NEW
Font size
WorksheetsLATIHAN BAHASA MELAYU TAHUN 6
Total questions: 40
Worksheet time: 4hrs 30mins
"Kalau _____________ enggan menyerah diri, kami akan bertindak," jerit seorang anggota polis kepada perompak yang berada di dalam bank.
dia
kita
kamu
mereka
"Sebagai ketua kumpulan, _____________ tentu ada jalan penyelesaiannya." kata Emily Chong tentang ketua kumpulannya,
dia
aku
kalian
engkau
Seorang pegawai bertugas di muzium sedang ____________ taklimat kepada para peserta lawatan.
mendendangkan
menyampaikan
menceritakan
mengisahkan
Peserta lumba kereta yang mengalami kecederaan ________________ keluar dari trek perlumbaan oleh seorang petugas.
didukung
dipapah
diusung
diseret
Gulai ayam yang ___________ itu perlu ditambah sedikit garam lagi supaya rasanya lebih enak.
masam
masin
tawar
kelat
Berbekalkan semangat kental serta usaha yang __________________, akhirnya Danial berjaya sampai ke puncak Gunung Kinabalu.
mantap
stabil
gigih
padu
Pameran buku SJK(C) Kong Min pada kali itu mendapat sambutan ____________ daripada para pengunjung.
hangat
panas
besar
kuat
"Harga pakaian yang dijual di butik memang lebih _______________ berbanding dengan harga di kedai biasa," terang pekerja butik itu kepada Cik Stacy.
lebat
lebar
tinggi
banyak
Kebanyakan murid yang menghadiri kelas tambahan ________________ Cikgu Ahmad berjaya mendapat 8A dalam UPSR yang lalu.
daripada
dengan
kepada
pada
Puan Ainsyirah resah _________________ anak tunggalnya, Danial tidak pulang sejak malam tadi.
sementara
malahan
supaya
kerana
"Kepulan asap itu datang dari _______________ bilik stor di tingkat dua," beritahu seorang pekerja kepada anggota bomba dan penyelamat.
penjuru
atas
sudut
dalam
Dato' Tan ______________ mewasiatkan segala hartanya kepada rumah orang tua memandangkan beliau tidak mempunyai waris.
pernah
sedang
masih
telah
Doktor Lim sedang memberikan _______________ kecemasan kepada seorang pesakit yang mengalami kemalangan.
dirawat
rawatan
perawat
merawat
Kejadian banjir yang berlaku baru-baru ini telah menjadi isu yang mendapat _______________ banyak pihak.
perhatian
pemerhati
diperhatikan
memerhatikan
Cikgu Rodhi menyuruh murid-murid Tahun 6 UM melukis ____________ yang telah dilukisnya pada papan hitam.
alat tulis
tunjuk ajar
kertas kerja
gambar rajah
Sebuah kereta yang terbabas di bahu jalan _____________ melanggar dua orang budak perempuan yang berjalan kaki di situ.
tepat-tepat
rapat-rapat
dekat-dekat
nyaris-nyaris
"Di dalam rumah yang usang itu terdapat banyak sarang ______________," beritahu Guan Yew tentang bahagian dalam rumah usang itu.
bebenang
lelangit
lelabah
pepijat
Inspektor Paril melepaskan beberapa ______________ tembakan ke arah papan sasaran semasa sesi latihan menembak.
das
laras
gugus
pucuk
Prestasi pelajaran Shi Ying semakin cemerlang sejak dia mengikuti klinik UPSR anjuran sekolahnya.
Pilih perkataan seerti bagi prestasi.
pencapaian
pelaksanaan
penambahan
pembangunan
Banyak kawasan perumahan setinggan didirikan berhampiran dengan landasan kereta api.
Pilih perkataan berlawan bagi didirikan.
dipecahkan
dirobohkan
dilenyapkan
ditumbangkan
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I Jian Joo memakai baju tebal kerana cuaca di situ sungguh dingin.
II Pertunjukan itu mendapat sambutan dingin daripada orang ramai.
III Sebagai anak bongsu, Noreen bijak dingin kemarahan ayahnya.
IV JianTatt menggigil dingin kerana angin bertiup sangat kencang.
I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I Hancur hati ibu apabila kakak gagal dalam peperiksaan.
II Puan Samantha hancur makanan yang pejal itu untuk bayinya.
III Wanita itu telah menjadi penyebab hancur rumah tangga Puan Eisya.
IV Negara kita akan hancur jika tiadanya persefahaman antara kaum.
I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi ayat tanya yang diberi.
Sejak bilakah Ammar mula pandai menunggang basikal?
Basikal yang ditunggang oleh Ammar itu baru dibeli oleh ayahnya.
