Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

tatabahasa

Total questions: 30

Worksheet time: 17mins

Name
Class
Date
1.

____________ menanti padi masak, Pak Mat menanam jagung untuk menambah pendapatan keluarganya.

a)

Ketika

b)

Semasa

c)

Tatkala

d)

Sementara

2.

Encik Ali _____________ rumahnya untuk memberi keselesaan kepada anak-anaknya sepanjang mereka bercuti di kampung

a)

membaiki

b)

meluaskan

c)

melebarkan

d)

membesarkan

3.

Aminah menangis _____________ sebaik sahaja menerima berita tentang kemalangan maut yang menimpa keluarganya.

a)

terjerit-jerit

b)

teresak-esak

c)

tersedan-sedan

d)

terbatuk-batuk

4.

Semua pihak perlu bekerjasama untuk merangsang pertumbuhan ekonomi agar _____________ negara kita akan berkekalan

a)

kemewahan

b)

kemakmuran

c)

kestabilan

d)

keharmonian

5.

Dalam kejohanan olahraga di peringkat sekolah, Rumah Merah berjaya memperoleh mata yang paling tinggi sekali

a)

paling tinggi

b)

paling tertinggi

c)

paling tertinggi sekali

d)

paling tinggi sekali

6.

Semua murid baharu diberi taklimat khas _________ peraturan yang mesti dipatuhi sepanjang berada di kawasan sekolah

a)

akan

b)

dalam

c)

tentang

d)

terhadap

7.

Adik bongsu Khayla __________ meminta dibelikan mainan di pasar raya itu

a)

merayu-rayu

b)

meracau-racau

c)

merengek-rengek

d)

merungut-rungut

8.

Pelajar yang berbadan gempal itu ______ semasa menaiki anak tangga itu

a)

terkial-kial

b)

terkocoh-kocoh

c)

tergopoh-gopoh

d)

tercungap-cunggap

9.

Hari Kebangsaan pada tahun ini disambut dengan ________ oleh lapisan masyarakat

a)

meriah

b)

gembira

c)

seronok

d)

megah

10.

___________ senja tiba, kelawar berterbangan keluar mencari makanan

a)

Setelah

b)

Apabila

c)

Walaupun

d)

Meskipun

11.
Shin Chan seorang 
yang _______.
a)
malas
b)
cerdik
c)
kurang bercakap
d)
pemalu
12.
Sebagai anak yang baik, kita perlu ____________ ibu bapa dengan bercakap dengan baik.
a)
menghormati
b)
mencintai
c)
menyayangi
d)
membantu
13.
Gasing moden ini ___________ oleh Willson berharga
RM 50.00.
a)
terbeli
b)
beli
c)
dibeli
d)
membeli
14.
Permainan gajet
'Nintendo Switch' menjadi ___________ ramai remaja kini.
a)
tergila
b)
kegila
c)
kegilaan
d)
gila
15.
“________ telah mengarahkan laksamana dan hulubalang untuk menghapuskan lanun durjana di perairan Selat Melaka,” kata Bendahara kepada baginda sultan.
a)
Beta
b)
Hamba
c)
Patik
d)
Tuanku
16.
Eddie Cheok ________ otak untuk mencari dan mengisi jawapan yang betul pada ruangan teka silang kata itu.
a)
menerjah
b)
memerah
c)
mengilap
d)
membasuh
17.
Encik Lee tidak dapat menghadiri mesyuarat itu kerana ________ sedang dirawat di hospital.
a)
dia
b)
kalian
c)
beliau
d)
mereka
18.
Pasukan bola keranjang SJKC Chung Hua Seremban gigih menjalani latihan sebelum pertandingan. ________, mereka  menjuarai pertandingan itu.
a)
Setelah itu
b)
Kalau begitu
c)
Oleh itu
d)
Namun demikian
19.
Klinik Kesihatan Seremban________ kempen membasmi tempat pembiakan nyamuk aedes dalam kalangan penduduk di taman itu.
a)
terhebat
b)
memperhebat
c)
dihebat
d)
berhebat
20.
Suara Ng Le Jin________ sungguh sehingga mengganggu adiknya yang sedang tidur lena.
a)
garau
b)
lunak
c)
manja
d)
nyaring
21.
Para pelancong dapat melihat cahaya ________ yang hinggap pada pokok berembang pada waktu malam.
a)
kunang-kunang
b)
obor-obor
c)
sibur-sibur
d)
bari-bari
22.
Sebuah khemah yang dipasang di ________ padang sekolah itu adalah untuk pegawai sukan yang bertugas.
a)
tengah
b)
hadapan
c)
belakang
d)
atas
23.
Pak Cik Siow menyusun beberapa ________ lidi yang sudah siap beraut untuk dijual . 
a)
berkas
b)
batang
c)
tongkol
d)
bilah
24.
“Jagalah ________ kamu apabila bercakap dengan orang yang lebih tua daripada kamu,” pesan Ibu Wong Kai Le kepada anak gadisnya.
a)
tutur nista
b)
tutur bahasa
c)
tutur bicara
d)
tutur kata
25.
Pilih ayat yang betul.
(i) Ali bermain bola sepak di padang.
(ii) Bola sepak itu dimainkan oleh saya.
(iii) Kalang gemar tertembak burung.
(iv) Harenshen suka membaca.
a)
A) I dan IV
b)
B) II dan III
c)
C) III dan IV
d)
D) I, II , III dan IV
26.
Pilih ayat sama maksud.
Kawasan dusun datuk kelihatan terang kerana baru dibersihkan oleh Pak Majid.
a)
Pak Majid yang membersihkan kawasan dusun datuk yang baru terang itu.
b)
Pak Majid melihat kawasan dusun datuk yang bersih kerana baru diterangkan.
c)
Kawasan dusun datuk yang baru kelihatan bersih oleh Pak Majid.
d)
Pak Majid baru menerangkan kawasan dusun datuk yang bersih itu.
27.
Pilih ayat yang betul.
a)
Encik Norman singgah di kedai itu untuk membeli sekilogram ikan.
b)
Batu arang merupakan antara bahan bakar yang penting pada masa dahulu.
c)
D’saji Restoran menyediakan pelbagai jenis masakan tradisional Melayu.
d)
Kah Shim suka mendengar koleksi lagu-lagu nyanyian seniman agung P. Ramlee.
28.
Perkataan ' menganggur' bermaksud
a)
ada kerja
b)
tiada pekerjaan
c)
pemalas
d)
tanam anggur
29.
Pilih peribahasa yang tepat bermaksud gigih berusaha sehingga berjaya.
a)
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
b)
Bagai aur dengan tebing.
c)
Bagai cacing kepanasan.
d)
Seperti katak di bawah tempurung.
30.
Penggunaan Frog VLE di sekolah ___________ kemahiran murid-murid menguasai penggunaan komputer.
a)
meningkatkan
b)
merapatkan
c)
menambah
d)
menimba