Font size
WorksheetsKomsas - Prosa Moden F4
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Berikut merupakan pasangan yang betul KECUALI
Pak Kaduk - dianiaya oleh raja
Azam - peguam
Hakim - penternak moden
Hassan - datuk Hakim
Cerpen ini bertemakan
penganiayaan yang dilakukan oleh golongan atasan terhadap golongan bawahan
kesungguhan anak muda menceburi bidang penternakan dan keusahawanan
Berikut merupakan persoalan yang terdapat dalam cerpen ini
semangat setia kawan yang tinggi
kegigihan anak muda untuk mencapai cita-cita
keberanian dalam menegakkan keadilan
semangat patriotik dalam kalangan anak muda
Berikut merupakan perwatakan yang ada pada Hakim
seorang yang gigih
seorang yang naif
seorang yang terpelajar
seorang yang bercita-cita tingggi
Berikut merupakan latar tempat yang terdapat dalam cerpen ini
istana raja - tempat raja bersemayam
mahkamah - tempat perbicaraan kes tuntutan tanah Pak Kaduk
reban ayam - tempat Hakim menjalankan penternakan ayam
tanah empat ekar peninggalan Pak Kaduk
Setelah setahun menjalankan perusahaan penternakan ayam, Hakim berhadapan dengan masalah dibebani hutang kerana
ayam-ayam Hakim berpenyakit
pendapatannya terpaksa dipotong untuk membayar hutang kepada RAJA dan pihak bank
kos penternakan ayam yang tinggi
Berikut merupakan contoh bagi pengajaran berikut:
Kita hendaklah membantu mereka yang dalam kesusahan
syarikat RAJA sentiasa membantu golongan yang memerlukan dengan memberi pinjaman berbentuk cagaran
Azam, sentiasa membantu sahabatnya Hakim ketika susah
Hakim tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan pinjaman
Berikut merupakan masalah yang dihadapi oleh Hakim ketika menjalankan perusahaan penternakan ayam
jalan masuk ke reban ayam Hakim tidak berturap dan akan becak pada musim hujan
permohonan Hakim untuk mendapatkan bantuan menaiktaraf jalan di ladang penternakan ayamnya tidak dilayan walaupun dia telah berjumpa dengan orang yang berpengaruh
kemasukan lori-lori ke ladang penternakan ayam Hakim menyebabkan jalan semakin rosak dan dia dicaci maki oleh orang kampung
Hakim tidak mendapat bantuan daripada pihak kerajaan
Hakim meluahkan segala yang telah bersarang di dadanya. “Banyak persamaan antara aku dengan datukku. Kami sama-sama membela ayam dan kami sama-sama menggadai tanah. Kami sama-sama berada di bawah cengkaman orang berkuasa. Walaupun namaku tidak lagi berunsur kolot dan kuno seperti datukku, tetapi itu tidak bererti apa-apa. Sepatutnya namaku ialah Kaduk bin Kaduk bin Kaduk.”
nyatakan persamaan antara Hakim dengan datuknya, Kaduk.
Hakim dan datuknya, sama-sama membela ayam
Hakim dan datuknya, sama-sama menggadai tanah
Hakim dan datuknya, sama-sama berada di bawah cengkaman orang berkuasa
Nama mereka berdua adalah sama iaitu Kaduk bin Kaduk bin Kaduk
Berikut merupakan sumbangan industri pertanian dan penternakan kepada negara
menjamin kestabilan bekalan dan harga makanan negara
merancakkan pembabitan pelaburan swasta dalam pertanian secara komersial
menyediakan sumber pendapatan yang mapan dan kukuh kepada para usahawan tani
mendedahkan negara kepada pencemaran alam kesan penternakan dan pertanian
