NEW
Font size
WorksheetsDAYA DAN GERAKAN 1
Total questions: 20
Worksheet time: 28mins
Satu objek berjisim 2 kg yang sedang bergerak dengan halaju 1 ms-1 berlanggar dengan satu objek berjisim 4 kg yang sedang bergerak dengan halaju 3 ms-1 pada arah yang bertentangan. Selepas perlanggaran tepat,kedua-dua objek itu bercantum dan bergerak bersama-sama. berapakah halaju sepunya objek itu?
1.67 ms-1
1.80 ms-1
2.33 ms-1
2.50 ms-1
Pak Abu menunggang motosikal dengan kelajuan tetap 60 km j-1 . Seekor anjing mengejarnya dari belakang. Anjing itu berlari 200 m dalam masa 15s . Anaknya pula berbasikal sejauh 240 km dalam masa 5 jam di belakangnya. Antara perbandingan kelajuan yang berikut, manakah yang benar?
kelajuan Pak Abu tidak sama dengan kelajuan anjing
kelajuan anak Pak Abu kurang daripada kelajuan anjing
kelajuan anjing lebih daripada kelajuan Pak Abu dan anaknya
Kelajuan anjing sama dengan kelajuan anak Pak Abu tetapi lebih dari kelajuan Pak Abu
Rajah menunjukkan carta pita yang diperoleh daripada gerakan sebuah kereta mainan. Frekuensi jangka masa detik yang digunakan ialah 50 Hz. Pita detik yang diperoleh dipotong kepada enam keratan dan setiap keratan mempunyai 4 detik. Berapakah pecutan kereta mainan itu?
1.50 ms-2
7.81 ms-2
18.0 ms-2
937.5 ms-2
Tangki minyak pelincir kereta Encik Ahmad telah bocor. Tompok-tompok minyak pelincir dititiskan sepanjang perjalanan Encik Ahmad dari bandar A ke bandar B seperti rajah . Kita boleh membuat kesimpulan bahawa kereta Encik Ahmad mengalami
pecutan seragam
nyahpecutan
pecutan sifar
pecutan yang berkurang dengan seragam
Rajah menunjukkan satu graf halaju melawan masa yang mewakili pergerakan sebuah kereta. Antara yang berikut, yang manakah tidak benar tentang kereta itu?
memecut dengan seragam selepas 20 s
melalui jarak 900 m dalam masa 5 saat
mempunyai halaju awal 50 ms-1
mempunyai purata halaju 18 ms-1
Graf pada rajah mewakili gerakan tiga buah kereta L, M dan M yang bertolak serentak dalam suatu perjalanan. Antara berikut, manakah yang menunjukkan urutan kereta yang telah bergerak dalam susunan jarak yang menaik selepas 5 saat?
L, M, N
L, N,M
M, L , N
N, M, L
Rajah menunjukkan batu, bulu pelepah dan duit syiling dilepaskan serentak pada ketinggian yang sama dalam silinder vakum. Pemerhatian yang manakah benar?
kesemua objek itu terapung dalam silinder
kesemua objek itu tiba di dasar pada masa yang sama
batu tiba lebih awal di dasar daripada bulu pelepah
batu dan duit syiling tiba lebih awal di dasar daripada bulu pelepah
Sebuah kotak dilepaskan daripada ketinggian 30 m dari permukaan Bulan. Berapakah masa yang diambil untuk kotak itu tiba di permukaan Bulan? [pecutan graviti di Bulan = 61 pecutan graviti di Bumi]
0.6 s
1.2 s
2.4 s
6.0 s
Rajah menunjukkan graf halaju-masa bagi gerakan objek. Momentum objek itu malar dari
0 s hingga 2 s
2 s hingga 5 s
5 s hingga 6 s
6 s hingaa 8 s
Sebuah kereta berjisim 500 kg bergerak dengan halaju sekata 10 ms-1. Kereta tersebut dibrek dengan tiba-tiba dan kereta itu berhenti dalam lintasan 25m. Berapakah daya yang dikenakan pada brek kereta tersebut?
1000 N
800 N
500 N
250 N
Seketul batu berjisim 5kg dijatuhkan dari sebuah bangunan setinggi 20 m dari permukaan Bumi. Berapakah impuls batu itu pada permukaan Bumi?
50 kg ms-1
100 kg ms-1
200 kg ms-1
300 kg ms-1
Sebuah troli berjisim 2.0 kg mengalami perubahan halaju dalam satu perlanggaran. Pergerakannya diwakili oleh pita detik yang ditunjukkan pada rajah. Berapakah daya impuls yang dialami oleh troli jika jangka masa detik yang digunakan membuat 50detik sesaat?
1.0 N
2.0 N
10.0 N
20.0 N
Seorang mangsa kebakaran berjisim 50 kg melompat dari tingkat 3 sebuah bangunan. Sebaik sahaja sebelum kakinya tersentuh lantai, halajunya ialah 10 ms-1. Antara yang berikut, manakah salah?
Impuls pada kaki mangsa itu ialah 500Ns apabila terkena permukaan lantai
Daya Impulsnya adalah 1000N jika mangsa membengkokkan kakinya dalam masa 0.5 s
kesakitan mangsa akan bertambah jika mangsa membengkokkan kakinya
Rajah menunjukkan seorang penjaga gol menggerakkan tangannya ke belakang semasa menangkap bola yang laju. Pergerakan tangan adalah untuk
menambahkan daya impuls bola
mengawal bola supaya tidak jatuh
memanjangkan masa bole berhenti
seketul batu berjisim 2.0 kg dijatuhkan dari atas sebuah bangunan tinggi. Sejurus sebelum menyentuh tanah, halaju batu itu ialah 15 ms-1. Batu itu berhenti dalam masa 1.5 saat selepas menyentuh tanah. Berapakah daya impuls yang bertindak ke atas batu itu?
45 N
40 N
30 N
20 N
Mengapakah tali raket badminton dipasang dalam keadaan tegang?
Untuk menambahkan masa hentaman dengan bulu tangkis
Untuk mengurangkan masa hentaman dengan bulu tangkis
Untuk mengurangkan momentum dengan bulu tangkis
untuk meningkatkan geseran dengan bulu tangkis
Rajah menunjukkan seorang atlet lompat jauh membengkokkan kaki semasa mendarat. Mengapakah atlet itu membengkokkan kakinya?
untuk memendekkan masa hentaman kakinya dengan tanah
Untuk memanjangkan masa jatuh sebelum sampai ke tanah
untuk memanjangkan masa hentaman kakinya dengan tanah
Sehelai bulu ayam dan sekeping duit syiling dilepaskan bersama-sama di sepanjang tiub vakum. Apakah kuantiti Fizik yang dimalarkan dalam aktiviti ini?
Tenaga kinetik
Pecutan
Tenaga Keupayaan
Halaju
Apabila seorang pemain bola sepak menendang sebiji bola sepak yang pegun berjisim 0.8 kg, halajunya menjadi 12 ms-1 selepas 0.6 saat. Berapakah daya impuls yang bertindak ke atas bola itu apabila ditendang?
0.8 N
1.3 N
7.2 N
16 N
Situasi manakah menunjukkan daya-daya dalam keseimbangan ?
kereta meningkatkan kelajuannya di lebuhaya
Bot bergerak dengan halaju seragam
kapal terbang berlepas di atas landasan
penunggang basikal memperlahankan basikalnya
