wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Momentum dan Hukum Newton

Total questions: 40

Worksheet time: 24mins

Name
Class
Date
1.

Rajah menunjukkan satu graf halaju-masa bagi gerakan suatu objek.Momentum objek itu adalah malar dari

a)

0 s ke 3 s

b)

3 s ke 6 s

c)

6 s ke 8 s

d)

0 s ke 8 s

2.

Rajah menunjukkan suatu perlanggaran tak kenyal.Berapakah halaju kedua-dua kenderaan selepas perlanggaran?

a)

1.3 m s-1

b)

2.5 m s-1

c)

7.5 m s-1

d)

10.0 m s-1

3.

Rajah menunjukkan dua troli, P dan Q, yang berada di atas suatu satah tanpa geseran.Troli P bergerak dan melanggar troli Q yang pegun.Antara pernyataan berikut, yang manakah benar?

a)

Perlanggaran itu adalah perlanggaran kenyal

b)

Kedua-dua troli tidak mengalami perubahan momentum

c)

Jumlah momentum sebelum dan selepas perlanggaran itu adalah sama

d)

Jumlah tenaga kinetik sebelum dan selepas perlanggaran itu adalah terabadi

4.

Rajah menunjukkan dua biji bola yang serupa, P dan Q, bergerak ke arah satu sama lain dengan halaju v dan 2v masing-masing.Perlanggaran di antara kedua-dua biji bola tersebut adalah perlanggaran kenyal.Pernyataan manakah yang betul tentang perlanggaran kenyal itu?

a)

Momentum bola P sebelum perlanggaran itu adalah sama dengan momentum bola Q sebelum perlanggaran itu

b)

Jumlah momentum sebelum perlanggaran itu adalah sama dengan jumlah momentum selepas perlanggaran itu

c)

Tenaga kinetik bola P sebelum perlanggaran itu adalah sama dengan tenaga kinetik bola Q sebelum perlanggaran itu

d)

Jumlah tenaga kinetik sebelum perlanggaran itu tidak sama dengan jumlah tenaga kinetik selepas perlanggaran itu

5.

Dalam situasi yang manakah prinsip keabadian momentum boleh diaplikasikan?

a)
b)
c)
d)
6.

Rajah menunjukkan dua troli sebelum dan selepas perlanggaran.Berapakah halaju kedua-dua troli selepas perlanggaran ?

a)

0.60 ms-1

b)

0.83 ms-1

c)

l.20 ms-1

d)

2.00 ms-1

7.

Gambarajah menunjukkan dua buah troli yang berjisim m mempunyai halaju 2v dan v masing-masing.Jika selepas perlanggaran kedua-duanya melekat, halaju sepunya kedua-duanya adalah

a)

v/4

b)

v/2

c)

v

d)

2v

8.

Rajah menunjukkan sebuah troli dengan kipas elektrik.Apakah yang berlaku kepada troli itu apabila kipas elektrik dipasang?

a)

Bergerak ke kanan

b)

Bergerak ke kiri

c)

Kekal pegun

d)

Bergerak ke kanan dan ke kiri

9.

Rajah menunjukkan dua troli yang sama jisim menuju satu sama lain dengan laju yang sama.Jika perlanggaran diantara troli-troli itu adalah elastik, apakah yang akan berlaku selepas perlanggaran?

a)

Troli-troli itu berhenti

b)

Troli-troli itu bergerak bersama-sama

c)

Troli-troli itu bergerak berasingan dalam arah berbeza

10.

Rajah menunjukkan blok L bergerak mendekati satu blok pegun M di atas suatu permukaan licin. Selepas pelanggaran kedua-dua blok itu bergerak bersama-sama.Kuantiti fizik yang manakah menjadi lebih kecil selepas pelanggaran?

a)

jisim

b)

halaju

c)

momentum

d)

pecutan

11.

