wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Alat Kebesaran dan Perhiasan Diraja

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan alat kebesaran diraja?

a)

Sekumpulan alatan kebesaran seorang raja atau sultan

b)

Sekumpulan alatan milik kerajaan atau pemerintah

c)

Sekumpulan alatan untuk pesta keraiaan

d)

Sekumpulan alatan untuk majlis hiburan

2.

Antara berikut, yang manakah tergolong dalam kategori perhiasan diraja?

a)

Cincin

b)

Seluar

c)

Kereta

d)

Muskat

3.

Bilakah masanya alatan kebesaran dan perhiasan diraja digunakan oleh seorang raja?

a)

Dipakai dan digunakan pada sepanjang masa

b)

Diguna dan dipakai ketika bersiar-siar

c)

Diguna semasa istiadat pertabalan

d)

Digunakan untuk pameran sahaja

4.

Apakah nama alat kebesaran berikut?

a)

Cogan agama

b)

Cogan alam

c)

Tongkat

d)

Cokmar

5.

Bilakah Mess Kit digunakan oleh seorang raja?

a)

Semasa baginda menghadiri majlis keraian kerajaan

b)

Waktu baginda bersiar bersama keluarga

c)

Semasa baginda melakukan lawatan ke luar negara

d)

Semasa baginda menerima lawatan asing

6.

Antara berikut, yang manakah perhiasan diri untuk Raja Permaisuri Agong?

a)

Muskat

b)

Gandik

c)

Mess Kit

d)

Tengkolok

7.
  • Diperbuat daripada emas putih bertatah berlian
  • Ia dipakai dileher semasa istiadat kebesaran diraja

Apakah perhiasan diri diraja yang dimaksudkan pada pernyataan di atas?

a)

Gandik Diraja

b)

Kalung Diraja

c)

Pending Diraja

d)

Tengkolok Diraja

8.

Apakah fungsi alat perhiasan diraja berikut?

a)

Lambang seorang raja

b)

Lambang kerajaan negeri

c)

Lambang kerajaan persekutuan

d)

Lambang kekayaan seseorang raja

9.

Apakah alat kebesaran yang lain turut dipakai bersama Muskat?

a)

Epolet

b)

Gandik Diraja

c)

Tengkolok Diraja

d)

Keris Panjang Diraja

10.

Antara berikut, yang manakah perhiasan diri utama yang dipakai oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong semasa majlis pertabalan?

a)

Kalung Diraja dan Gandik Diraja

b)

Tengkolok Diraja dan Gandik Diraja

c)

Keris Pendek Diraja dan Kalung Diraja

d)

Pending Diraja dan Keris Panjang Diraja

11.

Antara berikut, peralatan yang manakah melambangkan agama rasmi negara?

a)

Cokmar

b)

Cogan Alam

c)

Cogan Agama

d)

Tombak Berambu

12.

Antara ciri utama yang terdapat pada Keris Panjang Diraja ialah__________

a)

di atas hulunya terdapat anak bulan

b)

diperbuat daripada logam emas dan perak

c)

sampirnya diterapkan lambang Kerajaan Persekutuan

d)

hanya dipakai oleh Seri Paduka Baginda yang di-Pertuan Agong

13.

Antara berikut, yang manakah perhiasan diraja yang dihiasi dengan kraf sulaman benang emas bercorak awan larat?

a)

Muskat

b)

Mess Kit

c)

Tengkolok

d)

Tali bengkung

14.

Antara berikut, peralatan kebesaran yang manakah berkaitan dengan senjata Melayu lama?

a)

Payung Ubur-Ubur Kuning

b)

Tombak Berambu

c)

Sundang Diraja

d)

Cokmar

15.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong akan memakai Muskat semasa majlis keraian. Siapakah yang akan turut memakai pakaian tersebut?

a)

Petugas-petugas majlis keraian

b)

Pegawai istiadat Istana Negara

c)

Pegawai keselamatan baginda

d)

Pemandu kenderaan baginda

16.

Antara berikut yang manakah bukan Alat Kebesaran diraja

a)

Cogan Alam

b)

Cokmar

c)

Muskat

d)

Tobak Berambu

17.

Manakah antara alat kebesaran Diraja berikut mengandungi ayat al-Quran?

a)

Cokmar

b)

Cogan Alam

c)

Cogan Agama

d)

Keris Panjang Diraja

18.

Apakah istilah khusus yang digunakan bagi teknik lipatan sebuah tengkolok?

a)

Solek

b)

Epolet

c)

Sampir

d)

Kerabu

19.

