wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz PAI (JUJ 2018 - Set 2)

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.
  • - Mempercayai azimat yang boleh menahan sesuatu bahaya
  • - Mengunjungi kubur yang dianggap keramat untuk meminta sesuatu hajat


Pernyataan di atas merujuk kepada contoh ____________.

a)

sihir

b)

kufur

c)

syirik

d)

khurafat

2.

Mengata atau menceritakan keburukan seseorang semasa ketiadaanya, serta boleh menimbulkan kemarahan apabila dilakukan di hadapannya.


Pernyataan di atas merujuk kepada maksud ____________.

a)

mencela

b)

mengumpat

c)

memfitnah

d)

menghina

3.

Antara yang berikut, manakah bukan hikmah pengharaman riba?

a)

Mewujudkan jurang perbezaan antara orang kaya dan orang miskin

b)

Mewujudkan kestabilan ekonomi masyarakat

c)

Membanteras penindasan sesama manusia

d)

Mencegah sifat pentingkan diri sendiri

4.

Semua yang berikut ialah akibat melakukan dosa mengikut hukum Islam di dunia kecuali

a)

qisas

b)

hudud

c)

penjara

d)

seksa Neraka

5.
  • Tidak mencela dan mengkafirkan orang yang tidak sealiran dengan mereka


Pernyataan di atas merujuk kepada pendapat ____________

a)

Ahli Sunnah wal Jamaah

b)

Syiah Imamiah

c)

Syiah Batiniah

d)

Khawarij

6.
  • Ilmu berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib iaitu Syaitan dan jin bertujuan memudaratkan manusia


Pernyataan di atas merujuk kepada pengertian ____________.

a)

khurafat

b)

syirik

c)

kufur

d)

sihir

7.

Golongan _________________ berjuang menentang Muawiyah tetapi tidak menerima majlis tahkim.

a)

Ahli Sunnah Wal Jamaah

b)

Muktazilah

c)

Khawarij

d)

Syiah

8.

Pilih pernyataan yang benar tentang jual beli.

a)

Antara jual beli yang dilarang dan tidak sah ialah menjual buah-buahan yang masih muda

b)

Antara jual beli yang dilarang tetapi sah ialah menjual daging dengan daging

c)

Harus berjual beli untuk tujuan maksiat

d)

Syarat penjual ialah beragama Islam

9.

Antara berikut yang manakah perkara wajib umrah?

a)

Tawaf

b)

Niat ihram di Miqat

c)

Bermalam di Muzdalifah

d)

Melontar ketiga-tiga Jamrah

10.
  • - Memberi ketenangan jiwa selepas kehilangan kasih sayang
  • - Menyambung kembali hubungan suami isteri yang terputus


Pernyataan di atas merujuk kepada hikmah ____________ .

a)

rujuk

b)

fasakh

c)

khuluk

d)

perkahwinan

11.

Antara yang berikut, yang manakah syarat bakal isteri?


  • I Islam atau ahli kitab
  • II Perempuan talak tiga
  • III Perempuan dalam iddah
  • IV bukan mahram
a)

I dan III

b)

II dan IV

c)

II dan III

d)

I dan IV

12.

Antara yang berikut, yang manakah bukan hukum zihar?

a)

Suami

b)

Saksi

c)

Isteri

d)

Orang yang diserupakan

13.
  • Encik Farid menceraikan isterinya ketika berada dalam keadaan haid


Pernyataan di atas merujuk kepada hukum ___________.

a)

talak bain

b)

talak raj'ie

c)

talak bid'i

d)

talak taklik

14.

Antara yang berikut, yang manakah bukan kebaikan dan kesan haji Qiran.

a)

Memberi kesenangan kepada jemaah haji yang uzur

b)

Lebih afdal

c)

Kena bayar dam

d)

Mengambil masa yang singkat

15.
  • Encik Syafiq seorang yang mampu zahir batin, sihat tubuh badan dan tidak dikhuatiri melakukan zina atau melakukan kezaliman terhadap pasangan


Hukum perkahwinan bagi encik Syafiq ialah ____________

a)

makruh

b)

harus

c)

sunat

d)

wajib

16.
  • (1) Menjadikan Baghdad sebagai ibu kota dan membangunkannya
  • (2) Membuat saliran-saliran
  • (3) Memperbaiki sistem cukai


Pernyataan di atas merujuk kepada sumbangan ______________.

a)

Khalifah Harun ar-Rasyid

b)

Abu Jaafar al-Mansur

c)

Khalifah al-Makmun

d)

Khalifah Abu Abbas as-Safah

17.

Imam Malik telah mengarang kitab _______________.

a)

Ihya' Ulumuddin

b)

Fikah akhbar

c)

Al-Muwattak

d)

Al-Umm

18.
  • Beliau menguasai beberapa bahasa dunia seperti Bahasa Afghanistan, Arab, Parsi, Turki, Urdu, Perancis, Inggeris dan Russia.


Pernyataan di atas merujuk pada topok ___________.

a)

Syed Jamaluddin al-Afghani

b)

Syeikh Muhammad Abduh

c)

Seikh Tahir Jalaluddin

d)

Hamka

19.

Manakah yang berikut adab ketika berzikir?


  • I Berzikir semasas qada' hajat
  • II Menggunakan suara yang kuat
  • III Memperbanyakkan zikir dalam suasana genting
  • IV Zikir dengan lafaz yang terdapat dalam nas al-Qur'an dan hadis
a)

I dan II

b)

III dan IV

c)

II dan IV

d)

II dan III

20.

Berikut adalah hikmah beradab ketika bermusafir kecuali

a)

menimbulkan pelbagai masalah dalam perjalanan

b)

dapat menjalin hubungan silaturahim dengan orang lain

c)

dapat menikmati keindahan alam sekitar ciptaan Allah SWT

d)

supaya suatu perjalanan itu mendapat rahmat dan keberkatan daripada-Nya