Berikan maksud momentum.

a)

Hasil darab jarak dengan jisim

b)

Hasil darab jisim dan halaju

c)

Hasil tambah jarak dengan jisim

d)

Hasil tolak jisim dengan halaju

12.

Momentum ialah kuantiti.........

a)

vektor

b)

skalar

c)

asas

13.

Unit SI momentum ialah Ns atau.......

a)

kgms2

b)

kgms

c)

kgms-1

d)

kgms-2

14.

Rajah di atas menunjukkan seorang pemain golf memukul sebiji bola golf. Jisim bola golf itu ialah 50 g. Apakah momentum bola yang melayang dengan halaju 150 ms-1?

a)

7.5 kgms2

b)

7500 kgms-1

c)

7.5 kgms-2

d)

7.5 kgms-1

15.

Prinsip keabadian Momentum menyatakan bahawa...

a)

jumlah momentum sebelum perlanggaran adalah sama dengan jumlah momentum selepas perlanggaran

b)

jumlah momentum sebelum perlanggaran adalah tidak sama dengan jumlah momentum selepas perlanggaran

c)

jumlah momentum sebelum perlanggaran adalah lebih besar daripada jumlah momentum selepas perlanggaran

d)

jumlah momentum sebelum perlanggaran adalah lebih kurang sama dengan jumlah momentum selepas perlanggaran

16.

Dalam satu perlanggaran kenyal, dua objek berlanggar dan bergerak berasingan selepas perlanggaran. Berikut pernyataan adalah tidak betul tentang perlanggaran kenyal.

a)

Jumlah tenaga kinetik objek sebelum dan selepas perlanggaran adalah sama

b)

Jumlah momentum objek sebelum dan selepas perlanggaran adalah tidak sama

c)

Jumlah tenaga kedua-dua objek diabadikan

d)

Tenaga kinetik diabadikan

17.

Dalam satu perlanggaran tak kenyal, pernyataan berikut adalah benar.

a)

Jumlah tenaga kinetik objek sebelum dan selepas perlanggaran adalah tidak sama

b)

Jumlah momentum objek sebelum dan selepas perlanggaran adalah tidak tidak sama

c)

Jumlah kinetik kedua-dua objek tidak diabadikan

18.

Sebuah kereta berjisim 600kg bergerak dengan halaju 60kmj-1. Ia kemudian berlanggar dengan kereta B yang berjisim 800kg dan bergerak dengan halaju 20 ms-1 dalam arah yang sama. Jika kereta B bergerak dengan halaju 30 ms-1 selepas daripada hentakan itu, berapakah halaju kereta A sejurus selepas perlanggaran itu?

a)

40ms-1

b)

50 ms-1

c)

26.67 ms-1

d)

40.67 ms-1

19.

Sebiji bola 0.50kg bergerak dengan 6.0 ms-1 berlanggar dengan satu lagi bola 1.0kg yang bergerak dengan laju 12.0 ms-1 dalam arah yang berlawanan. Bola 0.50kg itu berundur ke belakang dengan laju 14.0 ms-1 selepas perlanggaran. Cari halaju bola yang kedua selepas perlanggaran.

a)

3 ms-1

b)

-3 ms-1

c)

2 ms-1

d)

-2 ms-1

20.

Apakah jenis daya ?

a)

Tolakan

b)

Tarikan

21.

Apakah jenis daya ?

a)

Tolakan

b)

Tarikan

22.

Apakah jenis daya ?

a)

Tolakan

b)

Tarikan

c)

Tolakan dan Tarikan

23.

Antara berikut, yang manakah benar mengenai daya?

a)

Daya boleh dilihat

b)

Daya boleh dipegang

c)

Daya boleh didengar

d)

Daya boleh diperhati melalui kesannya

24.

Antara aktiviti berikut, yang manakah menunjukkan daya mengubah arah pergerakan?

a)

Berdiri

b)

Melompat

c)

Duduk

d)

Tidur

25.

