WorksheetsSimpulan Bahasa
Total questions: 20
Worksheet time: 11mins
Berita yang dibawa oleh Intan itu tidak boleh dipercayai kerana hanya ___________ semata-mata.
khabar angin
mulut murai
alas cakap
buah mulut
Tulisan Lam yang ___________ itu amat sukar dibaca oleh Cikgu Boe.
cangkul angin
embun jantan
cakar ayam
getah bawang
Rumah En Ali hangus terbakar. Beliau dan keluarganya ____________ kerana barang-barangnya hangus dijilat api.
sehelai sepinggang
sebatang kara
anak yatim
seribu langkah
Pilih maksud bagi simpulan bahasa 'telinga lintah" yang betul.
orang yang tajam pendengaran
orang yang tidak mendengar nasihat
orang yang suka bercakap
orang yang pekak
______ kebanyakan penduduk kampung itu ialah nelayan dan petani.
Titik peluh
Mata duitan
Mata keranjang
Mata pencarian
Peperangan itu tamat setelah pihak lawan mengibarkan _____
buku lima
duit kopi
bendera putih
putih mata
Sikap _____ yang ada pada Beng Hao tidak harus dicontohi.
berat tulang
cari jalan
alas perut
senang hati
Alif tidak _________ meninggalkan emak dan ayahnya untuk berhijrah ke Kuala Lumpur.
Sagu Hati
Sampai Hati
Makan Hati
Buah Hati
Zhong Quan tidak ________ walaupun sudah kaya.
buah mulut
meninggi diri
panjang tangan
kaki ayam
Oleh kerana Xin Ru seorang yang sangat teliti, dia _______ untuk menyiapkan kerja sekolahnya agar tidak melakukan kesilapan.
mengambil peluang
mengambil langkah
mengambil berkat
mengambil masa
Anak-anak Pak Fakhrul _________ kerana rajin mengemas.
berat tulang
ringan tulang
ringan mulut
ayam tambatan
Pada setiap petang, Sabrina akan pergi ke perpustakaan untuk membaca buku.
ulat buku
buku lali
kacang hantu
hati batu
Kejayaan Teck Meng melanjutkan pelajaran ke luar negara menjadi sebutan orang-orang kampung.
buah hati
buah mulut
buah tangan
buah fikiran
Puan Lin membawa kuih bingka sebagai __________ ketika melawat Mak Cik Leha
dalam tangan
buah tangan
bekas tangan
Apakah maksud "besar hati"?
gembira
sedih
geram
sayang
