Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata Hubung - Tahap 2

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Semua murid sudah menghantar laporan projek mereka _________________ Ravi.

a)

kecuali

b)

dan

c)

malahan

d)

atau

2.

Fauzi menyertai acara lompat jauh _________ lari berpagar dalam temasya sukan sekolah.

a)

tetapi

b)

dan

c)

atau

d)

sambil

3.

Jefri hendak makan agar-agar _____________ ibunya menyediakan cucur udang.

a)

sambil

b)

malahan

c)

tetapi

d)

manakala

4.

Kumari sedar ________________ sikap angkuhnya telah menyebabkan dia tidak digemari oleh rakan-rakannya.

a)

lalu

b)

bahawa

c)

yang

d)

ketika

5.

________________ sibuk dengan tugasan pejabat, Encik Anas tidak lupa meluangkan masa bersama ahli keluarganya.

a)

Makin

b)

Walaupun

c)

Bukan sahaja

d)

Pada hal

6.

Puan Leela menasihati anak-anaknya _____________ menabung sejak kecil lagi.

a)

jika

b)

agar

c)

kalau

d)

apabila

7.

Wakil rakyat itu bukan sahaja bersikap pemurah _____________ sanggup mempertahankan hak rakyat.

a)

malahan

b)

manakala

c)

sementara

d)

sambil

8.

Kita perlu mengutakan aspek kebersihan persekitaran ____________ keindahan alam terpelihara.

a)

jika

b)

kerana

c)

sambil

d)

supaya

9.

Puan Latifah menonton drama dalam televisyen ______________ menunggu suaminya pulang dari pejabat.

a)

tatkala

b)

manakala

c)

sementara

d)

bahawa

10.

Hafiz keluar ke kedai untuk membeli gula ______________ Hashim pergi ke rumah kawannya.

a)

manakala

b)

dan

c)

sambil

d)

tetapi

11.

Ibu Reena menyiram pokok bunga di luar rumah ______________ berbual-bual dengan jirannya.

a)

serta

b)

sambil

c)

dan

d)

lalu

12.

Navin membaca buku cerita ______________ dipinjam daripada kawannya.

a)

lalu

b)

dan

c)

yang

d)

sejak

13.

Davina meminta diri daripada neneknya ______________ pulang ke rumah sebelum waktu senja.

a)

serta

b)

tetapi

c)

kerana

d)

lalu

14.

"Kalian dapat mencapai keputusan cemerlang ____________ membuat ulangkaji sebelum menduduki peperiksaan," pesan Cikgu Lim.

a)

jikalau

b)

serta

c)

bahawa

d)

ketika

15.

Pegawai itu sedang disiasat ________________ disyaki terlibat dalam kes rasuah.

a)

hingga

b)

apabila

c)

ketika

d)

kerana

16.

Rokiah berasa cemas ______________ menyedari dompetnya telah hilang.

a)

apabila

b)

sementara

c)

malahan

d)

agar

17.

Azima jarang pulang ke kampung _____________ berpindah ke Putrajaya.

a)

apabila

b)

kecuali

c)

sejak

d)

supaya

18.

"Saya berada di hadapan bank __________ kemalangan itu berlaku," kata saksi kepada pihak polis.

a)

ketika

b)

kerana

c)

sambil

d)

bahawa

19.

Alinah tidak mahu memakai gaun berwarna merah itu _______________ dia yang membelinya dengan ratusan ringgit.

a)

sementara

b)

sedangkan

c)

manakala

d)

apabila

20.

___________________ ramai ahli yang tidak menyokong, maka cadangan tersebut akan digugurkan.

a)

Sementara

b)

Tatkala

c)

Meskipun

d)

Andai kata