wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Sejarah Bab 3

Total questions: 15

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Pada Zaman Paleolitik, manusia menggunakan peralatan yang diperbuat daripada .....


I batu

II besi

III tembaga

IV tulang binatang

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

2.

Pada Zaman Logam, manusia tahu membuat peralatan mereka daripada .....


I besi

II kaca

III perak

IV gangsa

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

3.

Maklumat berikut menunjukkan perkembangan teknologi Zaman Prasejarah.


Peralatan batu ➡️ Peralatan tembikar ➡️ Peralatan logam


Apakah nilai yang patut kita contohi daripada mereka?


I Keberanian

II Kegigihan

III Daya kreativiti

IV Semangat patriotik

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

4.

Gambar berikut menunjukkan Stonehenge di Britain yang dibina antara 3700 hingga 1600 SM.


Apakah yang boleh dikaitkan dengan binaan tersebut?


I Kawasan perkuburan

II Kawasan perumahan

III Tempat mengkaji bintang

IV Tempat mengadakan upacara ritual

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

5.

Gambar berikut menunjukkan Catal Huyuk, Turki.


Kawasan tersebut telah didiami oleh manusia Zaman Prasejarah antara 7100 - 600 SM.


Apakah aktiviti utama manusia pada ketika itu?

a)

Perikanan

b)

Pertanian

c)

Pelayaran

d)

Pertukangan

6.

Tapak tamadun berikut diduduki manusia pada 12000 Masihi.


Gobekli Tepe, Turki


Binaan batu di tapak tersebut berkaitan dengan .....

a)

Acara sukan

b)

Upacara ritual

c)

Aktiviti pertanian

d)

Urusan perdagangan

7.

Lenggong, Perak merupakan antara tapak Zaman Prasejarah yang terpenting di rantau Asia.


Apakah penemuan penting yang dapat membuktikan kehidupan manusia Zaman Prasejarah di negara kita?

a)

Penemuan Perak Man

b)

Penemuan Peking Man

c)

Perjumpaan cap mohor

d)

Perjumpaan batu bersurat

8.

Maklumat berikut berkaitan dengan tapak prasejarah di Sa Hyun, Vietnam.


✅ Tapak Zaman Besi yang paling menonjol di Asia Tenggara

✅ Berusia antara 1000 SM hingga 200 M


Apakah aktiviti utama yang dijalankan oleh manusia di lokasi tersebut?

a)

Menenun kain

b)

Membuat tembikar

c)

Mengutip hasil hutan

d)

Menjalankan perdagangan

9.

Sa Hyun didiami manusia antara 1000 SM hingga 200 M merupakan tapak Zaman Besi yang paling menonjol di Asia Tenggara.


Apakah pembuatan utama manusia pada ketika itu?

a)

Kertas

b)

Tekstil

c)

Tembikar

d)

Kapal layar

10.

Zaman Logam memperlihatkan kemampuan manusia mencipta peralatan yang diperbuat daripada .....


I batu

II tembaga

III gangsa

IV kayu

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

11.

Mengapakah aktiviti mengumpul makanan semakin berkurangan pada Zaman Neolitik?

a)

Aktiviti pertanian dijalankan

b)

Perkongsian makanan berlaku

c)

Bahan makanan semakin kurang

d)

Perpindahan manusia ke tempat lain

12.

Apakah tujuan manusia Zaman Neolitik melakukan upacara ritual?

a)

Menghargai jasa

b)

Membentuk perpaduan

c)

Mewujudkan perdamaian

d)

Menunjukkan kebanggaan

13.

Mengapakah mayat dikebumikan bersama-sama dengan pelbagai alatan?

a)

Tanda perpisahan

b)

Permintaan si mati

c)

Kehendak masyarakat

d)

Kepercayaan kehidupan selepas mati

14.

Gambar berikut menunjukkan Angkor Wat yang dibina di Kemboja.


Apakah tujuan bangunan tersebut dibina?

a)

Keagamaan

b)

Kebanggaan

c)

Pelancongan

d)

Pentadbiran

15.

Masyarakat Zaman Prasejarah mengamalkan budaya megalit.


Amalan tersebut adalah berkaitan dengan .....

a)

Pertanian

b)

Perburuan

c)

Kesenian

d)

Kepercayaan