wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PQS F4 - AQIDAH : ISLAM SEBAGAI ADDEEN YANG MEMBAWA RAHMAH

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan Islam dari segi istilah:

a)

Berbuat baik kepada manusia dan menghindari daripada melakukan perbuatan yang buruk dan jahat.

b)

Kepatuhan kepada perintah2 dan larangan2 Allah melalui syariat yang dibawa oleh Rasulullah saw

c)

Mempercayai Allah s.w.t. dan rasul-Nya dengan pengucapan lidah dan kepercayaan dalam hati tanpa rasa syak dan ragu.

2.

Berikut adalah kepentingan Islam sebagai ad Deen dalam kehidupan manusia KECUALI:

a)

Islam menjadi panduan dalam mentadbir keluarga, masyarakat & negara

b)

Islam mengajar manusia tegakkan keadilan sesama manusia

c)

Membersihkan hati, gerak geri , usaha dan niat ikhlas kerana Allah

d)

Mengotorkan akal dan jiwa manusia daripada kepercayaan khurafat

3.

Apakah usaha dan tindakan untuk mengamalkan Islam sebagai ad Deen di peringkat INDIVIDU?

a)

Mendalami ilmu-ilmu agama dengan bersungguh sungguh

b)

Memperkasakan undang undang berkaitan agama Islam

c)

Mewujudkan perkampungan sunnah

d)

Mengadakan perarakan "Cintakan Rasulullah"

4.

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱدْخُلُوا۟ فِى ٱلسِّلْمِ كَآفَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا۟ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيْطَٰنِ ۚ إِنَّهُۥ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ


"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (Al-Baqarah:208)


Ayat di atas merujuk kepada ...

a)

TAWAZUN ( توازن )

b)

WASATIYYAH ( وسطية )

c)

SYUMUL ( شمول )

d)

THABIT ( ثابت )

5.

Seimbang, pertengahan dan sederhana. Pernyataan ini merujuk kepada

a)

Tawazun ( توازن )

b)

Syumul ( شمول )

c)

Rabbani رباني

d)

Wasatiyah ( وسطية )

6.

Islam adalah agama fitrah bagi manusia. Apakah maksud fitrah?

a)

Bersifat sesuai dengan suasana

b)

Bersifat suci, dan sesuai dengan tabiat semulajadi manusia

c)

Bersifat universal dan sejagat

d)

Bersifat kontemporari

7.

Tandakan 3 sebab-sebab manusia perlu menjadikan Islam sebagai ad Deen.

a)

Islam adalah satu satunya agama yang diredhai Allah

b)

Kitab al Quran akan diubah oleh tangan tangan manusia

c)

Rasulullah saw membawa risalah Islam diutuskan kepada seluruh umat manusia.

d)

Syariat Islam memansuhkan syariat agama-agama terdahulu

8.

Isikan tempat kosong berikut :


Islam sebagai ad Deen adalah menjadikan Islam sebagai _________ dan _________ dengan mendalami, mempelajari dan menghayati dasar-dasar Islam, hukum-hakam dan halal haramnya.

a)

agama; kepercayaan

b)

amalan; penghayatan

c)

pegangan; panduan

d)

mainan; senda gurau

9.

"Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam..." (Ali-Imran : 19)


Yang manakah terjemahan ayat berikut?

a)

اِنَّ الدِّيۡنَ عِنۡدَ اللّٰهِ الۡاِسۡلَامُ

b)

وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَى عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ وَهُوَ يُدْعَى إِلَى الْإِسْلَامِ

c)

قُلْ هُوَ اللَّـهُ أَحَدٌ

d)

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱدْخُلُوا۟ فِى ٱلسِّلْمِ كَآفَّةً

10.

Islam ialah cara hidup manusia yang datang daripada Allah swt. Penerangan ini merujuk kepada:

a)

Syumul ( شمول )

b)

Rabbani ( رباني )

c)

Hablum MinaAllah wa Hablum mina alnaas ( حَبْلٌ مِّنَ اللهِ وَ حَبْلٌ مِّنَ النَّاسِ )

d)

Thabit ( ثابت‎‎ )