wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pengenalan kepada Reka Bentuk dan Teknologi, T1

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, yang manakah definisi bagi reka bentuk dan teknologi.

a)

penyusunan bahan secara terancang untuk menghasilkan sesuatu produk yang memberi impak kepada kehidupan

b)

pengaplikasian ilmu sains dan matematik dengan menggunakan sumber semula jadi untuk dijadikan alat, tenaga atau sistem untuk memudahkan tugasan manusia

c)

gabungan pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang dengan mengaplikasikan pengetahuan sains dan matematik, untuk memudahkan kehidupan manusia.

d)

proses mereka bentuk sesuatu produk yang dapat dilihat dan dipegang

2.

Rajah di atas merupakan salah satu daripada rupa geometri. Apakah nama rupa geometri tersebut.

a)

Segiempat tepat

b)

Trapezium

c)

Rombus

d)

Pentagon

3.

Rajah di atas merupakan satu teknik pembinaan objek. Nyatakan teknik pembinaan objek tersebut.

a)

Pembenaman

b)

Penyatuan

c)

Pembuangan

d)

Peleraian

4.

Antara berikut, yang manakah kriteria reka bentuk yang baik.

I Kreativiti

II Keaslian reka bentuk

III Ergonomik

IV Kekuatan kualiti dan kebolehpasaran

a)

I, II dan III

b)

II, III dan IV

c)

I, III dan IV

d)

I, II, III dan IV

5.

Yang manakah bukan etika dalam reka bentuk?

a)

Keaslian

b)

Bermanfaat

c)

Mesra alam sekitar

d)

Membahayakan pengguna

6.

Berikut adalah langkah pengurusan projek reka bentuk, kecuali...

a)

Pengawalan

b)

Penjadualan

c)

Perancangan

d)

Pengeluaran

7.

Berikut adalah penjanaan idea reka bentuk untuk menyelesaikan masalah. Apakah langkah penjanaan idea seperti gambarajah tersebut?

a)

Meniru apa sahaja yang terdapat di persekitaran dan menukarkannya ke dalam bentuk produk.

b)

Menterbalikkan fungsi sesuatu alat

c)

Menukar saiz objek

d)

Menterbalikkan kedudukan

8.

Terdapat dua kaedah dalam menyediakan anggaran awal kos, iaitu;

I kaedah unit/kuantiti

II konsep SMART

III konsep matematik

IV kaedah perakaunan

a)

I sahaja

b)

I dan II

c)

II sahaja

d)

III dan IV

9.

Yang manakah elemen reka bentuk yang betul.

a)

Kesejajaran

b)

Keseimbangan

c)

Garisan

10.

Pilih prinsip reka bentuk yang betul.

a)

Kepelbagaian

b)

Kesejajaran

c)

Keikhlasan