NEW
Font size
WorksheetsTatabahasa: Bahasa Melayu
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Penduduk taman itu bimbang kerana banyak anjing yang ——— di taman permainan.
bertaburan
bertempiaran
berkeliaran
Pengguna jalan raya hendaklah ________ peraturan lalu lintas untuk mengelakkan berlakunya kemalangan.
mengakuri
mematuhi
mentaati
Kami menghulurkan bantuan kerana simpati ____ nasib yang menimpa mangsa kebakaran itu.
pada
terhadap
tentang
Persembahan pakaian beragam bersempena dengan sambutan Bulan Patriotisme itu mendapat sambutan ____ murid-murid.
daripada
dari
pada
Rancanglah masa depan kita dengan telitinya ___ kita beroleh kejayaan yang membanggakan.
maka
apabila
agar
Salin dan rakan-rakannya tetap meneruskan pendakian ke puncak Gunung Tahan ____ menghadapi pelbagai rintangan.
sehingga
walaupun
setelah
Perlawanan bola keranjang itu akan dibatalkan ____ keadaan cuaca tidak mengizinkan.
andai kata
kerana
meskipun
Sudah lama saya tidak pulang ke kampung, ____ dia sudah tidak tinggal di situ lagi.
entah-entah
lama-lama
kira-kira
Penduduk Kampung Muhibah bergotong -royong membina ____ di rumah Tuan Haji Mustafa.
bebalai
tetangga
lelangit
Encik Zamani ____ di ruang tamu sambil berfikir tentang cara untuk menyelesaikan masalah syarikatnya.
lalu-lalang
mundar-mandir
ulang-alik
