Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Tingkatan 4 Bab 7: Sejarah

Total questions: 48

Worksheet time: 48mins

Name
Class
Date
1.

Maklumat berikut berkaitan dengan teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara.


Islam dari Semenanjung Tanah Arab

Islam dari China

Islam dari India


Mengapakah pakar sejarah fokus kepada wilayah tersebut apabila membincangkan tentang teori kedatangan Islam?

a)

Kedudukan wilayah tersebut di tengah-tengah kawasan Asia Tenggara

b)

Unsur budaya wilayah tersebut mempengaruhi budaya Asia Tenggara

c)

Hubungan wilayah tersebut dengan Asia Tenggara telah lama terjalin

d)

Wilayah tersebut pernah menjadi sebahagian wilayah Asia Tenggara

2.

Apakah yang berkaitan dengan tokoh dalam senarai berikut?


John Crawford

Snouck Hurgronje

Emanuel Gadinho Eredia

a)

Melaksanakan pentadbiran Barat

b)

Memperkenalkan ilmu matematik

c)

Menterjemahkan karya falsafah Arab

d)

Membincangkan teori kedatangan Islam

3.

John Crowford

Snouck Hurgronje

Emanuel Gadinho Eredia


Apakah persamaan tokoh di atas?

a)

Memulakan pentadbiran Barat

b)

Menterjemahkan ilmu algebra

c)

Menterjemahkan karya falsafah

d)

Mengemukakan teori kedatangan Islam

4.

Apakah persamaan pendapat tokoh berikut tentang cara kedatangan Islam ke Asia Tenggara?


John Crawford

Emmanuel Gadindho Eredia

Snouck Hurgronje

a)

Melalui kegiatan perdagangan

b)

Menerusi aktiviti penaklukan

c)

Mengislamkan pemerintah

d)

Menjalankan perkahwinan siasah

5.

Senarai berikut adalah teori kedatangan Islam di Asia Tenggara


Islam dari Arab

Islam dari India

Islam dari China


Apakah persamaan cara penyebaran Islam berdasarkan ketiga-tiga teori tersebut?

a)

Menerusi kegiatan peluasan kuasa

b)

Melalui pertukaran kebudayaan

c)

Melalui kegiatan perdagangan

d)

Menerusi kegiatan kesusasteraan

6.

Tokoh berikut membincangkan tentang kedatangan Islam ke Asia Tenggara.


John Crawford

Emanuel Gadinho Eredia

Snock Hurgronje


Mengapakah mereka berpendapat perdagangan merupakan faktor penting kedatangan Islam ke Asia Tenggara?

a)

Cukai perdagangan berpatutan

b)

Syahbandar mengawal perdagangan

c)

Penglibatan raja dalam perdagangan

d)

Pelabuhan menjadi tumpuan pedagang

7.

Menurut catatan China, Perkampungan Ta Shih telah wujud di Sumatera Utara pada tahun 650 Masihi.

Kewujudan perkampungan tersebut membuktikan

a)

Kewujudan pusat pendidikan Islam

b)

Peranan pedagang menyebarkan Islam

c)

Kemunculan sebuah kerajaan Islam

d)

Perkembangan kesusasteraan Islam

8.

Tokoh berikut berpendapat Islam sampai ke Asia Tenggara melalui China.


S.Q Fatimi


Apakah bukti yang menyokong pendapat tokoh tersebut?

a)

Persamaan unsur budaya

b)

Persamaan seni bina masjid

c)

Persamaan sistem perundangan

d)

Persamaan struktur pentadbiran

9.

Pedagang Islam berjaya menarik minat penduduk tempatan di Asia Tenggara untuk mendalami ajaran Islam.


Bagaimanakah mereka dapat berbuat demikian?

a)

Menulis kitab agama

b)

Mendirikan madrasah

c)

Mengamalkan sikap jujur

d)

Memuliakan kedudukan raja

10.

Pedagang Islam memainkan peranan penting menyebarkan islam pada peringkat awal kedatangan Islam ke Asia Tenggara.

Bagaimanakah mereka dapat melaksanakan peranan tersebut?

a)

Menghasilkan karya

b)

Menerajui pentadbiran

c)

Membuka perkampungan

d)

Mendirikan pusat pendidikan

11.

Pedagang Islam telah dilantik sebagai syahbandar oleh pemerintah kerajaan Islam di Asia Tenggara.

