wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu - Latihan Tatabahasa PT3

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

"Ampun tuanku, beribu-ribu ampun, sembah ______ harap diampun,"kata Datuk panglima kepada baginda sultan.

a)

hamba

b)

tuanku

c)

patik

d)

beta

2.
a)

menjirus

b)

mengambil

c)

menadah

d)

menjerang

3.

permukaan kayu itu masih _______ walaupun sudah diketam.

a)

licin

b)

halus

c)

kesat

d)

keras

4.

Ubi yang direbus oleh emak telah ______ untuk dimakan.

a)

reput

b)

lemau

c)

empuk

d)

rangup

5.

Perompak itu berjaya _____ diri daripada sekatan jalan raya.

a)

meloloskan

b)

membiarkan

c)

melenyapkan

d)

menghilangkan

6.

Orang ramai ______ ke pusat beli-belah untuk membeli barangan keperluan hari raya.

a)

bertolak-tolak

b)

berpusu-pusu

c)

bersintak-sintak

d)

bersusup-susup

7.

Ibu menjahit tiga ______ baju kurung kepada kakak.

a)

helai

b)

keping

c)

pasang

d)

buah

8.
a)

jejari

b)

kekisi

c)

lelangit

d)

kekuda

9.

Soalan 9 dan 10

pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong yang betul


I) Projek pembinaan jambatan itu menelan belanja yang agak besar.

II) Kita hendaklah mengunyah makanan sehingga lumat sebelum menelannya.

III) Mak Milah terpaksa menelan kecaman orang kampung terhadap anaknya yang kurang upaya itu.

IV) Ketua kampung akan menelan semua cadangan yang dikemukakan oleh para penduduk di kampung itu.

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV sahaja

c)

I, II dan III sahaja

d)

II, III dan IV sahaja

10.

I) Anita mempercepat langkahnya untuk mengejar bas sekolah.

II) Saffa gigih berusaha untuk mengejar kehidupan yang lebih baik.

III) Pada awal tahun 1990-an, sektor perindustrian mengejar dengan pesat sekali.

IV) Pemuda itu mengejar ke hospital setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya.

a)

I dan II sahaja

b)

I dan III sahaja

c)

I, II dan III sahaja

d)

II, III dan IV sahaja

11.

pilih ayat yang mempunyai maksud sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat bercetak condong.


kegagalan institusi keluarga mendorong berlakunya gejala jenayah dalam kalangan remaja.

a)

Gejala jenayah dalam kalangan remaja menyebabkan kegagalan institusi keluarga.

b)

Institusi keluarga yang terlibat dengan gejala jenayah menjadikan remaja gagal.

c)

Peningkatan gejala jenayah dalam kalangan remaja berpunca daripada institusi keluarga.

d)

Gejala jenayah yang terjadi dalam kalangan remaja didorong oleh kegagalan institusi keluarga.

12.

Pilih ayat yang sam maksud atau maksud hampir paling hampir sama dengan ayat yang bercetak condong.


Pelayan restoran itu dimarahi oleh pelanggan kerana air tertumpah ke atas pakaiannya.

a)

pelanggan restoran itu dimarahi oleh pelayan itu kerana menumpahkan air ke atas pakaiannya.

b)

Pelanggan restoran itu sedang marah pelayan restoran itu kerana menumpahkan air ke atas pakaiannya.

c)

Oleh kerana pelayan restoran itu tertumpah air ke atas pakaian pelanggan, dia dimarahi oleh pelanggan tersebut.

d)

pelanggan restoran itu menumpahkan air ke atas pelanggan restoran itu.

13.

pilih ayat-ayat yang betul


I) Kelima orang anak Pak Masran berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.

II) kami diberi tempoh selama seminggu untuk mengosongkan rumah itu oleh tuannya.

III) Mereka berusaha untuk menyelamatkan seekor dugong yang terperangkap pada jaring nelayan itu.

IV) Setelah semua pokok-pokok getah itu ditebang, Pak Razzak mendirikan sebuah inap desa di kawasan itu.

a)

I dan IV sahaja

b)

II dan III sahaja

c)

I, II dan IV sahaja

d)

II, III dan IV sahaja

14.

Pilih ayat-ayat yang betul.


I) Jusman adalah murid tertinggi di sekolah.

II) Kami keluar dari Klinik Raju pada pukul 9.00 malam.

III) Kanak-kanak itu tersenyum gembira apabila ternampak kelibat ayahnya.

IV) Semua peserta diminta berkumpul di hadapan pagar sekolah pada pukul 7.00 pagi

a)

I dan II sahaja

b)

II dan III sahaja

c)

I, II dan IV sahaja

d)

II, III dan IV sahaja

15.

Pilih peribahasa yang sesuai


Setelah kasutnya dicuri, pemuda itu terjatuh pula ke dalam longkang apabila dikerjar oleh seekor anjing. Nasib pemuda itu tidak ubah seperti peribahasa .....

a)

nasi menjadi bubur

b)

telur di hujung tanduk

c)

menjolok sarang tebuan

d)

sudah jatuh ditimpa tangga

16.

Peribaha-peribahasa di bawah ini menggambarkan perbuatan yang sia-sia apabila sesuatu yang diberi tidak dihargai, kecuali

a)

seperti mencurah air ke daun keladi

b)

seperti mencurah garam ke laut

c)

seperti hujan jatuh ke pasir

d)

seperti abu di atas tunggul

17.

Nyatakan pola ayat di bawah ini.


Gelang emas yang dihadiahkan kepada isterinya itu cantik sungguh

a)

FN + FA

b)

FN+FN

c)

FN+FK

d)

FN+FS

18.

Nyatakan pola ayat di bawah ini


Buah durian di belakang rumah Pak Khuzaimi sudah gugur.

a)

FN+FS

b)

FN+FK

c)

FN+FN

d)

FN+FA

19.

Nyatakan pola ayat di bawah ini.


Semua perkakas di dalam bilik darjah sekolah kami daripada kayu jati

a)

FN+FK

b)

FN+ FA

c)

FN+FS

d)

FN+FN

20.

Nyatakan pola ayat di bawah ini.


Penyanyi muda yang berkasut kulit buatan Itali itu adik Nopal.

a)

FN+FA

b)

FN+FK

c)

FN+FS

d)

FN+FN