Font size
WorksheetsKuiz PSI 5: Nusyuz, Zihar dan Poligami
Total questions: 14
Worksheet time: 14mins
Apakah maksud Nusyuz?
Seorang isteri yang keluar rumah tanpa izin suami
Seorang isteri yg menderhaka terhadap suaminya dan mengabaikan kewajipannya
Seorang isteri yang dihukum kerana tidak mentaati suami
Seorang isteri mengadakan hubungan sulit dengan lelaki lain
Apakah maksud Zihar?
Seorang suami menyamakan isterinya dengan jiran sebelah
Seorang suami menyamakan mata isterinya dengan mata bapa mentuanya
Seorang suami menyamakan rambut isterinya dengan rambut ibu mentuanya
Seorang suami menyamakan isterinya dengan perempuan yang diharamkan berkahwin selama-lamanya
Apakah maksud poligami?
Lelaki yang beristeri lebih dari seorang tetapi tidak melebihi 4 dalam satu masa
Lelaki yang mengahwini isteri kedua
Lelaki yang melukakan hati isteri pertama dengan berkahwin lagi
Lelaki yang dayus
Tanda-tanda isteri yang nusyuz ialah (pilih 3 jawapan)
Isteri membeli barang tanpa izin suami
Isteri enggan melayan suami ke tempat tidur ( bersetubuh ) tanpa keuzuran
Membenarkan lelaki yang tidak disukai suami masuk ke rumah semasa ketiadaan suami
Isteri menjemur pakaian di luar rumah tanpa menutup aurat
Keluar rumah tanpa izin suami dengan tiada sebab yang munasabah
Apakah kesan Nusyuz terhadap keluarga? (pilih 2 jawapan)
Anak-anak akan hilang rasa hormat kepada ibu bapa
Anak-anak akan mudah fokus di dalam pembelajaran
Jiwa dan minda anak-anak akan tertekan dengan tindakan ibu bapa
Anak-anak hanya akan hormati ibunya
Cara mendidik isteri yang nusyuz ialah (pilih 3 jawapan)
Memberi nasihat dengan hikmah
Menghalang nafkah kepada isteri
Memisahkan tempat tidur
Menyuruh isteri pulang ke rumah ibu bapanya
Memukul dengan tujuan mendidik
Apakah hikmah larangan nusyuz?
Mengelakkan perceraian
Mengelakkan suami berkahwin lain
Mengelakkan anak-anak terabai pendidikan
Mengelakkan isteri terhalang daripada mendapat nafkah
Hukum perempuan yang diziharkan oleh suaminya ialah
tidak boleh keluar rumah
tidak boleh disetubuhi sehingga suami membayar kafarah
tidak mendapat nafkah
akan jatuh talak satu
Zihar boleh terjadi apabila suami menyamakan _______________ isteri dengan anggota ahli keluarga yang haram dikahwini. (pilih 3 jawapan)
Kening
Perut
Payu dara
Bibir
Peha
Kafarah zihar bagi suami yang menziharkan isterinya ialah (pilih 3 jawapan)
Merdekakan seorang hamba
Puasa 2 bulan berturut-turut
Beri makan 60 orang fakir miskin
Memberi infaq kepada anak yatim
Mengerjakan umrah
Rukun zihar ialah (pilih 4 jawapan)
Suami
Isteri
Tempoh masa
Sighah
Orang yang diserupakan
Poligami akan menjadi haram apabila
Yakin tidak mampu, yakin tidak berlaku adil, tidak mampu beri nafkah
Tiada keperluan dan hanya bertujuan untuk berseronok
Isteri tidak mampu beri zuriat
Suami mempunyai nafsu kuat
Syarat poligami ialah (pilih 3 jawapan)
Bertujuan menyelesaikan masalah
Tidak melebihi 4 isteri pada satu masa
Boleh berlaku adil
Mampu jasmani dan kewangan
Isteri yang hendak dikahwini mestilah pilihan isteri pertama
Apakah hikmah poligami?
Mengurangkan bilangan perempuan yang tidak berkahwin
Mengembangkan silaturahim sesama Islam
Meningkatkan kewangan rumah tangga
Memberi kebahagiaan kepada anak-anak
