wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Sejarah Bab 6

Total questions: 15

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah kawasan dalam Tamadun Yunani.


✅ Pusat komuniti

✅ Dilindungi oleh kubu

✅ Terdapat bangunan kerajaan dan keagamaan


Apakah kawasan tersebut?

a)

Polis

b)

Agora

c)

Istana

d)

Acropolis

2.

Masyarakat Tamadun Yunani menganggap setiap kota merupakan tanah suci yang dikurniakan Dewa.


Apakah kesan daripada anggapan tersebut?

a)

Sistem pentadbiran sering berubah

b)

Penduduk terlibat dalam urusan pentadbiran

c)

Hubungan antara warganegara makin renggang

d)

Rakyat bersatu padu untuk mempertahankan negara kota

3.

Sebelum sistem demokrasi diamalkan, Athens telah melalui sistem pemerintahan bercorak monarki, oligarki, aristokrasi dan tirani.


Mengapakah berlaku perubahan tersebut?

a)

Mengurangkan kuasa rakyat

b)

Mengelakkan perang saudara

c)

Memantapkan sistem pemerintahan

d)

Menghapuskan pemerintahan tradisional

4.

Maklumat berikut merupakan fungsi badan pentadbiran di Athens.


✅ Membuat perjanjian dengan negara lain

✅ Menerima duta asing

✅ Membuat deklarasi peperangan


Apakah badan pentadbiran tersebut?

a)

Juri

b)

Majlis

c)

Majistret

d)

Dewan Perhimpunan

5.

Dalam sistem demokrasi Athens, Majlis dianggotai oleh 500 orang dan dikenal sebagai Majlis 500.


Apakah peranan majlis?

a)

Melantik ahli Dewan Perhimpunan

b)

Mengawasi urusan Dewan Perhimpunan

c)

Membuat aduan kepada Dewan Perhimpunan

d)

Melaksanakan keputusan Dewan Perhimpunan

6.

Di Athens, ahli-ahli Majlis dilantik oleh Dewan Perhimpunan.


Apakah tanggungjawab mereka?

a)

Mengendalikan keadilan

b)

Menggubal undang-undang

c)

Melaksanakan dasar kerajaan

d)

Menguruskan jabatan kerajaan

7.

Di Athens, Juri dianggotai oleh 101 hingga 1001 orang.


Apakah tanggungjawab badan tersebut?

a)

Menggubal undang-undang

b)

Menguruskan pentadbiran

c)

Melaksanakan segala dasar negara

d)

Menguruskan hal berkaitan dengan keadilan

8.

Juri merupakan badan yang bertanggungjawab dalam hal yang berkaitan dengan keadilan. Kuasa pengadilan terletak dalam tangan .....

a)

Raja

b)

Hakim

c)

Pengerusi

d)

Warganegara

9.

Negara berikut telah mewarisi sistem pemerintahan demokrasi yang diperkenalkan oleh Tamadun Yunani.


✅ Indonesia

✅ Malaysia

✅ Britain


Apakah ciri demokrasi yang diamalkan oleh negara tersebut?

a)

Raja menggubal undang-undang

b)

Rakyat memilih pemimpin

c)

Negara diketuai oleh Perdana Menteri

d)

Anggota Dewan Rakyat dilantik oleh ketua negara

10.

Di Sparta, lima orang pegawai dilantik sebagai ephors.


Apakah peranan ephors?

a)

Mengetuai pentadbiran

b)

Menggubal undang-undang

c)

Memajukan ekonomi negara

d)

Mengawal kuasa mutlak raja

11.

Di Sparta, anak lelaki diberi latihan tentera dari kecil.


Mengapakah kerajaan Sparta mengambil langkah tersebut?

a)

Melatih rakyat mentaati pemerintah

b)

Memastikan kehidupan rakyat sihat dan cergas

c)

Menyediakan rakyat untuk menakluk negara lain

d)

Memastikan rakyat mampu mempertahankan negara

12.

Kaum wanita di Sparta menjalani latihan fizikal dan diajar berlari serta bertinju.


Mengapakah mereka perlu berbuat demikian?

a)

Membina jati diri

b)

Mempertahankan negara

c)

Menjaga maruah keluarga

d)

Mengelakkan ancaman kaum lelaki

13.

Tamadun Rom mencapai zaman kegemilangan pada era Pax Romana (27M - 180M).


Apakah pencapaian Tamadun Rom pada era tersebut?

a)

Keamanan empayar

b)

Pembentukan republik

c)

Pertambahan penduduk

d)

Penyebaran agama

14.

Gambar berikut menunjukkan binaan berkubah yang terbesar di dunia, iaitu Pantheon.


Apakah tujuan pembinaan bangunan tersebut?

a)

Pusat pentadbiran

b)

Pusat perniagaan

c)

Tempat persembahan seni

d)

Tempat penyembahan dewa-dewi

15.

Dalam Tamadun Rom, aqueduk yang pertama dibina di Aqua Appia pada tahun 312SM.


Apakah fungsi aqueduk?

a)

Bekalan air

b)

Rumah ibadat

c)

Benteng pertahanan

d)

Tempat persembahan