Mengapakah pedagang Islam diberi keutamaan dalam pelantikan jawatan syahbandar tersebut?

a)

Cekap dalam pentadbiran

b)

Mengamalkan sifat jujur

c)

Mahir dalam perniagaan

d)

Setia kepada bangsawan

12.

Apakah kriteria penganugerahan jawatan syahbandar kepada seorang pedagang Islam di sesebuah pelabuhan di Asia Tenggara?

a)

Mentaati pemerintah

b)

Mahir berniaga

c)

Bersifat jujur

d)

Cekap mentadbir

13.

Mengapakah kerajaan Kesultanan Melayu Melaka mewujudkan jawatan syahbandar?

a)

Melaksanakan protokol istana

b)

Melicinkan urusan perdagangan

c)

Mengetuai rombongan diplomatik

d)

Mengawal keamanan dalam negeri

14.

X

Menentukan kemajuan perdagangan

Berurusan dengan pedagang


X ialah jawatan dalam sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka. Apakah jawatan tersebut?

a)

Temenggung

b)

Syahbandar

c)

Laksamana

d)

Bendahara

15.

Jadual di atas menerangkan cara ulama menyebarkan Islam di Asia Tenggara.

Mengapakah ulama mengislamkan pemerintah?

a)

Mengharapkan anugerah

b)

Menguasai kerajaan

c)

Menarik perhatian rakyat

d)

Menyekat pengaruh agama lain

16.

Ulama Islam mengislamkan golongan raja dan bangsawan terlebih dahulu supaya Islam tersebar luas di Asia Tenggara.


Mengapakah ulama Islam bertindak demikian?

a)

Mematuhi konsep kedaulatan pemerintah

b)

Mengetahui kesetiaan rakyat kepada pemerintah

c)

Menghormati kuasa mutlak pemerintah

d)

Melindungi kepentingan pemerintah

17.

Jadual di atas berkaitan dengan pengislaman pemerintahan di Asia Tenggara.


Mengapakah para ulama mengislamkan golongan raja?

a)

Menyekat pengaruh agama lain

b)

Menguasai bidang pentadbiran

c)

Mendapatkan anugerah raja

d)

Mempengaruhi rakyat jelata

18.

Berikut merupakan kerajaan Islam di Asia Tenggara.


Pattani

Pasai


Bagaimanakah kerajaan tersebut dibentuk?

a)

Pengislaman raja

b)

Pengislaman rakyat

c)

Penguasaan perdagangan

d)

Penghapusan tradisi setempat

19.

Pasai

Pattani


Bagaimanakah cara pembentukan kerajaan Islam di atas?

a)

Pengislaman rakyat

b)

Pengislaman pemerintah

c)

Penguasaan perdagangan

d)

Penghapusan pengaruh Hindu

20.

Bagaimanakah tokoh berikut membantu menyebarkan Islam di Asia Tenggara


Tun Perak

a)

Menggalakkan pembinaan madrasah

b)

Mengislamkan golongan bangsawan

c)

Melaksanakan peluasan kuasa

d)

Menggalakkan penulisan kitab

21.

Tokoh berikut memainkan peranan penting membantu Melaka menyebarkan Islam di Asia Tenggara.


Bagaimanakah beliau melaksanakannya?

a)

Menyertai para ulama

b)

Menjalankan perluasan kuasa

c)

Menghasilkan kitab ilmu tasawuf

d)

Mengislamkan golongan pemerintah

22.

Wilayah berikut termasuk dalam jajahan takluk Kesultanan Melayu Melaka.


Aru

Siak

Rokan


Apakah usaha Sultan Melaka untuk memperkukuhkan kedudukan Islam di wilayah tersebut?

a)

Membina insitusi pendidikan

b)

Melatih pendakwah tempatan

c)

Mendirikan pusat penterjemahan

d)

Menghantar ulama mengajar agama

23.

Bagaimanakah pertapakan Islam di Brunei menyebabkan pengislaman wilayah di sekitarnya seperti Kepulauan Sulu dan Mindanao?

a)

Pendidikan dipergiat

b)

Perdagangan diperluas

c)

Kekuatan empayar dipertingkat

d)

Hubungan dengan China diperkukuh

24.

Apakah sumbangan ulama berikut kepada kerajaan Acheh?


