wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Sejarah Bab 2

Total questions: 15

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Apakah bidang ilmu yang mengkaji organisma yang pernah hidup di bumi, fosil dalam sedimen binatang, tumbuhan dan bentuk hidupan purbakala?

a)

Geologi

b)

Arkeologi

c)

Astrologi

d)

Paleontologi

2.

Bumi kita telah mengalami perubahan berjuta-juta tahun dahulu. Perubahan pada ketika itu memberi kesan terhadap .....


I aktiviti manusia

II kedalaman lautan

III rupa bentuk fizikal bumi

IV perkembangan teknologi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

3.

Senarai berikut merupakan binatang yang pernah hidup di bumi.


✅ Sloth

✅ Woolly Mammoth

✅ Harimau bertaring panjang


Binatang tersebut hidup pada Zaman .....

a)

Neolitik

b)

Logam

c)

Mesolitik

d)

Air Batu

4.

Gambar berikut menunjukkan perubahan bentuk fizikal bumi.


Apakah faktor yang mempengaruhi perubahan bentuk fizikal bumi pada ketika itu?

a)

Iklim

b)

Gempa bumi

c)

Hidupan liar

d)

Aktiviti manusia

5.

Maklumat berikut menerangkan bentuk muka bumi.


X ➡️ Kawasan perairan sempit yang memisahkan dua kawasan daratan.


Apakah X?

a)

Laut

b)

Teluk

c)

Selat

d)

Tanjung

6.

Maklumat berikut menerangkan perairan laut.


Y ➡️ Bahagian perairan laut yang menghala ke daratan dan kawasannya dibatasi oleh daratan.


Apakah Y?

a)

Teluk

b)

Selat

c)

Tasik

d)

Sungai

7.

Antara pernyataan berikut, yang manakah berkaitan dengan Zaman Air Batu?


I Suhu bumi menurun

II Paras air laut meningkat

III Penipisan lapisan air batu

IV Keluasan air batu meningkat

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

8.

Maklumat berikut menerangkan Zaman Air Batu.


✅ Berlaku antara 23 juta hingga 5 juta tahun dahulu

✅ Mamalia telah wujud di bumi

✅ Suhu dunia panas dan kering


Apakah zaman yang dimaksudkan?

a)

Zaman Miosen

b)

Zaman Pliosen

c)

Zaman Pleistosen

d)

Zaman Holosen

9.

Jambatan darat Panama antara Amerika Utara san Amerika Selatan terbentuk pada Zaman .....

a)

Miosen

b)

Pliosen

c)

Pleistosen

d)

Holosen

10.

Gambar berikut menunjukkan Grand Canyon yang terletak di Colorado, Amerika Syarikat.


Dataran tinggi tersebut wujud pada Zaman .....

a)

Miosen

b)

Pliosen

c)

Pleistosen

d)

Holosen

11.

Maklumat berikut menerangkan Zaman Air Batu.


✅ Berlaku antara 2.5 juta hingga 10000 tahun dahulu

✅ Glasier utama berlaku sebanyak 11 kali


Apakah zaman yang dimaksudkan?

a)

Zaman Miosen

b)

Zaman Pliosen

c)

Zaman Pleistosen

d)

Zaman Holosen

12.

Apakah peranan ahli paleontologi?

a)

Mengkaji pergerakan bumi

b)

Mengkaji perubahan iklim di bumi

c)

Mengkaji peralatan tinggalan manusia

d)

Mengkaji sejarah bumi

13.

Pada Zaman Air Batu Akhir, manusia tinggal di kawasan tanah pamah yang sejuk.


Bagaimanakah mereka menyara kehidupan harian?

a)

Pembinaan kapal laut

b)

Sokongan pembesar

c)

Modal yang banyak

d)

Peluang pekerjaan

14.

Gambar berikut menunjukkan keadaan glasier di Alaska.


Apakah kesan glasier terhadap bumi?

a)

Menyejukkan suhu bumi

b)

Meluaskan permukaan bumi

c)

Memusnahkan hidupan bumi

d)

Mengubah bentuk fizikal bumi

15.

Apakah kesan perubahan Zaman Air Batu terhadap Asia Tenggara?

a)

Pembentukan Pentas Sunda

b)

Tenggelamnya Pentas Sunda

c)

Paras air laut menjadi rendah

d)

Suhu bumi menurun