Manakah antara alat perhiasan Diraja berikut mempunyai hulu yang diperbuat daripada gading?

a)

Pedang

b)

Sundang

c)

Keris Pendek Diraja

d)

Keris Panjang Diraja

20.

Motif bunga raya yang terdapat pada Mess Kit melambangkan apa?

a)

Prinsip Rukun Negara

b)

Keindahan dan artistik

c)

Keberanian dan perpaduan

d)

Bunga kebangsaan Malaysia

21.

Manakah antara alat kebesaran berikut mempunyai kepala berbentuk kubah?

a)

Cokmar

b)

Sundang

c)

Cogan Alam

d)

Cogan Agama

22.

Apakah bahan yang digunakan untuk membuat hulu dan sarung alat perhiasan Diraja di atas?

a)

Emas

b)

Perak

c)

Gading

d)

Tembaga Putih

23.

Perhiasan Diraja ini boleh diceraikan menjadi apa?

a)

Gelang dan subang

b)

Gelang dan kerongsang

c)

Subang dan kerongsang

d)

Kerongsang dan gelang kaki

24.

Pilih 2 daripada alat perhiasan Diraja berikut yang mempunyai motif awn larat?

a)

Muskat

b)

Mess Kit

c)

Kalung Diraja

d)

Pending Diraja

25.

Antara alat kebesaran berikut, yang manakah Pending Diraja

a)
b)
c)
d)
26.

Alat yang manakah bukan perhiasan Diraja?

a)

Tengkolok Diraja

b)

Gandik Diraja

c)

Kalung Diraja

d)

Sundang Diraja

27.

Pilih 2 antara keris yang berikut, yang manakah bukan keris Diraja?

a)

Keris Taming Sari

b)

Keris Panjang Beruk Berayun

c)

Keris Pekaka

d)

Keris Jawa Demam

28.

Apakah nama pakaian Diraja ini?

a)

Mistik

b)

Mess Kit

c)

Maskot

d)

Muskat

29.

Pakaian dipakai oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ini digunakan semasa majlis santapan malam beristiadat. Apakah nama pakaian Diraja ini?

a)

Mistik

b)

Mess Kit

c)

Maskot

d)

Muskat

30.

Apakah warna Payung Ubur-ubur?

a)

Merah

b)

Kuning

c)

Hijau

d)

Putih

31.

Apakah nama alat kebesaran Diraja di atas?

a)

Gandik Diraja

b)

Cogan Agama

c)

Cogan Alam

d)

Cokmar

32.

Alat kebesaran ini berfungsi sebagai alat perang pada zaman dahulu.

a)

Payung Ubur-Ubur Kuning

b)

Keris Diraja

c)

Cokmar

d)

Kalung Diraja

33.

Merupakan pakaian rasmi Yang di-pertuan Agong.

a)

Muskat

b)

Mess Kit

c)

Pending Diraja

d)

Baju Melayu

34.

Rantai leher yang dipakai oleh Raja Permaisuri Agong dikenali sebagai........

a)

Pending Diraja

b)

Kalung Diraja

c)

Gandik Diraja

d)

Dokoh

35.

Merupakan 3 senjata Melayu lama....

a)

Parang, Keris dan Sundang Diraja

b)

Tombak berambu, Keris dan Sundang Diraja

c)

Pedang, Keris Panjang dan Sundang Diraja

d)

Keris Panjang, Payung Ubur-Ubur Kuning dan Tombak berambu

36.

Apakah nama perhiasan Diraja di atas?

a)

Tanjak Diraja Perak

b)

Tengkolok Diraja Terengganu

c)

Mahkota Kerajaan Johor

d)

Tengkolok Diraja Kelantan

37.

Gambar di atas dikenali sebagai....

a)

Keris Taming Sari Perak

b)

Keris Pendek Diraja Perlis

c)

Keris Darjah Mahkota Johor

d)

Keris Panjang Beruk Berayun Selangor

38.

Pengancing tali pinggang atau kepala tali pinggang yang dipakai oleh Yang di-Pertuan Agong dikenali sebagai.....

a)

Mess Kit

b)

Pending Diraja

c)

Capal Diraja

d)

Dokoh

39.

Digunakan semasa majlis istiadat rasmi dan merupakan lambang kebesaran Raja-Raja Melayu.

a)

Tengkolok Diraja

b)

Cokmar

c)

Cogan Agama

d)

Payung Ubur-Ubur Kuning

40.

Bentuk solek pada ulu Tengkolok Diraja dinamakan sebagai....

a)

'Dendam Terlerai'

b)

'Dendam Tak Sudah'

c)

'Dendam Tok Wan'

d)

'Dendam Diraja'