wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu Pemahaman

Total questions: 16

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Saya tidak dapat berjumpa dengan pegawai daerah kerana ________________ sibuk.

a)

mereka

b)

beliau

c)

kita

d)

dia

2.

Setiap penari yang menari di atas pentas itu menggunakan se_________________ payung.

a)

urat

b)

kaki

c)

buah

d)

batang

3.

Faiz gemar bermain hoki, bola sepak _______________________ bola tampar.

a)

serta

b)

tetapi

c)

namun

d)

malahan

4.

Negara ini ____________________ berpunca daripada perpaduan yang wujud dalam kalangan rakyat jelata.

a)

majunya

b)

anggunnya

c)

berjayanya

d)

makmurnya

5.

Banyak pokok ______________________ ditemukan oleh anggota pengakap di puncak Gunung Brinchang.

a)

kerdil

b)

kurus

c)

renek

d)

panjang

6.

Kajian tentang riwayat hidup Panglima Awang belum ___________________________ disiapkan.

a)

lagi

b)

juga

c)

hanya

d)

sudah

7.

Banjir kilat __________________ antara bencana alam yang berpunca daripada kesilapan manusia.

a)

ialah

b)

adalah

c)

sebagai

d)

sebenarnya

8.

Tidak ________________ penduduk kampung bersetuju dengan cadangan tok penghulu.

a)

pelbagai

b)

semua

c)

seluruh

d)

sebahagian

9.

_____________________ Sahar, Hashim juga turut serta dalam rombongan tersebut.

a)

Sejak

b)

Selain

c)

Seperti

d)

Sepanjang

10.

Fauziah mengalami keracunan makanan akibat makanan yang tidak _______________ dengan sempurna.

a)

memasak

b)

dimasak

c)

termasak

d)

memasakkan

11.

Para petani menggunakan _____________________________ yang diletakkan di tengah sawah untuk menakutkan burung-burung yang akan merosakkan tanaman.

a)

orang-orang

b)

patung-patung

c)

tupai-tupai

d)

kisi-kisi

12.

Program itu diadakan adalah untuk _______________________ kesedaran murid-murid agar lebih bertanggungjawab kepada diri sendiri.

a)

menjalinkan

b)

memupuk

c)

membangkitkan

d)

menerbitkan

13.

Guru Disiplin menghukum murid-murid yang datang lewat ke sekolah.


Perkataan menghukum dalam ayat sesuai digantikan dengan perkataan

a)

mendenda

b)

menyaman

c)

memukul

d)

memarahi

14.

Pilih ayat yang betul.

a)

Jangan bersandar pada dinding yang baru dicat itu.

b)

Jangan bersandar di dinding yang baru dicat itu.

c)

Jangan bersandar ke dinding yang baru dicat itu.

d)

Jangan bersandar dengan dinding yang baru dicat itu.

15.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


Golongan belia digalakkan menyertai program Rakan Muda supaya masa terisi dengan perkara yang berfaedah.

a)

Untuk mengisi masa lapang, Rakan Muda digalakkan menyertai program golongan belia.

b)

Golongan muda digalakkan menyertai program Rakan Belia untuk mengisi masa lapang.

c)

Untuk mengisi masa lapang, golongan belia digalakkan menyertai program Rakan Muda.

d)

Golongan belia menggalakkan Rakan Muda untuk menyertai program masa lapang.

16.

Pilih ayat-ayat yang betul bagi perkataan yang bergaris.


i. Puan Alisa membalas nasi lemak kepada jiran-jirannya.

ii. Jasmin masih belum membalas surat kiriman daripada sahabat penanya.

iii. Setiap pagi, Danial akan membalas adik bongsunya ke sekolah.

iv. Sebagai anak yang patuh dan taat kepada ibu bapa, kita hendaklah membalas jasa mereka.

a)

i dan ii

b)

ii dan iii

c)

iii dan iv

d)

ii dan iv