuk
Menggunakan kaedah realpolitik
Membina empayar yang luas
Mengapakah Prussia memulangkan semula wilayah Venetia kepada Itali pada tahun 1866?
Pertukaran wilayah
Arahan Liga Bangsa
Kekalahan dalam peperangan
Kerjasama menewaskan Austria
Senarai berikut adalah peperangan yang melibatkan Jerman pada abad ke-19.
· 1864 – Perang dengan Denmark
· 1866 – Perang dengan Austria
· 1870 – Perang dengan Perancis
Apakah kesan peperangan tersebut terhadap Jerman?
Kehilangan wilayah
Keselamatan terjamin
Penamatan sistem monarki
Pembentukan negara bangsa
Pada tahun 1911, Sultan Zainal Abidin III meluluskan perlembagaan yang dikenali sebagai Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu.
Mengapakah perlembagaan tersebut diluluskan ?
Mengekalkan kedaulatan negeri
Meluaskan wilayah pengaruh
Membentuk kerajaan demokrasi
Mengukuhkan hubungan dengan Siam
Maklumat berikut merujuk kepada perlembagaan kerajaan Melayu.
· Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor
· Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu
Apakah persamaan kandungan kedua-dua perlembagaan tersebut ?
I. Raja dipilih melalui sistem giliran
II. Cukai tanah dikuatkuasakan
III. Islam sebagai agama rasmi
IV. Raja mesti berbangsa Melayu
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Rajah 2 menunjukkan negara bangsa baru yang muncul di Eropah pada awal abad ke-20.
Apakah asas bagi kemunculan negara tersebut?
Kumpulan etnik
Sistem demokrasi
Kedudukan geografi
Kekayaan hasil bumi
Tokoh berikut iaitu Otto Von Bismarck telah membangkitkan semangat rakyat Prussia di medan perang.
Bagaimanakah beliau berjaya membangkitkan semangat tersebut?
Membebaskan golongan hamba
Menyingkirkan golongan kapitalis
Menyemai sikap antikuasa asing
Menghapuskan pemerintahan diktator
Persidangan Damai Paris telah menghasilkan Deklarasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson.
Apakah perkara yang terkandung dalam deklarasi tersebut ?
Sistem monarki dipulihkan
Amalan realpolitik diharamkan
Rakyat disatukan berdasarkan agama
Sempadan negara ditentukan berasaskan bangsa
Dalam konteks negara moden, bangsa merujuk kepada sekumpulan manusia yang mempunyai persamaan dari segi
I agama
II bahasa
III adat resam
IV kegiatan ekonomi
I dan II
I dan IV
II dan III
kegiatan ekonomi
Negara dan bangsa Malaysia lahir apabila Persekutuan Tanah Melayu merdeka pada tahun 1957 dan pembentukan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963 .
Apakah faktor yang menjayakan kemerdekaan dan pembentukan Malaysia ?
I Desakan kumpulan radikal
II Pemimpin dan rakyat bermuafakat
III Semangat toleransi menjadi amalan
IV Penduduk terdiri daripada pelbagai kaum
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah kepentingan sistem Pembesar Empat Lipatan dalam pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka?
Memastikan adat istiadat dipatuhi
Memastikan sistem warisan terpelihara
Menjamin keutuhan sistem pemerintahan beraja
Mempertahan sistem perundangan tempatan
Deklarasi berikut telah diisytiharkan selepas Perang Dunia Pertama.
Deklarasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson
Apakah perkara yang dicadangkan dalam deklarasi tersebut ?
Pemulihan sistem monarki
Pengharaman amalan realpolitik
Penyatuan rakyat melalui agama
Penetapan sempadan negara berasaskan bangsa
Senarai berikut adalah undang-undang tubuh kerajaan Melayu
· Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895
· Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu 1911
Mengapakah undang-undang tersebut digubal ?
Meningkatkan kecekapan pemerintah
Membentuk pentadbiran demokratik
Memperkukuhkan sistem pertahanan
Mengekalkan kedaulatan negeri
Kata perbilangan adat berikut diamalkan oleh masyarakat di Negeri Sembilan..
Alam beraja
Luak berpenghulu
Suku berlembaga
Anak buah berbuapak
Apakah corak pentadbiran yang digambarkan oleh kata perbilangan adat tersebut?
Teokrasi
Demokrasi
Autokrasi
Birokrasi
Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor yang dikuatkuasakan pada tahun 1895 mempunyai ciri asas bagi pembinaan negara dan bangsa.
Apakah buktinya?
Pemerintahan raja berkuasa mutlak
Perlembagaan bertulis yang lengkap
Pengiktirafan kerakyatan pelbagai kaum
Persamaan dengan hukum Kanun Melaka
Bagaimanakah pengaruh kekuasaan seseorang raja kerajaan Melayu tradisional ditentukan?
