wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERUMPAMAAN

Total questions: 10

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Maziah hanya melakukan sesuatu kerja apabila disuruh oleh majikannya ______________.

a)

Bagai pahat dengan penukul

b)

Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing

2.

Dia bersungguh-sungguh membaiki kereta yang rosak itu, tetapi akhirnya kereta itu bertambah rosak.

a)

Bagai telur di hujung tanduk

b)

Bagai tikus membaiki labu

3.

Pasangan pengantin di atas pelamin itu sama cantik dan sama padan __________.

a)

bagai pinang dibelah dua

b)

bagai aur dengan tebing

4.

Jalan raya itu sesak kerana pekerja-pekerja kilang pulang ke destinasi masing-masing ___________________.

a)

bagai katak di bawah tempurung.

b)

seperti itik pulang petang.

5.

Amer _____________ apabila cintanya ditolak oleh Anis.

a)

bagai bertepuk sebelah tangan

b)

bagai bulan jatuh ke riba

6.

Sejak diberhentikan kerja akibat kegawatan ekonomi, Musa selalu dalam kesedihan _____________.

a)

bagai melepaskan batuk di tangga

b)

bagai layang-layang putus tali

7.

Pertukaran Amin ke Felda Bukit Jalor amat menggembirakan kedua-dua orang tuanya ______________.

a)

bagai sirih pulang ke gagang

b)

bagai kucing kehilangan anak

8.

Hidup Mak Timah _______________ apabila terpaksa menanggung hidup anaknya yang menagih dadah itu.

a)

bagai pungguk rindukan bulan

b)

bagai mendukung biawak hidup

9.

Puan Halimah ________________ apabila anaknya tidak menuruti nasihatnya.

a)

bagai mencurah air ke daun keladi

b)

bagai kera mendapat bunga

10.

Hidup Lim yang ________ berubah sejak dia mula bergaul dengan kawan-kawan sekelasnya.

a)

seperti haruan makan anak

b)

seperti katak di bawah tempurung