NEW
Font size
Worksheetsbab 6 part 1
Total questions: 15
Worksheet time: 15mins
Organisma manakah yang menjalankan nutrisi holozoik?
cendawan
raflessia
bakteria
arnab
Apakah proses yang terlibat dalam penukaran kanji kepada glukosa?
kondensasi
fotolisis
hidrolisis
asimilasi
Maklumat berikut menunjukkan nutrisi dalam suatu organisma.
Organisma P : Tinggal di dalam usus manusia dan
menyerap nutrien
Apakah jenis nutrisi organisma P?
Autotrofisme
Saprofitisme
Parasitisme
holozoik
Tiga ujian makanan yang berlainan telah dijalankan ke atas satu sampel makanan. Pemerhatian adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual:
Ujian Benedict : Mendakan merah bata terbentuk
Ujian Biuret : Tiada perubahan
Ujian Iodin:Larutan iodin menjadi biru tua
Antara yang berikut, yang manakah sampel makanan itu?
susu
biskut
ikan goreng
bebola daging
Antara urutan enzim dan jus pencernaan berikut, yang manakah menunjukkan urutan yang betul, berkaitan dengan pencernaan putih telur dalam saluran makanan manusia?
Air liur, pepsin, jus pancreas, hempedu, dan jus usus
Air liur, jus pancreas, hempedu, dan jus usus
Pepsin, jus pancreas, hempedu, dan jus usus
Pepsin, jus pancreas dan jus usus
Pemeriksaan perubatan menunjukkan pankreas pesakit rosak dan perlu dibuang.
Antara berikut, manakah yang perlu dilakukan oleh pesakit itu untuk mengekalkan aras gula darah yang normal?
mengambil suntikan glukosa
mengamalkan pengambilan gizi seimbang
Mengambil suntikan hormone insulin dan glukagon
mengurangkan pengambilan makanan berkalori tinggi
Kelas makanan manakah yang dicernakan di dalam mulut?
karbohidrat
protein
lipid
serat
Antara yang berikut, yang manakah fungsi hempedu dalam sistem pencernaan?
Memecahkan protein kepada titisan kecil
Memecahkan lipid kepada titisan kecil
Memecahkan kanji kepada titisan kecil
Memecahkan mineral kepada titisan kecil
Antara ciri berikut yang manakah merupakan
penyesuaian ileum untuk menjalankan penyerapan nutrien dengan berkesan?
I Saluran yang panjang
II Dinding dalam yang mempunyai unjuran
III Banyak jalinan kapilari darah dalam ileum
IV Banyak mikrovilus pada permukaan vilus
I dan III
I,II dan IV
II,III dan IV
I,II,III dan IV
Rajah menunjukkan satu organ dalaman X dalam badan manusia.
Aktiviti-aktiviti manakah yang akan terjejas jika organ X rosak?
I Glukosa berlebihan tidak boleh ditukar kepada glikogen
II Lebih banyak toksin akan disingkirkan
III Pendeaminan tidak berlaku
1V Insulin tidak boleh dihasilkan
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Rajah menunjukkan keratan memanjang vilus.
Bahan manakah yang meresap ke dalam X?
air
glukosa
asid amino
asid lemak
Bagaimanakah bacteria dan protozoa simbiosis yang didapati dalam system pencernaan haiwan herbivore membantu pencernaan haiwan itu?
Menghidrolisis kandungan selulosa dalam gizi haiwan itu
Mensintesis asid amino yang tidak didapati dalam gizi haiwan itu
Memangkinkan pencernaan gizi haiwan yang belum sempurna
Menghidrolisis kandungan kanji dalam gizi haiwan itu
Maklumat berikut menunjukkan suatu tindak balas biokimia
Caseinogen ↔ casein
rennin
tripsin
erepsin
pepsin
Rajah menunjukkan sebahagian daripada sistem pencernaan.
Apakah peranan cecair yang dihasilkan oleh bahagian 1 yang dirembeskan ke dalam bahagian 2?
Untuk mencernakan protein kepada asid amino
Untuk menambahkan luas permukaan titisan lemak
Untuk mengasidkan kandungan bahagian 2
Untuk melengkapkan pencernaan kanji kepada maltosa
Rajah menunjukkan system pencernaan seekor tupai.
Bahagian yang manakah A, B, C atau D, mengandungi protozoa simbiotik?
A
B
C
D
