wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pewarisan

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, yang manakah bukan merupakan merupakan trait?

a)

Kumpulan darah O

b)

Ketinggian pokok

c)

Warna merah bunga

d)

Kebolehan menggulung lidah

2.

Antara berikut, yang manakah menerangkan ciri fizikal sesuatu organisma?

a)

Genotip

b)

Fenotip

c)

Homozigot

d)

Heterozigot

3.

Berapakah bilangan genotip berbeza yang boleh ditemui dalam anak dari kacukan TtGg X TtGg?

a)

4

b)

9

c)

12

d)

16

4.

Seorang wanita mempunyai rambut keriting. Suaminya mempunyai rambut lurus dan semua anaknya mempunyai rambut keriting. Antara pernyataan berikut, yang manakah menerangkan situasi tersebut?

a)

Wanita tersebut ialah homozigot resesif

b)

Trait jenis rambut bukan ciri yang diwarisi

c)

Kedua-dua wanita dan suaminya adalah heterozigot

d)

Gen untuk rambut keriting adalah dominan ke atas gen rambut lurus

5.

Apakah genotipnya jika satu individu mempunyai fenotip resesif untuk satu trait?

a)

Heterozigot

b)

Homozigot resesif

c)

Homozigot dominan

d)

Sama ada homozigot resesif atau heterozigot

6.

Dalam bunga ros, alel bagi bunga merah adalah dominan bagi alel bunga putih.

Dua pokok bunga heterozigot telah dikacukkan.

Apakah kebarangkalian anak anak berbunga merah?

a)

0%

b)

25%

c)

75%

d)

100%

7.

Rajah menunjukkan kacukan antara dua induk heterozigot.


Antara dua proses yang berikut, manakah yang terbaik diwakili oleh rajah di atas?

a)

Penggabungan semula dan kodominan

b)

Pengasingan dan pewarisan segera

c)

Pengasingan dan penggabungan semula

d)

Kodominan dan rangkaian gen

8.

Salasilah genetik yang menunjukkan hanya lelaki yang terkesan oleh penyakit tertentu. Apakah jenis pewarnaan ini?

a)

Dominan

b)

Rangkaian seks

c)

Resesif

d)

mutan

9.

Kacukan kodominan antara bunga ros merah homozigot dan bunga ros putih homozigot menghasilkan...

a)

50% bunga merah dan 50% bunga putih

b)

Pokok dengan bunga merah

c)

Pokok dengan bunga merah jambu

d)

75% bunga merah dan 25% bunga putih

10.

Dalam generasi F2 bagi kacukan dihibrid antara dua heterozigot, berlaku dalam nisbah 9:3:3:1.

Apakah yang ditunjukkan berdasarkan keputusan tersebut?

a)

Mutasi telah berlaku

b)

Lokus gen adalah tidak berhubung

c)

Alel adalah dominan lengkap

d)

Alel terletak pada kromosom yang berlainan

11.

Antara penderma darah yang berikut, yang manakah boleh menderma darahnya kepada seseorang dengan kumpulan darah O?

a)

IAIB

b)

IAIB

c)

IOIO

d)

IBIO

12.

Antara berikut, yang manakah gula yang terdapat dalam molekul DNA?

a)

Ribosa

b)

Heksosa

c)

Glukosa

d)

Maltosa

13.

Apakah kebarangkalian mempunyai anak Rhesus positif jika seorang lelaki heterozigot Rhesus positif berkahwin dengan seorang wanita Rhesus negatif?

a)

0.25

b)

0.50

c)

0.75

d)

1.00

14.

Seorang individu memerlukan permindahan darah selepas mengalami kemalangan. Dia mempunyai antibodi anti-A dan anti-B dalam plasma darahnya.

Individu manakah yang boleh menderma darah kepadanya?

a)

Individu degan kumpulan darah A

b)

Individu degan kumpulan darah AB

c)

Individu degan kumpulan darah B

d)

Individu dengan kumpulan darah O

15.

Satu ciri tertentu dikawal oleh alel dominan A dan alel resesif a. Kacukan manakah yang akan memberikan nisbah 1:1 bagi fenotip anak-anak?

a)

AA X AA

b)

Aa X AA

c)

Aa X Aa

d)

Aa X aa

16.

Beberapa ekor tikus jantan yang berekor bengkok dikacukkan dengan tikus betina berekor lurus. Semua anak jantan F1 berekor lurus dan anak betina berekor bengkok.

