Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Latihan Kuiz Tatabahasa Tingkatan 2

Total questions: 30

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Hari Buruh dirayakan untuk meraikan golongan __________ yang banyak membantu pertumbuhan ekonomi Negara.

a)

pekerja

b)

pelabur

c)

peniaga

d)

pemaju

2.

__________ masa sahaja nama para pelajar yang terpilih mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PKLN) akan diumumkan oleh pihak sekolah.

a)

Mana-mana

b)

Bila-bila

c)

Apa-apa

d)

Siapa-siapa

3.

Puan Sunitha jatuh __________ apabila mendengar berita tentang kematian suaminya akibat kemalangan jalan raya.

a)

terperosok

b)

terduduk

c)

terjelepok

d)

tersungkur

4.

Nelayan itu __________ sampan dengan perlahan kerana kepenatan.

a)

mendayung

b)

menolak

c)

memandu

d)

mengayuh

5.

Biskut itu menjadi __________ kerana tin biskut itu tidak ditutup dengan rapat.

a)

lembut

b)

kering

c)

rangup

d)

lemau

6.

Rumah tangga Mak Cik Salamiah __________ angkara suaminya yang masih menagih dadah.

a)

hiruk-pikuk

b)

tunggang-langgang

c)

porak-peranda

d)

kacau-bilau

7.

Projek itu akan tetap dijalankan oleh pemaju __________ mendapat bantahan daripada orang ramai.

a)

atau

b)

kerana

c)

walaupun

d)

tetapi

8.

__________ nenek hanya tersenyum tatkala diajukan soalan tentang perkara itu?

a)

Bagaimanakah

b)

Mengapakah

c)

Di manakah

d)

Apakah

9.

Jalan cerita drama yang ke udara pada ketika ini __________ menyedihkan.

a)

sekali

b)

benar

c)

amat

d)

nian

10.

__________ saya memilih untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan ekonomi tetapi atas desakan keluarga.

a)

Adalah

b)

Tidak

c)

Memang

d)

Bukan

11.

Pemain badminton negara bermain bermati-matian ­__________ memastikan kejayaan Malaysia dalam Piala Thomas.

a)

demi

b)

agar

c)

hingga

d)

dan

12.

Sekolah yang terletak di __________ bandar itu akan dirobohkan kerana terlalu usang.

a)

tengah

b)

tepi

c)

hadapan

d)

sebelah

13.

Bawang besar itu perlu dipotong kepada beberapa __________ sebelum dimasukkan ke dalam sayur-sayuran.

a)

keping

b)

bilah

c)

hiris

d)

lapis

14.

Pasukan badminton negara __________ menang berdasarkan kedudukan mata yang jauh mendahului pihak lawan.

a)

telah

b)

masih

c)

belum

d)

pasti

15.

Emak menumis __________ untuk hidangan tengah hari.

a)

daun-daun

b)

lauk-pauk

c)

sayur-mayur

d)

buah-buahan

16.

Penduduk di kampung itu terkejut apabila melihat beberapa ekor ikan paus ­__________ di pantai.

a)

terdampar

b)

terbaring

c)

terlentang

d)

tersangkut

17.

Datuk Badrul berada dalam keadaan yang __________ setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya.

a)

poliklinik

b)

klinikal

c)

kritik

d)

kritikal

18.

Sumber bekalan air bagi penduduk di Singapura __________.

a)

ialah dari Johor

b)

adalah dari Johor

c)

ialah ke Johor

d)

adalah daripada Johor

19.

__________ bersama kami di Restoran Selera esok.

a)

Mintalah makan tengah hari

b)

Silalah jemput makan tengah hari

c)

Marilah makan tengah hari

d)

Silalah makan tengah hari

20.

Pencuri itu ­__________ ketika cuba melepaskan diri.

a)

dikena tangkap oleh polis

b)

kena tangkapan oleh polis

c)

kena tangkap oleh polis

d)

kena ditangkap oleh polis

21.

Setiap hari saya suka memasukkan baju-baju kotor ke dalam bakul khas.

a)

memasukan

b)

memasukkan

22.

Antara pelajar-pelajar yang datang ke sekolah itu ialah pelajar dari sekolah berhampiran.

a)

pelajar

b)

pelajar-pelajar

23.

Ibubapa dinasihatkan agar sentiasa memantau perlakuan anak-anak mereka.

a)

ibu bapa

b)

ibubapa

24.

Ibu tidak membenarkan saya menonton television sehingga lewat malam.

a)

television

b)

televisyen

25.

Semua pekerja di syarikat itu sentiasa berkerjasama tanpa memilih pangkat.

a)

bekerjasama

b)

berkerjasama

26.

Kadang-kala ibu memarahi kakak walaupun bukan kakak yang melakukan kesalahan.

a)

kadang kala

b)

kadang-kala

27.

____________ waktu cuti sekolah kamu dengan aktiviti yang berfaedah.

a)

Kosongkan

b)

Muatkan

c)

Penuhi

d)

Isikan

28.

Encik Salim mengeluarkan wang ___________ di dalam bank untuk membiayai rawatan anaknya.

a)

taruhan

b)

simpanan

c)

semakan

d)

tabungan

29.

_________ yang berkaitan demam denggi itu akan diadakan di dewan sekolah.

a)

Sajian

b)

Pamerkan

c)

Pameran

d)

Larangan

30.

Kerani itu sedang mencetak penyata gaji _________ Encik Majid.

a)

harian

b)

akhiran

c)

rumusan

d)

tahunan