Untuk belajar menunggang basikal, Ammar perlu ada keyakinan diri.
Kalau tidak silap, semenjak umur Ammar lima tahun lagi.
Memang benar Ammar sudah pandai menunggang basikal.
Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.
Hakimi berasa gembira apablla menjadi johan dalam pertandingan mewarna.
Bagaimanakah Hakimi boleh menjadi johan dalam pertandingan mewama?
Bilakah Hakimi menjadi johan dalam pertandingan mewarna?
Siapakah yang berasa gembira dalam pertandingan mewarna?
Mengapakah Hakimi berasa gembira?
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.
Pameran itu telah dirasmikan oleh pengarah Jabatan Kesihatan Sungai Petani.
Pengarah Jabatan Kesihatan Sungai Petani telah merasmikan pameran itu.
Pameran di Sungai Petani itu telah dirasmikan oleh pengarah kesihatan.
Jabatan Kesihatan Sungai Petani telah dirasmikan oleh pengarah pameran.
Jabatan Kesihatan Sungai Petani telah merasmikan pameran pengarah itu.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.
Kin Enn berkata, "Saya akan ke kedai buku bersama-sama Ying Xuan pada petang nanti."
Kin Enn mengajak Ying Xuan ke kedai buku bersama-sama pada petang nanti.
Kin Enn meminta kebenaran Ying Xuan untuk ke kedai buku pada petang nanti.
Kin Enn berkata bahawa dia dan Ying Xuan akan bersama-sama ke kedai buku pada petang nanti.
Kin Enn mengatakan bahawa dia akan berjumpa dengan Ying Xuan di kedai buku pada petang nanti.
Pilih ayat yang betul.
Kursus itu diadakan jika menanamkan sifat kepimpinan murid.
Encik Muthu dipecat kerana didapati menggunakan duit syarikat.
Damia terpijak kulit pisang sambil jatuh terlentang di atas lantai.
Ayah menghidupkan keretanya atau tidak boleh.
Sebagai perunding acara, Tony ialah ______________ menjayakan majlis pembukaan Syarikat Amira.
curi tulang
berat tulang
ringan tulang
tulang belakang
Pilih ayat yang betul.
Tanda harga para barang yang dibeli diimbas oleh juruwang.
Beberapa ahli yang terlibat diminta hadir semasa sesi taklimat.
Masukkan sebilangan bahan pewarna ke dalam acuan kuih.
Pelbagai acara diadakan semasa majlis pembukaan pasar raya itu.
Wei Pin dan Natalie merupakan pasangan suami isteri yang sama cantik sama padan ______________.
seperti cincin dengan permata
seperti kera mendapat bunga
seperti hujan jatuh ke pasir
seperti isi dengan kuku
Siapakah yang bercita-cita untuk menjadi doktor?
Ramli
Azman
Mat Din
Cikgu Kamariah
Sikap terpuji yang ada pada Azman ialah
suka memandang sekeliling.
mempunyai sebuah basikal.
gembira apabila diejek.
bercita-cita tinggi.
Mengapakah Mat Din menempelak Azman?
Azman tidak ada basikal
Azman tidak dapat menunggang basikal
Azman tidak dapat membonceng basikal
Azman tidak dapat membeli brek basikal
Cikgu Kamariah merupakan seorang guru yang
pemalu
manis
lemah-lembut
ganas
Perkataan mengejek dalam petikan bermaksud
menguji
menghina
membising
menyanjung
Apakah sumpah anggota tentera?
Berjuang menentang musuh durjana.
Berjuang sepanjang masa.
Menumpahkan kesetiaan kepada negara.
Berbakti kepada negara merdeka.
Mengapakah kita mesti mengenang akan jasa perajurit?
Tidak takut melawan musuh.
Mereka rela menggadai nyawa untuk negara.
Rela berjuang sepanjang masa.
Mereka sangat gagah dan berani.
Bagaimanakah untuk menghargai pengorbanan perajurit?
Sentiasa berbakti kepada negara.
Berjuang sepanjang masa.
Mengekalkan semangat gagah berani.
Menabur bunga di atas kuburnya.
Pilih pernyataan yang tidak benar berdasarkan petikan.
Perajurit sentiasa mementingkan nyawa sendiri.
Perajurit rela menentang musuh tanpa mengira masa dan waktu.
Kemerdekaan sangat penting dalam perjuangan setiap perajurit.
Perajurit kadangkala gentar berhadapan dengan musuh negara.
Rangkai kata medan bakti dalam petikan bermaksud
kawasan pertempuran.
lapangan perkhidmatan.
padang permainan.
arena ketenteraan.
