wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu Tahun 6 set 1

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.
  1. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menawarkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan _________________ kepada lepasan tingkatan enam.
a)

Praakhir

b)

Prasejarah

c)

Prasyarat

d)

Prasekolah

2.

Beberapa orang _____________ tahun akhir di Universiti Kebangsaan Malaysia itu terlibat dalam program khidmat masyarakat yang diadakan di Kampung Layau.

a)

seniman

b)

mahasiswa

c)

siswazah

d)

sasterawan

3.

Jasa ________________ yang memperjuangkan tanah air wajar disanjungi dan dihargai.

a)

olahragawan

b)

cendekiawan

c)

negarawan

d)

ilmuwan

4.

Teratak usang keluarga _______________terletak di hujung Kampung Ulu Bendul,” jelas Hang Deraman kepada Pandak Mat Aris.

a)

patik

b)

hamba

c)

beta

d)

tuanku

5.

“Sebentar lagi _______________ akan berangkat ke balairung seri untuk majlis bersama rakyat,” titah Sultan Alauddin Shah kepada laksamana.

a)

beta

b)

patik

c)

hamba

d)

tuanku

6.

Encik Mohd Fuad, Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Taman Kota Jaya. ______________ mula bertugas di sekolah itu sejak dua tahun yang lalu.

a)

Dia

b)

Baginda

c)

Beliau

d)

Kalian

7.

Dua orang pencuri itu diberkas oleh polis kerana ________________telah meragut beg tangan seorang wanita.

a)

dia

b)

beliau

c)

mereka

d)

baginda

8.

Perusahaan ________ songket secara tradisional masih diamalkan oleh penenun-penenun songket terutamanya di Terengganu.

a)

menekat

b)

menenun

c)

menyulam

d)

menganyam

9.

Ayah __________________ pihak polis dengan kadar segera setelah melihat kejadian rompakan di sebuah kedai emas.

a)

menelefon

b)

melaporkan

c)

memanggil

d)

memberitahu

10.

Puan Emelia baru sahaja __________ seorang anak lelaki di Hospital Sultan Ismail.

a)

melahirkan

b)

mendapatkan

c)

mengeluarkan

d)

menyelamatkan

11.

Adnan _______________ melalui tingkap rumah kerana terdengar suara orang memanggilnya.

a)

menoleh

b)

mengintip

c)

mengintai

d)

menjenguk

12.

"Kain Sutera Tenun Terengganu ini amat ________ buatannya dan agak mahal harganya,” kata pemandu pelancong itu kepada kami.

a)

licin

b)

gebu

c)

halus

d)

empuk

13.

Pokok rambutan gading di dusun Pak Cik Abu ____________ hingga mencecah tanah kerana buahnya yang sungguh lebat.

a)

meluyut

b)

melabuh

c)

merimbun

d)

merendang

14.

Albert Lee belajar dengan ________ supaya dia boleh memperoleh kecemerlangan dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah pada tahun ini.

a)

tekun

b)

cakna

c)

bernas

d)

hikmah

15.

Tali ampaian itu menjadi _____________ apabila abang menyidai beberapa helai seluar yang baru dibasuhnya itu.

a)

labuh

b)

landai

c)

lendut

d)

longlai

16.

Wanita yang anggun itu memakai baju kurung moden dengan potongan ______________ di sebelah kiri.

a)

serong

b)

sendeng

c)

condong

d)

bengkok

17.

Kapal yang berlabuh di pelabuhan itu membawa muatan yang diimport dari luar negara.

Pilih perkataan sinonim bagi perkataan yang digariskan.

a)

berlayar

b)

berhenti

c)

berkalih

d)

bergerak

18.

Hariz mencurigai apa-apa juga yang telah dilakukan oleh Syafiq terhadapnya selama ini. Perkataan berlawan bagi mencurigai ialah __________.

a)

mengesahkan

b)

mempercayai

c)

mengiakan

d)

mengharapkan

19.

Pilih ayat yang sama maksud.

Nenek sedang menganyam tikar mengkuang di ruang tamu rumahnya.

a)

Tikar mengkuang sedang dianyam oleh nenek di ruang tamu rumahnya.

b)

Tikar mengkuangnya sedang nenek anyam di ruang tamu rumahnya.

c)

Tikar mengkuang nenek sedang dianyam olehnya di ruang tamu.

d)

Tikar mengkuang di ruang tamunya sedang nenek anyam.

20.

Pilih jawapan yang betul.

Siapakah yang akan mewakili Bulan Sabit Merah Malaysia dalam mesyuarat itu nanti?

a)

Mesyuarat Bulan Sabit Merah Malaysia itu akan ditangguhkan.

b)

Mesyuarat Bulan Sabit Merah Malaysia itu akan diwakili oleh Encik Wong.

c)

Mesyuarat Bulan Sabit Merah Malaysia itu akan diadakan pada hari Khamis.

d)

Mesyuarat Bulan Sabit Merah Malaysia itu akan dipengerusikan Encik Wong.