wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ SIRAH INTERAKTIF (SIRI 1)

Total questions: 11

Worksheet time: 3mins

Name
Class
Date
1.

Kitab "SIRAH NABI MUHAMMAD S.A.W. PENGAJARAN & PEDOMAN" ditulis oleh:

a)

Syeikh Ramadhan Al-Buti

b)

Syeikh Mustafa as-Syibaie

c)

Syeikh Al-Mubarakfuri

d)

Syeikh Hassan Al-Banna

2.

Quraisy telah mencela Baginda dengan banyak isu yang direka-reka termasuklah isu keturunan.

a)

Betul. Saya yakin!

b)

Rasanya macam betul dah tu

c)

Salah tu

d)

Saya tak sure lah

3.

Semasa usia remaja, Baginda terdengar suara nyanyian daripada salah sebuah rumah di Makkah sempena majlis perkahwinan. Baginda teringin menyaksikannya. Tetapi Allah menjadikan Baginda tertidur.

a)

Betul, Baginda tertidur ketika itu

b)

Salah, Baginda menjauhkan diri dari tempat itu

4.

Siapakah yang mengungkapkan ayat ini:


"Tidak sekali-kali. Demi Allah, Allah tidak akan sekali kali menghina kamu. Kamu menghubungkan silaturrahim, membela pihak yang lemah, memberi pendapatan kepada yang tidak berharta, memuliakan tetamu dan menolong mereka yang berhak."

a)

Hamba Khadijah, Maisarah

b)

Baginda s.a.w.

c)

Isteri Baginda, Khadijah

d)

Abu Suffian

5.

Pengajaran daripada bahagian 1 ialah:

a)

A) Sekiranya pendakwah kepada Allah atau pengislah berada di kedudukan yang mulia di kalangan masyarakat, orang ramai akan lebih tertarik untuk mendengar seruannya.

b)

B) Ketabahan pendakwah menanggung keperitan sebagai anak yatim atau kesusahan hidup semasa kecil, menjadikan beliau lebih sensitif dengan nilai-nilai kemanusiaan yang mulia.

c)

C) Kehidupan pendakwah yang lurus semasa remaja dan perjalanan hidup yang baik lebih menjamin kejayaan beliau dalam dakwah kepada Allah, pengislahan akhlak dan memerangi mungkar.

d)

Kesemua di atas.

e)

Semua kecuali jawapan C

6.

Ketika tempoh terputusnya wahyu selama enam bulan, Rasulullah s.a.w. merasa susah hati dan amat dukacita, sehingga Baginda hampir-hampir keluar ke kawasan bukit dan ingin menghumbankan diri daripada puncaknya.


Lalu turun ayat berikut:

a)

Al-Hijr: 94

b)

Al-Muzzammil: 1-6

c)

Al-Alaq: 1-5

d)

Al-Muddathir: 1-5

7.

Dalam tempoh orang orang mukmin yang baru memeluk Islam disakiti, Rasul s.a.w. bersama orang-orang mukmin berhimpun secara sulit di rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam.

a)

Tepat Sekali

b)

Bukan. Berkumpul di Gua Hira'

c)

Mungkinlah kot

8.

Pada suatu hari, Rasul s.a.w. diperintahkan untuk memberi amaran kepada kaum keluarganya yang terdekat. Maka Baginda berdiri di bukit Sofa, menyeru satu persatu keluarga Quraisy.


Apakah yang disampaikan oleh Baginda?

a)

Mengajak mereka kepada Islam

b)

Meninggalkan penyembahan berhala

c)

Memotivasi mereka kepada syurga

d)

Memberi amaran tentang neraka

e)

Benar kesemuanya

9.

Para sahabat berhijrah ke sana untuk kali pertama seramai 12 orang lelaki dan 4 wanita.

a)

Betul

b)

Salah. 14 orang lelaki & 2 wanita

10.

Pengajaran daripada bahagian 2 ialah:

a)

Apabila Allah ingin mendorong hambaNya berdakwah kepada kebaikan & pengislahan, Dia akan mencampakkan ke dalam hatinya, rasa benci kepada kese-satan & kerosakan yang dilakukan oleh masyarakatnya.

b)

Pendakwah mestilah berada bersama para penyokongnya untuk tempoh tertentu pada setiap hari atau setiap minggu.

c)

Seorang pendakwah mestilah mengambil berat tentang kaum kerabatnya. Dia perlu menyampaikan dakwah islah kepada mereka.

d)

Kesemua ini.

11.

BONUS:

Bilakah Rasul s.a.w. dilahirkan?

a)

13 Rabiulawal

b)

12 Rabiulawal

c)

12 Rabiulakhir