Kesetiaan rakyat
Kegiatan ekonomi
Konsep ketuhanan
Kekayaan hasil bumi
Gagasan Malayan Union telah diperkenalkan oleh British sebagai suatu langkah untuk melenyapkan negara bangsa Melayu.
Mengapakah anda berpendapat sedemikian? (ms. 95)
Ingin mewujudkan bangsa Melayan Union di Tanah Melayu
Sebelum Malayan Union diperkenalkan, dasar-dasar British masih mengiktiraf Tanah Melayu sebagai negeri Melayu
Mengurangkan politik orang Melayu dengan pentadbiran British
Malayan Union diperkenalkan pada 1 April 1946 berdasarkan faktor-faktor memberi keuntungan kepada British.
Apakah 2 keuntungan tersebut? (ms. 95/96)
Menjimatkan kos pentadbiran British
Ke arah membentuk kerajaan sendiri
Membentuk bangsa Malayan Union
Penubuhan Malayan Union membolehkan British menjimatkan kos dan seterusnya melicinkan pentadbiran.
Kos yang besar ditanggung oleh British merujuk kepada pengurusan (ms. 95/96)
Tiga kaum terbesar Tanah Melayu mengikut lokasi penempatan yang berbeza
Tanah Melayu memerlukan kemudahan insfrastruktur
Negeri-Negeri Selat, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu
Membincangkan
- Soal agama Islam
- Adat Istiadat
Siapakah ahli yang hanya membincangkan perkara di atas? (ms. 96)
Raja-raja Melayu
Rakyat jelata
Pembesar Melayu
Pesuruhjaya Negeri
Gabenor British yang akan mengetuai Malayan Union dilantik oleh (ms. 96)
Pesuruhjaya Negeri
Ratu England
Pesuruhjaya Tinggi
Residen-residen
Prinsip jus soli merujuk kepada prinsip kerakyatan mudah dalam Malayan Union.
Apakah 3 ciri-ciri prinsip jus soli tersebut? (ms. 96)
Berumur 18 tahun ke atas dan menetap selama 10 hingga 15 tahun
Berumur kurang 18 tahun dan anak warganegara
Berumur lebih 18 tahun dan anak warganegara
Kerakyatan bagi yang lahir di Tanah Melayu sahaja
Melalui Malayan Union, pentadbiran Tanah Melayu tertakluk kepada (ms. 96)
Pejabat Luar British
Pejabat Pesuruhjaya Tinggi di Singapura
Pejabat Tanah Jajahan di London
Parlimen British di London
Pengisytiharan Malayan Union di King House (Carcosa Seri Negara)
pada 1 April 1946
menggantikan pentadbiran... (ms. 97)
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
Negeri-negeri Selat
Negeri-negeri Melayu Bersekutu
British Military Adminstration
Siapakah Gabenor Malayan Union yang pertama? (ms. 97)
Sir Edward Gent
Sir Malcom McDonald
Sir Harold MacMichael
MALAYAN UNION - SULTAN
Kaitan antara kedua-duanya yang akhirnya berlaku penentangan orang Melayu ialah... [Pilih 3 jawapan]
(ms. 98)
Pendapat Sultan di ketepikan semasa penggubalan Malayan Union
Terdapat Sultan yang menerima Malayan Union atas dasar setia kawan
Raja-raja Melayu diugut menandatangani penerimaan Malayan Union
Sultan tidak diberi masa untuk berunding dalam Majlis Mesyuarat Negeri
“APABILA KEDUDUKAN SULTAN KITA TERGUGAT KITA MESTI MENENTANGNYA”
Kaitan kata-kata di atas dengan Malayan Union adalah.... (ms. 99)
sultan hilang kuasa memungut cukai
sultan hilang kuasa pentadbiran
institusi kesultanan Melayu tidak diiktiraf
Mengapakah orang Melayu menentang pemberian kerakyatan yang longgar kepada orang dagang melalui Malayan Union? [Pilih 2 jawapan]
(ms. 99)
Ekonomi dan pendidikan orang Melayu akan bertambah mundur
Orang dagang akan menguasai bidang pentadbiran
Mengancam status quo orang Melayu sebagai peribumi
Terdapat pelbagai reaksi penentangan orang Melayu yang membuktikan Malayan Union tidak boleh diterima oleh mereka.
Apakah 2 faktor penentangan tersebut? (ms. 98/99)
Tanah Melayu kekal sebagai jajahan Inggeris
Orang dagang mudah mendapat kerakyatan
Hak istimewa orang Melayu sebagai peribumi terjaga
Golongan Melayu radikal menyokong Malayan Union kerana... (ms. 99/100)
memberi peluang kepada orang Melayu dalam pentadbiran British
orang Melayu berpeluang menguasai bidang ekonomi
pelaksanaan Malayan Union mengambil kira kepentingan orang Melayu
Malayan Union disokong oleh beberapa buah parti politik di Tanah Melayu. Apakah parti- parti tersebut? [Pilih 2 jawapan] (ms. 100)
Kesatuan Melayu Muda (KMM)
Parti Kebangsaan Melayu (PKMM)
Angkatan Pemuda Insaf (API)
Akhbar-akhbar Melayu telah menyuarakan bantahan terhadap Malayan Union.
