wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 2

Total questions: 25

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Sumber moral ialah bahan rujukan yang menjadi panduan dalam pembentukan keperibadian diri seseorang individu. Berikut merupakan sumber moral KECUALI

a)

Agama

b)

Norma masyarakat

c)

Prinsip hidup

d)

Rukun Negara

2.

Antara padanan Agama dan Kitab yang berikut, manakah padanan yang tepat

a)

Islam - Tripikata

b)

Hindu - Bhagavad Gita

c)

Buddha - Bible

d)

Kristian - Al-Quran

3.

Sumber rujukan dan panduan moral bagi seluruh rakyat Malaysia. Setiap warganegara Malaysia perlu mematuhi dan mengamalkannya.

Pernyataan tersebut merupakan sumber moral berasaskan ________.

a)

Agama

b)

Rukun Negara

c)

Kepercayaan

d)

Norma masyarakat

4.

'Tidak boleh memotong kayu yang bertindan kerana dikhuatiri bibir anak menjadi sumbing.'

Pernyataan diatas merupakan pantang larang kepada suami wanita mengandung bagi kaum Melanau.

a)

Betul

b)

Salah

5.

'Dilarang makan haiwan buruan yang dibunuh di dalam hutan kerana anak di dalam kandungan akan melecur seluruh badan.'

Pernyataan diatas merujuk kepada pantang larang wanita mengandung bagi kaum Iban.

a)

Betul

b)

Salah

6.

Pilih pernyataan yang tepat bagi kepentingan sumber moral.

i) memberi panduan kepada pengamalnya.

ii) melahirkan rakyat yang berkeperibadian tinggi.

iii) memupuk perpaduan dan keharmonian Negara.

iv) menyedarkan tanggungjawab individu kepada keluarga, masyarakat dan negara.

a)

i dan iv

b)

i, ii dan iii

c)

ii, iii dan iv

d)

i, ii, iii dan iv

7.

Kaum India melakukan amalan sujud kaki.

a)

Betul

b)

Salah

8.

Kaum Melayu tidak melarang seseorang mengetip kuku pada waktu malam.

a)

Betul

b)

Salah

9.

Kaum Semai akan menangguhkan semua aktiviti harian ketika berlakunya kematian.

a)

Betul

b)

Salah

10.

Gambar menunjukkan upacara perkahwinan dalam kalangan penganut beragama _______.

a)

Buddha

b)

Kristian

c)

Hindu

d)

Taoisme

11.

Gambar menunjukkan amalan adat resam semasa perayaan kaum _________.

a)

Buddha

b)

Melayu

c)

Hindu

d)

Cina

12.

Agama atau ________ membentuk keperibadian mulia.

a)

peribadi

b)

jati diri

c)

kepercayaan

d)

kesederhanaan

13.

Pembentukan keperibadian diri yang baik dan unggul harus berlandaskan pegangan agama dan emosi.

a)

Betul

b)

Salah

14.

Mempunyai harga diri merupakan salah satu ciri-ciri individu yang mempunyai pegangan agama atau kepercayaan.

a)

Betul

b)

Salah

15.

Berikut merupakan ciri-ciri individu yang mempunyai pegangan agama atau kepercayaan KECUALI

a)

Bersyukur

b)

Bercakap benar

c)

Pemaaf

d)

Tinggi diri

16.

Ramalkan kesan jika seseorang itu tiada pegangan agama atau kepercayaan.

i) hidup terumbang-ambing dan tidak sejahtera.

ii) melakukan perkara yang ditegah agama.

iii) sentiasa berfikiran positif dan hidup berasa tenteram.

iv) mencetuskan perbalahan dan pertelingkahan.

a)

i dan ii

b)

i, ii dan iv

c)

i, ii dan iii

d)

i, ii, iii dan iv

17.

Mencemarkan dan merosakkan alam sekitar merupakan salah satu kesan jika tiada pegangan agama atau kepercayaan.

a)

Betul

b)

Salah

18.

Berikut merupakan antara kepentingan pegangan agama atau kepercayaan dalam pembentukan keperibadian diri KECUALI

a)

Meningkatkan disiplin dan imej diri.

b)

Selalu berasa tertekan dalam hidup.

c)

Melahirkan individu yang berpekerti mulia

d)

Meningkatkan penghayatan manusia terhadap nilai-nilai murni.

19.

Gambar menunjukkan contoh perlakuan berlandaskan ajaran agama atau kepercayaan. Apakah nilai yang ditunjukkan dalam gambar tersebut.

a)

Bantu-membantu

b)

Menghormati guru

c)

Menghormati orang tua

d)

Hidup berbaik-baik

20.

Masyarakat Iban menyambut _______ sebagai tanda berakhirnya musim menuai padi.

a)

Hari Kaamatan

b)

Hari Gawai

c)

Hari Raya Aidilfitri

d)

Hari menuai padi

21.

Masyarakat Iban biasanya mendiami rumah panjang dan diketuai oleh seorang _________.

a)

tok ketua

b)

ketua rumah

c)

Tuai rumah

d)

Orang tua

22.

Aiman bercita-cita untuk menjadi jurutera apabila dewasa kelak. Di samping belajar dan berusaha gigih, dia juga tidak putus berdoa dan memohon restu daripada ibu bapa dan guru untuk berjaya dalam pelajarannya. Berikut ialah nilai yang diamalkan oleh Aiman KECUALI

a)

Rajin berusaha

b)

Kepercayaan kepada Tuhan

c)

Hemah tinggi

d)

Hormat-menghormati

23.

Ciri insan bermoral dari aspek pemikiran seseorang itu hendaklah tahu membezakan perkara yang betul atau salah.

a)

Betul

b)

Salah

24.

Pilih pernyataan yang tepat mengenai kepentingan menjadi insan bermoral kepada keluarga.

a)

Hidup lebih tenang dan sejahtera.

b)

Mendapat balasan yang baik daripada Tuhan.

c)

Menghormati dan bertolak ansur dalam masyarakat

d)

Institusi keluarga yang kukuh

25.

Perasaan prihatin, empati, simpati,gembira dan sebagainya merupakan ciri insan bermoral

a)

Betul

b)

Salah