Hamzah Fansuri

Nuruddin al-Raniri

a)

Menjadi utusan kerajaan

b)

Memperluaskan tanah jajahan

c)

Mengetuai pentadbiran wilayah

d)

Menghasilkan kitab-kitab agama

25.

Senarai berikut adalah hasil karya sastera tempatan di Asia Tenggara.


Hikayat Acheh

Hikayat Raja-Raja Pasai

Hikayat Merong Mahawangsa


Apakah persamaan maklumat yang terkandung dalam karya tersebut?

a)

Peraturan di istana

b)

Sistem pelantikan raja

c)

Pengurusan perdagangan

d)

Cara penyebaran Islam

26.

Mengapakah Sultan Mansur Shah (Melaka) menghantar kitab al-Dur al Manzum ke Sumatera – Pasai?

a)

Untuk dibahaskan

b)

Untuk diterjemahkan

c)

Sebagai lambang kedaulatan

d)

Sebagai hadiah perkahwinan

27.

Mengapakah Sultan Mansur Shah menghantar kitab al-Dur al-Manzum ke Samudera-Pasai?

a)

Untuk dibahaskan

b)

Sebagai mas kahwin

c)

Untuk diterjemahkan

d)

Sebagai tanda persahabatan

28.

Karya sastera manakah yang dibacakan kepada tentera Melaka ketika serangan Portugis?

a)

Hikayat Amir Hamzah

b)

Hikayat Nabi Bercukur

c)

Hikayat Nur Muhammad

d)

Hikayat Merong Mahawangsa

29.

Karya berikut mempunyai pengaruh terhadap rakyat kesultanan Melayu Melaka.


Hikayat Amir Hamzah

Hikayat Muhammad Ali Hanafiah


Apakah pengaruh karya tersebut?

a)

Memperluaskan ilmu pengetahuan

b)

Mewujudkan golongan intelek

c)

Memantapkan sisem perundangan

d)

Meningkatkan semangat perjuangan

30.

Golongan ulama sangat berpengaruh dalam sistem pentadbiran di Acheh.

Apakah peranan golongan tersebut?

a)

Melantik pembesar negeri

b)

Mengetuai upacara rasmi

c)

Menetapkan protokol

d)

Menasihati sultan

31.

Apakah strategi dakwah yang digunakan oleh para mubaligh Islam di Asia Tenggara untuk memudahkan penyebaran Islam?

a)

Memfokuskan golongan muda

b)

Mendirikan institusi pendidikan

c)

Mendekati golongan pemerintah

d)

Menawarkan bantuan dan hadiah

32.

Ajaran Islam disebarkan dalam kalangan masyarakat Asia Tenggara secara aman dan tertib.

Keadaan tersebut berlaku kerana masyarakat Asia Tenggara

a)

Sedia menerima perubahan

b)

Tabah menghadapi cabaran

c)

Bersepakat dalam perjuangan

d)

Bekerjasama untuk kesejahteraan

33.

Berikut menunjukkan perubahan yang berlaku dalam sistem pemerintahan di Asia Tenggara selepas kedatangan Islam.


Sebelum Islam - Beraja

Selepas Islam – X


Apakah X?

a)

Kesultanan

b)

Demokrasi

c)

Aristokrasi

d)

Republik

34.

Kedatangan Islam ke Asia Tenggara telah mengubah sistem pemerintahan dan pentadbiran.

Apakah bukti pernyataan di atas?

a)

Wazir dilantik mentadbir wilayah

b)

Institusi kesultanan diperkenalkan

c)

Undang-undang syariah dilaksanakan

d)

Jawatan tradisional dimansuhkan

35.

Kerajaan Islam berikut mempunyai pengaruh terhadap kerajaan Islam di Asia Tenggara.


Abbasiyah

Turki Uthmaniyah


Apakah pengaruh tersebut?

a)

Sistem Pembesar Empat Lipatan

b)

Peluasan kawasan empayar

c)

Pembentukan Majlis Syura

d)

Amalan institusi kesultanan

36.

Mengapakah nasab keturunan sultan yang memerintah di Asia Tenggara sering dikaitkan dengan Iskandar Zulkarnain?

a)

Mengelakkan perpecahan rakyat

b)

Memperkukuh hubungan perdagangan

c)

Meningkatkan kewibawaan pemerintah

d)

Mengekalkan amalan adat tradisional

37.