Antara berikut, yang manakah menghasilkan geseran paling rendah?

a)
b)
c)
d)
26.

Rajah menunjukkan sebiji bola yang sedang bergerak menjadi perlahan dan berhenti. Apakah yang menyebabkan bola itu berhenti bergerak?

a)

Daya geseran

b)

Bentuk bola

c)

Jenis permukaan

d)

Daya tolakan yang dikenakan

27.

Rajah menunjukkan keadaan sepohon pokok sebelum dan

selepas dipanah petir. Ini menunjukkan bahawa

a)

Daya boleh dilihat

b)

Kesan daya boleh dilihat

c)

Kesan daya boleh diubah

d)

Daya boleh mengakibatkan bencana

28.

Rajah menunjukkan suatu daya dikenakan pada suatu tanah liat. Antara penyataan berikut, yang manakah menerangkan pemerhatian terhadap tanah liat itu?

a)

Daya mengubah bentuk

b)

Daya mengubah warna

c)

Daya mengubah pergerakan

d)

Daya mengubah berat tanah liat

29.

Rajah menunjukkan sebuah kereta berjisim 1 000 kg sedang bergerak dengan pecutan 2 m s~2. Daya geseran sebanyak 900 N bertindak ke atas kereta itu.Berapakah daya yang dikenakan oleh enjin kereta itu?

a)

900 N

b)

1 100 N

c)

2 000 N

d)

2 900 N

30.

F1, F2 dan F3 merupakan daya-daya yang sama magnitud yang bertindak ke atas suatu blok kayu. Rajah manakah yang menunjukkan daya paduan maksimum yang bertindak ke atas blok kayu itu?

a)
b)
c)
d)
31.

Rajah menunjukkan sebuah kereta mainan berjisim 4 kg. Kereta itu ditolak dengan daya 10N. Daya geseran di antara kereta mainan dan lantai ialah 2N.Berapakah pecutan kereta mainan itu?

a)

20 m s-2

b)

12 m s-2

c)

5 m s-2

d)

2 m s-2

32.

Objek yang manakah bergerak dengan pecutan paling besar?

a)
b)
c)
d)
33.

Apakah magnitud dan arah bagi daya paduan?

a)

5000 N ke kanan

b)

4000 N ke kanan

c)

40 N ke kiri

d)

4000 N ke kiri

34.

Apakah magnitud dan arah bagi daya paduan?

a)

15 N ke kiri

b)

15 N ke kanan

c)

1 N ke kiri

d)

1 N ke kanan

35.

" bagi setiap tindakan (aksi) terdapat satu (tindak balas)"


kenyataan diatas adalah berdasarkan

a)

Hukum newton pertama

b)

Hukum newton kedua

c)

Hukum newton ketiga

36.

-sesuatu jasad atau objek akan terus kekal dalam keadaan pegun -


kenyataan diatas adalah berdasarkan

a)

Hukum newton pertama

b)

Hukum newton kedua

c)

Hukum newton ketiga

37.

--Daya berhubung terus dengan pecutan--


kenyataan di atas adalah berdasarkan formula

a)

f = v/t

b)

f = ma

c)

f = m/a

d)

f = s/t

38.

Hukum inersia merujuk kepada jenis

a)

Hukum newton pertama

b)

Hukum newton kedua

c)

Hukum newton ketiga

39.

formula

f=ma


jika sebiji bola ditendang dengan daya 7.2 N mencapai halaju awal sebanyak 15ms-1 dalam masa 3 saat


berapakah jisim bola tersebut?

a)

108 kg

b)

2.0833kg

c)

15kg

d)

0.48 kg

40.

Satu objek berjisim 30kg diletakkan di atas lantai mendatar dan licin. Halaju objek berubah daripada pegun kepada 25.0ms-1 dalam masa 10saat.

berapakah magnitud daya?

a)

80N

b)

25N

c)

75N

d)

100N