Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PT3 BERIMAN KEPADA RASUL

Total questions: 12

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud beriman kepada Rasul?

a)

meyakini bahawa Allah SWT menurunkan kitab dan suhuf kepada para nabi dan rasul sebagai panduan dalam hidup manusia

b)

Membenarkan dalam hati, mengaku dengan lisan dan diamalkan dengan perbuatan bahawa Allah SWT Maha Pencipta, Pemilik dan Pentadbir alam ini dan hanya Allah yang berhak disembah.

c)

Meyakini bahawa Allah SWT mengutuskan para Nabi dan Rasul kepada umat manusia dan meyakini pengutusan 25 orang Rasul yang disebutkan dalam Al-Quran secara khusus.

d)

Meyakini bahawa malaikat merupakan makhluk Allah SWT dan dijadikan daripada cahaya

2.

Pilih yang benar mengenai pengertian Rasul.

a)

Seorang lelaki

b)

dikurniakan wahyu oleh Allah

c)

untuk dirinya sendiri

d)

tidak diperintah untuk menyampaikan kepada orang lain

e)

wajib menyampaikan kepada umat manusia

3.

Tandakan sifat wajib bagi Nabi dan Rasul. (STAF)

a)

khianat

b)

siddiq

c)

amanah

d)

kitman

e)

fathonah

4.

apakah maksud sifat wajib bagi rasul "Amanah" ?

a)

bersifat benar dalam percakapan dan perbuatan

b)

bersifat bijaksana semasa berdakwah dan memberi keterangan dan hujah

c)

bersifat jujur serta terpelihara daripada melakukan sebarang penyelewengan

d)

bersifat menyampaikan semua ajaran Allah SWT yang diwahyukan kepada mereka

5.

Mengapakah Rasul dipilih dalam kalangan manusia?

a)

Manusia lebih mudah beriman apabila ditunjukkan mukjizat

b)

menguji manusia sama ada mengakui kebenaran rasul atau mendustakannya

c)

rasul menjadi contoh ikutan yang sempurna kerana rasul mengetahui keperluan manusia.

d)

menunjukkan kemuliaan manusia yang diplih menjadi khalifah di bumi.

6.

Berikan Istilah yang sesuai bagi maksud berikut:

"Pemeliharaan Allah terhadap para Rasul daripada melakukan dosa dalam apa jua bentuk sekalipun sama ada dosa kecil atau dosa besar".

a)

mukjizat

b)

ismah

c)

syafaat

d)

ulul azmi

7.

Antara yang berikut yang manakah benar mengenai mukjizat hissiah?

a)

dapat dikesan memlalui pancaindera manusia

b)

berkekalan hingga hari kiamat

c)

berlaku ketika Rasul yang dikurniakan mukjizat tersebut masih hidup

d)

mukjizat yang hanya dapat difahami dengan pemikiran dan pemerhatian berdasarkan ilmu

8.

Yang manakah antara berikut merupakan contoh mukjizat maknawi?

a)

Nabi Isa AS berkebolehan menyembuhkan pesakit buta dan sopak

b)

Peristiwa Nabi Muhammad SAW membelah bulan dengan isyarat tangan Baginda

c)

Kitab Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW

d)

Tongkat Nabi Musa AS membelah lautan

9.

Antara berikut yang manakah Rasul ulul azmi?

a)

Nabi Ishak AS

b)

Nabi Ibrahim AS

c)

Nabi Ilyas AS

d)

Nabi Isa AS

e)

Nabi Ismail AS

10.

Siapakah anak Nabi Ibrahim AS yang diperintahkan Allah SWT untuk disembelih oleh ayahnya sendiri?

a)

Nabi Yaakub AS

b)

Nabi Yusuf AS

c)

Nabi Ishak AS

d)

Nabi Ismail AS

11.

Nabi Lut AS diutuskan kepada penduduk Sadoum. Penduduknya amat derhaka dan mengamalkan (a)   . Allah menurunkan bala dengan menterbalikkan bumi ke atas mereka.

12.

Sifat ____ bagi rasul adalah memiliki sifat seperti manusia biasa yang tidak menjejaskan martabat kenabian dan kerasulan mereka seperti makan, minum dan berkahwin.

a)

harus

b)

makruh

c)

wajib

d)

mustahil