wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ BAHASA MELAYU SIRI 3

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Dia mengesat darah pada betisnya akibat gigitan pacat dengan _________ kain buruk.

a)

secarik

b)

secekak

c)

sehelai

d)

selembar

2.

Emak membubuh beberapa ______________ daun pandan ke dalam air gula lalu memasaknya.

a)

tangkai

b)

helai

c)

rumpun

d)

jambak

3.

Walaupun disoal siasat selama beberapa jam, namun dia enggan ________ pergerakan yang disertainya.

a)

membuka mulut

b)

membuka rahsia

c)

membuka tembelang

d)

membuka langkah

4.

Setelah menerima __________________ daripada Guru Besar, dia tidak lagi ponteng sekolah.

a)

kata putus

b)

kata hikmat

c)

kata sepakat

d)

kata dua

5.

Petani itu ________________ bekerja di tengah sawah setiap hari.

a)

bermandi peluh

b)

bermandi-manda

c)

bermandi kerbau

d)

bermandi darah

6.

Pilih perkataan berganda yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah yang membawa maksud bilangan banyak.


I Bendera berwarna-warni dipacak sepanjang jalan itu.

II Kedai itu menjual berbagai-bagai jenis barang.

III Kakak membelek-belek kasut itu sebelum membelinya.

IV Anjing itu terkial-kial setelah kena baling dengan batu.

a)

I dan II sahaja

b)

II dan III sahaja

c)

I dan IV sahaja

d)

II dan IV sahaja

7.

Pilih perkataan berganda yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah yang membawa maksud bilangan banyak.


I Berbelas-belas orang telah cedera dalam kebakaran itu.

II Akar berbelit-belit pada batang pokok itu.

III Kayu itu reput kerana dimakan oleh anai-anai.

IV Dia berdolak-dalik apabila disoal oleh gurunya.

a)

I dan II sahaja

b)

I dan III sahaja

c)

II dan IV sahaja

d)

I, II dan IV sahaja

8.

Pilih perkataan berganda yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah yang membawa maksud berulang-ulang.


I Dia tersengguk-sengguk lalu tertidur di atas bangku itu.

II Pakaian pengemis itu koyak-rabak.

III Si Tompok, kucing saya mencakar-cakar dinding.

IV Daun pokok itu bergoyang-goyang apabila ditiup angin.

a)

I dan II sahaja

b)

I dan III sahaja

c)

I, III dan IV sahaja

d)

II, III dan IV sahaja

9.

Pilih perkataan berganda yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah yang membawa maksud berulang-ulang.


I Ibu dan anaknya berdakap-dakapan sebelum berpisah.

II Dia mengumpul hartanya secara berdikit-dikit.

III Bunyi tembakan itu kedengaran bertalu-talu dari arah bukit itu.

IV Terlayang-layang bulu burung itu diterbangkan oleh angin.

a)

I dan II sahaja

b)

I dan III sahaja

c)

II dan IV sahaja

d)

III dan IV sahaja

10.

Pilih ayat yang paling sesuai sebagai jawapan kepada ayat yang bergaris.


Kata Fuad kepada Lim, "Apa kata kalau kita pergi berkelah di air terjun itu pada minggu depan."

a)

"Bagus cadangan kamu itu, tetapi minggu depan saya tidak boleh pergi,"jawab Lim.

b)

"Air terjun itu berbahaya, lagipun saya suka mandi di laut," jawab Lim.

c)

"Nantilah saya bincang dengan kawan kita yang lain," jawab Lim.

d)

"Saya akan memberitahu keputusan saya pada besok pagi," jawab Lim.