NEW
Font size
WorksheetsKUIZ BAHASA MELAYU SIRI 1
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Pemburu itu cuba _____________ kera dengan menggunakan perangkap yang diperbuat daripada buluh.
menangkap
menangkapi
memerangkap
memperangkapkan
Kebolehannya dalam permainan badminton ___________ apabila dia menjuarai acara perseorangan di peringkat daerah.
ternampak
tampak
terserlah
bermula
Encik Nathan ialah Guru Besar kami yang baru. Sebelum ini _____________ bertugas di sebuah sekolah di Pulau Pinang.
dia
ia
baginda
beliau
Bangunan baru yang dibina itu tidaklah ____________ KLCC yang merupakan binaan tertinggi di Malaysia.
secantik
setinggi
sebesar
seperti
Kumpulan pengganas itu akhirnya menaikkan ____________ tanda menyerah kalah setelah tempat persembunyian mereka dikepung oleh pasukan keselamatan.
harga diri
senjata berat
tangan kanan
bendera putih
Para penonton mengejek pengadil itu kerana bersikap ___________ semasa mengadili perlawanan bola sepak itu.
berat sebelah
pilih kasih
pilih bulu
sebelah mata
____________ tiada kerja di kampung , dia pun berpindah ke bandar untuk mencari kerja.
Jika
Manakala
Lantaran
Walhal
Pelajar nakal itu didenda oleh Guru Besar kerana enggan memotong rambutnya yang panjang _____________ sudah beberapa kali diberi amaran.
sekiranya
walaupun
sebab
andai kata
Para nelayan itu turun ke laut dengan membawa tiga _________ jala dan beberapa __________ joran.
longgok-----buah
batang------rawan
buah-------biji
rawan------batang
Polis menjumpai dua _________ pistol yang disembunyikan di dalam se ________ pokok serai di belakang rumah penjahat itu.
pucuk------rumpun
das-----buah
laras-----batang
pucuk-----cekak
