NEW
Font size
S
M
L
XL
WorksheetsKata Ganda
Total questions: 25
Worksheet time: 10mins
Name
Class
Date
1.
Menara pemerhati polis hanya _________pada pelihatan pemandu kerana diselubungi kabus yang tebal pada waktu pagi.
a)
dekat-dekat
b)
balam-balam
c)
datang-datang
d)
bayang-bayang
2.
Suasana di pasar raya itu ____________ selepas dua das tembakan kedengaran itu.
a)
huru-hara
b)
gundah-gulana
c)
inggang-inggung
d)
tunggang-langgang
3.
Pada setiap hari Jumaat, umat Islam _________ ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.
a)
berburu-buru
b)
berbolak-balik
c)
berbunyi-bunyi
d)
berbondang-bondang
4.
"__________ lagi sudah aku kata, jangan bermain di situ," kata Pak Sali kepada cucunya.
a)
Bila-bila
b)
Rasa-rasa
c)
Esok-esok
d)
Awal-awal
5.
Para penumpang penerbangan ke Kuching berebut- rebut meletakkan beg di _________ di dalam kapal terbang itu.
a)
pepara
b)
peparam
c)
pepasang
d)
pepenjuru
6.
Sehingga sekarang, masih ada peniaga Cina yang suka menggunakan __________ untuk membuat perkiraan.
a)
kapu-kapu
b)
diam-diam
c)
dekat-dekat
d)
dekak-dekak
7.
Ustaz Sulaiman __________ dalam gelap untuk mencari kunci kereta kerana tidak mahu mengejutkan isterinya yang tidur dengan lenanya.
a)
tergesa-gesa
b)
tergesel-gesel
c)
tergapai-gapai
d)
tergagau-gagau
8.
____________ adalah sejenis binatang yang suka duduk di celah-celah tilam dan bantal.
a)
Pepijat
b)
Rerama
c)
Jejentik
d)
Pijat-pijat
9.
Datuk saya sedang menebas ________________ di belakang rumah saya.
a)
bukit-bukau
b)
semak-samun
c)
kayu-kayan
d)
gunung-ganang
10.
Selepas mencuci pinggan, emak meletak pinggan di atas ____________ .
a)
kekayu
b)
rak
c)
pepara
d)
dapur
11.
Jurutera itu menggunakan _____________ untuk melukis sudut 90 darjah.
a)
pembaris
b)
sesiku
c)
jejari
d)
lelabah
12.
Pejalan kaki dinasihat menggunakan _________________ di jalan raya yang sibuk itu.
a)
lintasan belang
b)
jambatan
c)
jejambat
d)
jejantas
13.
Anda boleh cuba membela beberapa ekor ikan pelaga atau gapi untuk mengelakkan pembiakan ____________ di takung air.
a)
pepijat
b)
rerama
c)
jejentik
d)
lelabah
14.
Apabila musim kemarau datang, sawah padi menjadi ____________________________.
a)
orang-orang
b)
kering-kontang
c)
kering
d)
basah
15.
Biliknya menjadi ________________________________ apabila bekalan elektrik terputus.
a)
gelap-gelita
b)
terang benderang
c)
sangat gelap
d)
malap
16.
Adik saya suka mengejar _____________________________ di taman bunga.
a)
anai-anai
b)
pijat-pijat
c)
rama-rama
d)
labah-labah
17.
Almarinya rosak dimakan oleh __________________________________.
a)
pijat-pijat
b)
anai-anai
c)
rama-rama
d)
tikus-tikus
18.
Jiran tetangga seharusnya saling __________________________________ .
a)
bantu-membantu
b)
menolong
c)
bantu
d)
bekerjasama
19.
Azmi lari _________________ kerana dikejar anjing ketika pulang dari sekolah.
a)
kelam-kabut
b)
lintang-pukang
c)
sesat barat
20.
Jalan yang ____________________ itu merupakan satu-satunya jalan yang digunakan untuk ke bandar.
a)
bengkang-bengkok
b)
simpang-siur
c)
lurus-lurus
21.
Badan Pak Hassan ___________________ ketika merentasi hutan untuk pulang ke rumahnya.
a)
calar-balar
b)
luka-luka
c)
liku-liku
22.
Keadaan menjadi _______________ ketika bandar itu dilanda gempa bumi.
a)
kusut-masai
b)
sorak-sorai
c)
huru-hara
23.
Adik menangis ___________________ kerana ayah enggan membelikannya permainan baharu.
a)
gelak-tawa
b)
gegap
gegak-gempita
gegak-gempita
c)
sedu-sedan
24.
Pada hujung minggu yang lalu, penduduk Taman Astakona telah mengadakan aktiviti _______________ membersihkan taman perumahan mereka.
a)
gaduh-gaduh
b)
gopoh-gapah
c)
gotong-royong
25.
Rambut Makcik Limah kelihatan _____________ kerana sudah lama tidak dicuci.
a)
harum wangi
b)
kusut-masai
c)
keras-kejung
Reset
