WorksheetsKuiz PT3 2 - Sejarah Tingkatan 1
Total questions: 25
Worksheet time: 25mins
Terdapat tiga tahap Zaman Batu, yang manakah pasangan yang tepat?
Zaman Paleolitik - Zaman Batu Lama
Zaman Mesolitik - Zaman Batu Pertengahan
Zaman Neolitik - Zaman Batu Akhir
Zaman Logam - Zaman Gangsa dan Besi
Zaman Logam merupakan zaman manusia telah melakukan inovasi logam besi dan gangsa dalam peralatan mereka. Antara berikut, yang manakah peralatan besi semasa zaman logam?
Kapak besi bersoket
Pedang
Tulang mawas
Cangkul
Antara berikut, yang manakah padanan tempoh masa yang paling tepat?
Zaman Paleolitik - 2.5 juta hingga 8000 SM
Zaman Mesolitik - 12,000 hingga 4000 SM
Zaman Neolitik - 10000 hingga 3000 SM
Zaman Logam - 3500 SM hingga 500 SM
Antara berikut, yang manakah merupakan lokasi zaman prasejarah di Asia Tenggara?
Ban Chiang, Thailand
Lembah Bujang, Malaysia
Gua Liang Bua, Indonesia
Sai Gon, Vietnam
Antara berikut, yang manakah merupakan lokasi zaman prasejarah yang diiktiraf oleh Unesco?
Altamira, Sepanyol
Gua Tepe, Perancis
Gua Liang Bua, Indonesia
Sai Gon, Vietnam
Antara berikut, yang manakah ciri-ciri kehidupan manusia Zaman Paleolitik?
tinggal di gua dan lubang bawah tanah
tinggal di lembah sungai
peralatan ringkas daripada batu, kayu dan tulang haiwan
melakukan aktiviti pertanian dan penternakan
aktiviti ekonomi sara diri
Antara berikut, yang manakah ciri-ciri kehidupan manusia Zaman Neolitik?
tinggal di gua dan lubang bawah tanah
tinggal di lembah sungai
peralatan yang kemas dan halus seperti alat menggali
melakukan aktiviti pertanian dan penternakan
aktiviti ekonomi sara diri
Antara berikut, yang manakah ciri-ciri kehidupan manusia Zaman Mesolitik?
tempat berlindung daripada ranting kayu
tinggal di tepi sungai dan laut
mengumpul kerang dan siput di pinggir sungai dan laut
melakukan aktiviti pertanian dan penternakan
sistem perdagangan tukar barang
Antara berikut, yang manakah ciri-ciri kehidupan manusia Zaman Logam?
peralatan daripada gangsa dan besi
tinggal di tepi sungai dan laut
mengumpul kerang dan siput di pinggir sungai dan laut
melakukan aktiviti pertanian dan penternakan
sistem perdagangan tukar barang
Bagaimanakah organisasi sosial masyarakat Zaman Neolitik?
terdapat ketua yang dipilih
hidup dalam kelompok kecil secara nomad
wujud pembahagian kelas atasan dan bawahan
belum wujud organisasi yang tersusun
Antara berikut, yang manakah paling tepat mengenai kepercayaan masyarakat Zaman Prasejarah?
Zaman Paleolitik - kepercayaan alam semula jadi
Zaman Mesolitik - animisme
Zaman Neolitik - wujud upacara ritual di binaan khusus
Zaman Logam - mula wujud kepercayaan selepas mati
Antara berikut, yang manakah merupakan bukti kesenian dan kebudayaan Zaman Prasejarah?
Zaman Paleolitik - tembikar yang mempunyai corak geometri
Zaman Mesolitik - Lukisan di gua
Zaman Logam - nilai estetika pada gendang gangsa
Antara berikut yang manakah lokasi tinggalan masyarakat Paleolitik di Malaysia?
Tingkayu, Sabah
Jenderam Hilir, Selangor
Kota Tampan, Perak
Sungai Tembeling, Pahang
Antara berikut yang manakah lokasi tinggalan masyarakat Mesolitik di Malaysia?
Tingkayu, Sabah
Jenderam Hilir, Selangor
Kota Tampan, Perak
Sungai Tembeling, Pahang
Antara berikut yang manakah lokasi tinggalan masyarakat Neolitik di Malaysia?
Lembah Mansuli, Sabah
Lubang Angin, Sarawak
Kota Tampan, Perak
Lembah Bernam, Selangor
Antara berikut yang manakah lokasi tinggalan masyarakat Logam di Malaysia?
Lembah Mansuli, Sabah
Lubang Angin, Sarawak
Gua Madai, Sabah
Lembah Bernam, Selangor
Antara berikut, yang manakah paling tepat mengenai kepercayaan masyarakat Prasejarah di Malaysia?
Pengebumian memanjang - Gua Cha, Kelantan
Pengebumian perahu - Lembah Bernam, Selangor
Pengebumian keranda kayu - Pantai Timur Sabah
Pengebumian Melentur - Gua Gunun Runtuh, Perak
Ukiran batu yang ditemukan di Sabah, Sarawak dan Negeri Sembilan mempunyai kaitan dengan
budaya megalit
budaya hematit
budaya melukis di gua
budaya oker merah
Istilah Hoabinhian diperkenalkan oleh ahli arkeologi bernama ....
Madeleine Colani
Catal Huyuk
Gobekli Tepe
Shahr i Sokhta
Stonehenge di Britain merupakan salah satu lokasi Zaman Prasejarah yang diiktiraf oleh UNESCO. Apakah perkaitan mengenai binaan ini?
upacara ritual dilakukan
tempat mengkaji bintang
tempat pengebumian
tempat perdagangan
Rangka manusia Peking Man telah dijumpai di Zhoukoudian, China. Berapakah usia tapak prasejarah ini?
30,000 SM
18,000 - 11,000 SM
18,000 SM
30,000 - 18,000 SM
Tapak prasejarah Shahr-i-Shokta di Iran berusia 3200 hingga 1800 SM. Apakah bukti yang diperolehi daripada tapak ini?
kehidupan nomad manusia
kehidupan manusia telah tersusun
mempunyai kawasan perumahan dan kawasan perkuburan
mempunyai upacara ritual
Ekofak ialah bukti tinggalan data arkeologi yang mempunyai petunjuk mengenai kegiatan budaya manusia di sesuatu kawasan seperti
bekas pembakaran
tulang dinosaur
sisa kerang
sisa makanan
Bukti lukisan gua yang ditemukan di Altamira, Sepanyol menunjukkan kewujudan manusia di ...
Zaman Paleolitik
Zaman Mesolitik
Zaman Neolitik
Zaman Logam
Rangka manusia yan dijumpai di Lenggong, Perak dikenali sebagai ...
Perak Man
Lenggong Man
Hoabinhian Man
Malaysia Man