Ini boleh disimpulkan dengan munasabah iaitu ..

a)

Gen yang terlibat dalam kacukan adalah autosom

b)

Tikus induk betina yang berekor lurus adalah heterozigot

c)

Kacukan menunjukkan ekor bengkok adalah fenotip resesif

d)

Tikus betina F1 adalah heterozigot

17.

Bagi beberapa spesis tikus, bulu kelabu [G] adalah dominan kepada bulu berwarna krim [g].


Jika tikus homozigot kelabu dikacukkan dengan tikus berwarna krim, genotip F1 berkemungkinan besar...

a)

100% Gg

b)

50% GG 50% gg

c)

25% gg , 50% Gg, 25% gg

d)

75% Gg , 25% gg

18.

Penyakit rangkaian seks dominan adalah pada kromosom X.

Jika ibu adalah heterozigot XAXa untuk trait itu, bapa mempunyai penyakit XAY.

Antara yang berikut, yang manakah benar tentang anak-anaknya?

a)

Semua anak lelaki akan berpenyakit

b)

Semua anak perempuan akan berpenyakit

c)

Semua anak akan berpenyakit

d)

Semua anak perempuan dan sebahagian anak lelaki berpenyakit

19.

Penyakit Huntington adalah keadaan bukan rangkaian seks dominan yang mana koordinasi otot dan keupayaan mental beransur-ansur hilang. Biasanya gejala tidak kelihatan sehingga seseorang itu mencapai usia pertengahan.

Bapa seorang perempuan adalah heterozigot untuk keadaan ini.

Ibunya adalah normal.

Apakah kebarangkalian perempuan ini mewarisi penyakit tersebut?

a)

1 dalam 1

b)

1 dalam 2

c)

1 dalam 3

d)

1 dalam 4

20.

Menurut sistem pengelasan kumpulan darah ABO, ibu bapa ini mempunyai anak dalam kumpulan darah yang berikut:


-Anak pertama : Kumpulan A

-Anak kedua : Kumpulan O

-Anak ketiga : Kumpulan AB

-Anak keempat: Kumpulan B


Jika bapa mempunyai kumpulan darah A, apakah kumpulan darah siibu?

a)

Kumpulan A

b)

Kumpulan B

c)

Kumpulan O

d)

Kumpulan AB

21.

"Pemindahan ciri-ciri tertentu dari induk ke anak"


Pernyatan di atas merupakan definisi bagi .. .

a)

Genetik

b)

Pewarisan

c)

Hukum Mandel

d)

Trait

22.

Apakah padanan yang betul bagi sifat pokok kacang pea kepada traitnya?

a)

Ciri-ciri : Licin

Trait : Bentuk lenggai

b)

Ciri-ciri : Kuning

Trait : Warna bunga

c)

Ciri-ciri : Warna bunga

Trait : Kuning

d)

Ciri-ciri : Kuning

Trait : Hijau

23.

Pasangan yang manakah mempunyai genotip yang sama?

a)

Dua biji benih buah durian

b)

Dua akar daripada pokok yang sama

c)

Dua orang anak daripada ibu bapa yang sama

d)

Dua anak kucing daripada ibu yang sama

24.

Antara rajah yang berikut, yang manakah mewakili alel?

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan IV

d)

I, II, dan III

25.

Rajah menunjukkan segi empat Punnet bagi pokok kacang pea, di mana biji hijau [G] adalah dominan terhadap biji kuning [g].


Apakah peluang bagi kacukan heterozigot ini untuk menghasilkan pokok kacang pea biji kuning?

a)

Satu dalam empat

b)

Dua dalam empat

c)

Tiga dalam empat

d)

Empat dalam empat

26.

Rajah mewakili keputusan bagi satu proses genetik.


Proses yang manakah mungkin sekali menghasilkankeputusan ini?

a)

Pindah silang semasa meiosis

b)

Ketakterpisahan semasa meiosis

c)

Mutasi kromosom semasa mitosis

d)

Penyusunan bebas semasa mitosis

27.

Rajah menunjukkan kariotip bagi seorang individu.


Apakah penyakit genetik yang dihidapi oleh individu itu?

a)

Hemofilia

b)

Talasemia

c)

Sindrom Down

d)

Sindrom Turner

28.

Dua orang adik beradik masing-masing mempunyai kumpulan darah A dan kumpulan darah AB.

