NEW
Font size
WorksheetsPeribahasa
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Azrina sangat gembira setelah diberikan RM1 juta oleh Cikgu Baharuddin kerana dia memerlukan wang itu untuk membeli kereta Lamborghini Aventador yang baharu.
Apakah peribahasa yang sesuai bagi situasi di atas?
seperti orang mengantuk disorongkan bantal
seperti kaduk naik junjung
bagai kacang lupakan kulit
duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Nasihat Pak Zul supaya anaknya, Kifli tidak berfoya-foya di Bagan langsung tidak diikuti.
Apakah peribahasa yang sesuai bagi situasi di atas?
seperti hujan jatuh ke pasir
bagai mencurah air ke daun kelapa
bagaimana acuan begitulah kuihnya
air dicencang tidak akan putus
Mak Cik Bedah sepatutnya memasak dua kawah gulai pada pagi ini. Namun begitu, dia mengambil keputusan untuk dua kawah gulai lagi sebelum pulang ke rumahnya semula.
Apakah peribahasa yang sesuai bagi situasi di atas?
alang-alang berdakwat biar hitam
alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan
seperti embun di hujung rumput
seperti rusa masuk kampung
Najwa menjawab semua kuiz yang diberikan oleh Cikgu Nadzmi sepanjang cuti Perintah Kawalan Pergerakan sehingga dia berjaya menjadi murid cemerlang.
Apakah peribahasa yang sesuai bagi situasi di atas?
kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga
seperti api di dalam sekam
melentur buluh biarlah dari rebungnya
Rata-rata penduduk di sekitar Bandar Perda mengatakan bahawa makanan di Pak Mat Western sangat sedap. Walau bagaimanapun, Encik Azri yang baru sahaja ke sana kecewa akan mutu masakan restoran tersebut.
Apakah peribahasa yang sesuai bagi situasi di atas?
indah khabar daripada rupa
seperti isi dengan kuku
malu bertanya sesat jalan
tangkai jering
Setiap hari, Azwan Ali membaca satu bab Novel Justeru Impian di Jaring sehingga beliau berjaya menghabiskan bacaan novel tersebut dalam masa seminggu sahaja.
Apakah peribahasa yang sesuai bagi situasi di atas?
usaha tangga kejayaan
sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
biar lambat asalkan selamat
muafakat membawa berkat
Pasangan pengantin iaitu Haji Sufi dan Hajah Sufiah kelihatan sangat cantik apabila bersanding di atas pokok kelapa.
Apakah peribahasa yang sesuai bagi situasi di atas?
seperti anjing dengan kucing
seperti cincin dengan permata
seperti cincin dengan pertama
seperti mutiara dan delima
Umairah menjual iPhone X miliknya dengan harapan dapat menjana untung yang tinggi. Malangnya, hanya seorang sahaja yang sanggup membeli telefon tersebut dengan harga kurang RM2.
Apakah peribahasa yang sesuai bagi situasi di atas?
bagai murai dicabut ekor
mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit
nasi sudah menjadi bubur
Semua penumpang dan anak kapal pesawat MH370 diisytiharkan mati tanpa dapat dikesan.
Apakah peribahasa yang sesuai bagi situasi di atas?
ada udang di sebalik batu
seperti ayam disambar helang
seperti katak di bawah tempurung
genggam bara api biar sampai jadi arang
Perkahwinan antara Haji Sufi dan Hajah Sufiah hanya bertahan selama 5 minit.
Apakah peribahasa yang sesuai bagi situasi di atas?
berarak mendung kelabu
cinta tidak ke jannah, tidak juga ke neraka
seperti embun di hujung rumput
seperti lintah menghisap darah
