wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata Kerja UPSR _ Cikgu SABA

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Mereka asyik ________________semasa menonton filem komedi itu

a)

tertawa

b)

tercekik

c)

terbatuk

d)

tersengih

2.

Ibu ______________ nasi di dapur untuk makan malam kami sekeluarga.

a)

merebus

b)

menanak

c)

menjerang

d)

mencelur

3.

Pisau yang tumpul itu belum _________________ lagi.

a)

mengasah

b)

terasah

c)

berasah

d)

pengasah

4.

Sehari suntuk ayah dan abang _____________perigi di belakang rumah.

a)

mencangkul

b)

mengorek

c)

menggali

d)

mencedok

5.

Datuk selalu _____________ pada waktu pagi di taman untuk menyihatkan badannya.

a)

bermain

b)

bersenam

c)

berbaring

d)

berehat

6.

Mereka _____________rumah yang rosak akibat dilanda ribut secara bergotong-royong.

a)

membina

b)

meruntuh

c)

membaiki

d)

menyimen

7.

Super Mokh ______________ piala yang dimenangi oleh pasukan bola sepak negara setelah memenangi perlawanan di Stadium Negara.

a)

menatang

b)

menjulang

c)

merangkul

d)

menjunjung

8.

Monorel yang sarat dengan penumpang itu sedang______________laju menghampiri Hentian Jalan Tuanku Abdul Rahman.

a)

meluru

b)

melibas

c)

meluncur

d)

melayang

9.

Haziq Daniel berasa sangat gembira kerana terpilih ______________perarakan bersempena dengan Hari Kebangsaan Negara pada tahun ini.

a)

menjalani

b)

menyertai

c)

menghadiri

d)

menghayati

10.

Pelayan restoran itu sedang ____________ sedulang gelas yang berisi air minuman sejuk untuk dihidangkan kepada pelanggannya.

a)

menatang

b)

membawa

c)

menghulur

d)

memegang

11.

Pohon kelapa yang tumbang itu telah______________ sebuah rumah yang terletak di tepi sawah itu.

a)

menghempas

b)

menghempap

c)

menghentak

d)

menghantuk

12.

Ibu ________________ kuih Pau kacang sebagai hidangan minum petang.

a)

mencelur

b)

merebus

c)

mengukus

d)

menggoreng

13.

Amin ____________serawan jala untuk menangkap ikan di tasik itu.

a)

menebar

b)

membaling

c)

meletak

d)

melempar

14.

Farid membantu datuknya_____________ dodol untuk dimakan semasa Hari Raya Aidilfitri nanti.

a)

menggaul

b)

mengacau

c)

menggoreng

d)

membancuh

15.

Puan Anita akan _______________songket yang ditempah oleh pelanggannya dengan teliti.

a)

menjahit

b)

mengait

c)

menenun

d)

menempa