Apakah genotip bagi ibu bapa mereka?

a)

Genotip bapa : AA

Genotip ibu: BB

b)

Genotip bapa : BO

Genotip ibu: BO

c)

Genotip bapa : AA

Genotip ibu: BO

d)

Genotip bapa : AB

Genotip ibu: OO

29.

Rajah menunjukkan fenotip kumpulan darah bagi ahli-ahli dalam satu keluarga.


Apakah genotip kumpulan darah bagi ibu bapa, R dan S?

a)

R= IAIO

S= IBIO

b)

R= IAIB

S= IAIO

c)

R= IAIB

S= IBIB

d)

R= IAIB

S= IBIO

30.

Buta warna disebabkan oleh alel resesif, b, berbanding dengan alel dominannya, B bagi penglihatan normal.

Kacukan yang manakah menghasilkan semua anak lelaki yang buta warna?

a)

XBY x XbXb

b)

XBY x XBXb

c)

XbY x XBXb

d)

XbY x XbX

31.

Antara berikut, yang manakah benar tentang trait terangkai seks pada manusia?

a)

Trait terangkai seks hanya ditemui pada lelaki

b)

Trait terangkai seks hanya ditemui pada perempuan

c)

Trait terangkai seks dipindahkan daripada perempuan heterozigot kepada separuh anak lelakinya

d)

Trait terangkai seks dipindahkan daripada perempuan heterozigot kepada separuh anak perempuannya

32.

Antara berikut, yang manakah bukan fungsi kejuruteraan genetik DNA?

a)

Untuk membuat RNA pengutus

b)

Untuk mengkaji penyakit yang diwarisi

c)

Untuk menentukan urutan genetik

d)

Untuk menentukan hubungan antara individu

33.

Pasangan bes bernitrogen yang manakah betul dalam molekul DNA?

a)

Adenina dengan timina

b)

Timina dengan sitosina

c)

Guanina dengan adenina

d)

Sitosina dengan timina

34.

Manakah antara berikut merupakan unit asas pewarisan bagi organisma?

a)

Nukleotida

b)

Alel

c)

Kromosom

d)

Gen

35.

Rajah menunjukkan sebahagian daripada molekul DNA.


Pasangan bes bernitrogen yang manakah mewakili X dan Y?

a)

X; Sitosina

Y: Adenina

b)

X: Sitosina

Y: Guanina

c)

X: Adenina

Y: Sitosina

d)

X: Timina

Y: Guanina

36.

Antara berikut, yang manakah adalah komponen bagi molekul DNA?


I. Urasil

II. Sulfur

III. Timina

IV. Deoksiribosa

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

37.

Bagaimanakah terapi gen menyembuhkan sesuatu penyakit?

a)

Dengan mempertingkatkan sistem keimunan

b)

Dengan membetulkan kecacatan pada gen

c)

Dengan membolehkan penghasilan suatu antibodi yang istimewa

d)

Dengan memasukkan suatu kod gen untuk antibiotik yang berkesan

38.

Antara ubat-ubatan berikut, yang manakah dihasilkan melalui kejuruteraan genetik?


I. Vaksin untuk hepatitis B

II. Vaksin untuk penyakit kaki dan mulut

III. Hormon yang digunakan untuk mengawal paras gula

dalam darah

IV. Hormon tumbesaran untuk merawat kekerdilan

a)

I dan III

b)

II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

I, II, III, dan IV

39.

Rajah menunjukkan kariotip seorang individu yang mempunyai keabnormalan genetik.


Apakah fenotip individu ini?

a)

Lelaki yang buta warna

b)

Lelaki yang mempunyai sinrom Down

c)

Perempuan yang mempunyai sinrom Turner

d)

Lelaki yang mempunyai sindrom Klinefelter

40.

Seorang lelaki yang mempunyai rhesus positis [Rh+] berkahwin dengan seorang wanita yang mempunyai rhesus negatif [Rh-].

Anak pertama mereka adalah Rh+.

Semua kehamilan yang berikutnya berakhir dengan keguguran.

Apakah punca keguguran tersebut.

a)

Fetus tersbut adalah Rh-

b)

Tiada disjungsi berlaku pada sperma

c)

Wanita tersebut menghasilkan antibodi yang menentang fetus Rh+

d)

Fetus menghasilkan antibodi yang melawan ibunya