Maklumat di atas berkaitan dengan pemerintah kerajaan di Asia Tenggara.

Apakah sumbangan kedua-dua pemerintah tersebut dalam bidang pentadbiran?

a)

Menerapkan unsur Islam

b)

Melantik ulama mentadbir wilayah

c)

Mewujudkan angkatan tentera bergaji

d)

Mengehadkan kuasa golongan bangsawan

38.

Selepas kedatangan Islam, sistem politik di Asia Tenggara mengalami perubahan. Apakah perubahan tersebut?

a)

Institusi kesultanan diperkenalkan

b)

Islam dijadikan asas perundangan

c)

Pembesar dilantik secara musyawarah

d)

Sistem beraja berkuasa mutlak tamat

39.

Di Acheh terdapat sebuah kanun yang mempunyai ciri -ciri sebuah perlembagaan Islam yang dikenali sebagai Kanun Mahkota Alam.

Apakah yang terkandung dalam kanun tersebut?

a)

Tanggungjawab pemerintah

b)

Perbincangan masalah ibadah

c)

Cara penerimaan ufti dari luar

d)

Salasilah golongan bangsawan

40.

Ulama berikut menulis kitab agama islam pada abad ke-17 di Acheh.


Abdul Rauf Singkel

Syeikh Nuruddin al-Raniri


Apakah perkara yang dibincangkan dalam penulisan mereka?

a)

Kewajipan melakukan jihad

b)

Memperkukuhkan jati diri bangsa

c)

Mempertahankan budaya tempatan

d)

Kewajaran menghargai jasa tokoh

41.

Berikut menunjukkan perubahan konsep dalam sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 Masihi.


Zilullah fil-alam ------> Dewa Raja


Mengapakah perubahan tersebut berlaku?

a)

Peluasan wilayah

b)

Perubahan pemimpin

c)

Pengiktirafan kerajaan

d)

Pengislaman pemerintah

42.

Mengapakah undang-undang Islam sukar dilaksanakan sepenuhnya oleh pemerintah Islam di Asia Tenggara?

a)

Pembesar kurang memberi galakan

b)

Mendapat tentangan daripada penduduk

c)

Masih terikat dengan undang-undang adat

d)

Perang saudara di kalangan pemimpin tempatan

43.

Sistem sosial masyarakat Melayu berubah selepas kedatangan islam.

Apakah perubahan tersebut?

a)

Menekankan persamaan taraf

b)

Mementingkan adat turun - temurun

c)

Mengutamakan pencapaian ekonomi

d)

Menggalakkan perkahwinan siasah

44.

Perkara yang manakah menunjukkan kedatangan Islam ke Asia Tenggara mempengaruhi cara hidup bermasyarakat tempatan?

a)

Amalan bersemah

b)

Adat persandingan

c)

Persaudaraan ummah

d)

Cara bercucuk tanam

45.

Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas berpendapat kehidupan masyarakat Asia Tenggara berubah selepas kedatangan Islam.

Apakah perubahan tersebut?

a)

Melaksanakan hukum syarak

b)

Mementingkan pendidikan

c)

Mengutamakan adat tradisi

d)

Menekankan kemajuan fizikal

46.

Pendidikan formal berubah di Asia Tenggara selepas kedatangan Islam.

Apakah perubahan tersebut?

a)

Berpusat di istana

b)

Terhad di peringkat rendah

c)

Dibiayai oleh golongan bangsawan

d)

Melibatkan semua lapisan masyarakat

47.

Maklumat manakah yang betul berkaitan dengan kehidupan masyarakat di Asia Tenggara.

a)

Sebelum Islam: Menyembah dewa-dewa, Zaman Islam Mengamalkan tradisi turun-temurun

b)

Sebelum Islam: Masyarakat mempunyai kelas, Zaman Islam: Masyarakat dianggap sama taraf

c)

Sebelum Islam: Undang-undang manu, Zaman Islam: Campuran hukum adat dan syarak

d)

Sebelum Islam: Raja adalah keturunan dewa, Zaman Islam Raja adalah tuhan

48.

Sultan Iskandar Musa Mahkota Alam telah menubuhkan institusi baitulmal di Acheh.

Apakah fungsi institusi tersebut?

a)

Menjaga perbendaharaan negara

b)

Menguruskan adat istiadat istana

c)

Menyeragamkan sistem pentadbiran

d)

Mengawal pelaksanaan undang-undang