Apakah antara 3 akhbar Melayu tersebut? (ms. 100)
Majlis
Warta Malaya
Warta Negara
Utusan Melayu
Pelbagai cara penentangan dibuat oleh penduduk tempatan sebagai bantahan kepada British yang memperkenalkan Malayan Union.
Apakah 3 cara penentangan tersebut? (ms. 100)
Penentangan akhbar-akhbar Melayu
Demonstrasi secara damai
Menubuhkan pertubuhan radikal yang bergerak secara
Menghantar surat bantahan ke pejabat tanah jajahan London
KONGRES MELAYU MAC 1946
Hasil daripada kongres di atas ialah (ms. 101)
penubuhan United Malays National Organization
pelaksanaan Malayan Union ditangguhkan
orang Melayu menentang Malayan Union
Malayan Union dibubarkan
Apakah hasil daripada rundingan British dengan raja-raja Melayu dan UMNO akibat penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union (ms. 102)
Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk
Pentadbiran Tanah Melayu diserah kepada orang Melayu
Orang Melayu diberi kuasa dalam pentadbiran British
British bersetuju membubarkan Malayan Union
Kesimpulan yang boleh di buat berkaitan dengan Perjanjian Persekutuan 1948 adalah
(ms. 102)
Tanah Melayu akan diberikan kemerdekaan
kejayaan orang Melayu menentang penjajahan British
Tanah Melayu kekal sebagai tanah jajahan British
orang Melayu dijamin kedudukannya di Tanah Melayu
Kejayaan menentang Malayan Union merupakan kejayaan orang Melayu menentang penjajahan British. Mengapakah anda berpendapat sedemikian? (ms. 102)
Orang Melayu sudah boleh berdikari dan berkerajaan sendiri
Orang Melayu berjaya mendesak British mengambil kira kehendak mereka dalam perubahan politik di Tanah Melayu
Orang Melayu telah berjaya memberi kesedaran kepada British supaya tidak boleh berbuat sesuka hati
Orang Melayu telah mendapat semula hak istimewa mereka sebagai peribumi
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dianggap sebagai satu kejayaan orang Melayu.
Antara 3 faktor yang menyumbang kepada pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 adalah ... (ms. 103/104)
ketegasan orang Melayu membantah Malayan Union
orang Melayu mengamalkan sikap politik sederhana
UMNO dan Raja-raja Melayu tidak mendesak untuk mencapai kemerdekaan
penduduk Tanah Melayu sudah bersedia untuk berkerajaan sendiri
Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 adalah bertepatan dengan kehendak Piagam Atlantik 1948 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Piagam tersebut adalah... (ms. 104)
tidak menggalakkan penjajahan baru, tetapi negara kolonial memberi latihan berkerajaan sendiri
tidak menggalakkan negara-negara kolonial memberi kemerdekaan negara
tidak menggalakkan negara-negara kolonial mengawal secara langsung negeri jajahan
memberi kemerdekaan dengan segera kepada tanah jajahan
Berikut adalah 3 perkara yang dituntut oleh orang Melayu semasa perbincangan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu (ms. 104/105)
Menolak semua prinsip Malayan Union
Menolak kerakyatan terbuka Malayan Union
British memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu
Meminta dasar perlindungan terhadap negeri Melayu dan orang Melayu
Apakah sebab perundingan Persekutuan Tanah Melayu ditentang oleh orang dagang dan golongan radikal Melayu? (ms. 105)
Kemerdekaan tidak akan diberikan
Mahukan negara am
Tidak disertai oleh wakil orang dagang
Orang dagang tiada hak keistimewaan
Perlembagaan Rakyat 1947 yang dicadangkan oleh Majlis Tindakan Bersama Seluruh Malaya meliputi 3 perkara berikut: (ms. 106)
Meneruskan konsep Melayu Raya
Kedudukan istimewa orang Melayu
Kedudukan Singapura dalam Persekutuan
Latar belakang bendera Tanah Melayu
Struktur pentadbiran dalam Persekutuan 1948 telah menunjukkan bahawa (ms.107)
Majlis Raja-raja Melayu bertanggungjawab ke atas sultan negeri
wujud pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri
Majlis Eksekutif dan perundangan di bawah kawalan Pesuruhjaya Tinggi
perlantikan Menteri Besar ditentukan oleh Pesuruhjaya Tinggi British
