wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

RBT Tingkatan 2 - Penyelesaian Masalah Secara Inventif

Total questions: 10

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut yang manakah maksud masalah bukan inventif?

a)

Masalah yang mempunyai kesan sampingan apabila usaha penambahbaikan dilakukan

b)

Masalah yang tidak mempunyai kesan sampingan apabila usaha penambahbaikan dilakukan

c)

Masalah yang memerlukan penambahbaikan

d)

Masalah yang sukar untuk diselesaikan

2.

Antara berikut, yang manakah masalah bukan inventif?

a)

Gelang getah diletakkan pada balang kuih bagi mengelakkan biskut lemau namun ini menyebabkan balang kuih sukar dibuka

b)

Pendingin hawa dipasang di rumah untuk menyejukkan persekitaran tetapi menyebabkan penggunaan bil elektrik yang tinggi

c)

Kaki meja kayu digantikan dengan kaki yang diperbuat daripada besi sebagai penambahbaikan tetapi ini menyebabkan meja sukar untuk di angkat

d)

Pisau yang tumpul diasah dan kerja menyiang ikan dapat dilakukan dengan mudah

3.

Susun mengikut turutan yang betul carta alir proses kerja penyelesaian masalah bukan inventif.


I. menilai penyelesaian masalah sama ada berjaya atau tidak

II. menyenaraikan pilihan untuk menyelesaikan masalah

III. Mengenalpasti masalah

IV. Melaksanakan pilihan

V. Membuat pilihan

a)

III, IV, I, II, V

b)

III, I IV, II, V

c)

III, II, V, IV, I

d)

III, IV, II, I, V

4.

Antara berikut, yang manakah fasa pertama dalam penyelesaian masalah inventif?

a)

Model masalah

b)

Model penyelesaian

c)

Kaedah penyelesaian

d)

Analisis punca masalah

5.

Padanan yang manakah tepat tentang garisan interaksi dan maksudnya.

a)

I, II dan II

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

6.

Antara berikut, yang manakah halangan sains dan dan fizik kepada punca penyelesaian suatu masalah?

a)

Hujan

b)

Panas

c)

Momentum

d)

Kelembapan

7.

Payung perlu besar semasa digunakan dan perlu kecil semasa disimpan


Berdasarkan situasi itu, nyatakan percanggahan fizikal yang wujud.

a)

Panjang - pendek

b)

Tinggi - rendah

c)

Berat - ringan

d)

Besar - kecil

8.

Penerangan yang manakah benar tentang prinsip pemisahan masa.

a)

Antena radio yang boleh dipanjangkan dan dipendekkan

b)

Pelindung cahaya cermin kereta

c)

Lampu jalan menyala berkala mengikut waktu siang dan malam

d)

Bekas menyimpan makanan pelbagai petak berbeza dan pelbagai fungsi

9.

Antara berikut, yang manakah menerangkan konsep prinsip inventif bagi kaedah pemisahan ruang?


I. Pengantara

II. Pembahagian

III. Kualiti setempat

IV. Pengembangan terma

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

I, III dan IV

10.

Memisahkan atau mengeluarkan bahagian yang mendatangkan gangguan daripada objek


Apakah prinsip inventif yang betul dengan penerangan konsep itu?

a)

Penyarangan

b)

Pembahagian

c)

Kualiti setempat

d)

Pengekstrakan