wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH T5 BAB 1

Total questions: 25

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Mengapakah negara-negara barat memberi tumpuan kepada negara China pada abad ke-19?

a)

bahan mentah banyak

b)

tenaga mahir ramai

c)

tanah subur

d)

pasaran luas

2.

Perkembangan teknologi telegraf pada abad ke-17 telah membantu kuasa barat menjalankan kegiatan imperialisme di Asia tenggara. Bagaimanakah perkembangan tersebut membantu kegiatan imperialisme?

a)

Menjimatkan kos

b)

Mempercepatkan arahan

c)

Memudahkan kegiatan perisikan

d)

Membolehkan penyebaran propaganda

3.

Apakah slogan yang digunakan oleh Perancis dalam menjalankan dasar imperialisme di Timur?

a)

Asia untuk orang Asia

b)

Asia tanggungjawab Barat

c)

Tugas menyebarkan tamadun

d)

Beban orang Putih

4.

Imperialis barat telah memperkenalkan sistem Birokrasi barat di Asia Tenggara. Apakah perubahan yang diperkenalkan melalui sistem tersebut?

a)

Penekanan konsep persamaan taraf

b)

Perluasan peluang pendidikan

c)

Pembesar mengetuai jabatan

d)

Penubuhan kerajaan pusat

5.

Penjajah sepanyol memaksa penduduk Filipina menerima Sistem Encomienda. Mengapakah sistem tersebut menimbulkan kebencian penduduk tempatan terhadap penjajah?

a)

Syarat kerakyatan ketat

b)

Harga Komoditi rendah

c)

Imigran bertambah

d)

Cukai yang tinggi

6.

Apakah kesan pengenalan Undang-undang Barat semasa penjajahan British di Burma?

a)

Ekonomi dikuasai oleh orang Cina

b)

Kuasa golongan Mandarin bertambah

c)

Pengaruh golongan agama merosot

d)

Kemerdekaan negara dipercepat

7.

Apakah kesan pengenalan Akta Kampung Ulu Burma dan Akta Perkampungan Burma?

a)

Peningkatan taraf hidup

b)

penindasan golongan petani

c)

pengukuhan golongan agama

d)

penghapusan pentadbiran Tradisonal

8.

Pembesar Mandarin di Vietnam dipilih melalui?

a)

Peperiksaan

b)

Pemilihan rakyat

c)

pelantikan maharaja

d)

Persetujuan golongan bangsawan

9.

Mengapakah British mewujudkan jawatan Residen dan Penasihat British di Tanah Melayu?

a)

Melatih peribumi dalam pentadbiran

b)

Memperbaiki taraf hidup rakyat

c)

Mengekalkan kedaulatan rakyat

d)

Menguasai sumber ekonomi

10.

Apakah implikasi pelaksanaan Birokrasi Barat kepada negara Thailand?

a)

Persaingan kuasa barat

b)

Pemantapan kuasa raja

c)

Pengekalan Kemerdekaan

d)

Penguasaan ekonomi oleh pembesar

11.

Apakah kesan Sistem Tanaman Paksa terhadap penduduk di Indonesia?

a)

Meningkatkan ekonomi

b)

Mewujudkan jurang ekonomi

c)

Menghapuskan cukai pertanian

d)

Menyediakan peluang pekerjaan

12.

Antara yang berikut yang manakah mencetuskan semangat nasionalisme di Asia Tenggara?

a)

Perang Rusia - Jepun

b)

Perang Dingin di Eropah

c)

Perjuangan golongan Luddite

d)

Perjuangan Parti Komunis Malaya

13.

Mengapakah corak gerakan nasionalisme di Asia Tenggara berubah daripada sederhana kepada radikal?

a)

Sekatan pengaruh luar

b)

Perjuangan tidak berkesan

c)

Kekurangan sumber kewangan

d)

Sokongan pemerintah tempatan

14.

Jose Rizal melaksanakan gerakan dakyah untuk memperjuangkan nasib rakyat tetapi gagal mencapai matlamat. Apakah tindakan beliau selepas menemui kegagalan tersebut?

a)

Menubuhkan Katipunan

b)

Melancarkan gerakan bersenjata

c)

Membentuk Liga Bangsa

d)

Menyebarkan pemikiran melalui media cetak

15.

Muhammadiyah adalah pertubuhan penting dalam gerakan nasionalisme tahap pertama di Indonesia. Mengapakah Pertubuhan tersebut ditubuhkan?

a)

Menentang sekularisme

b)

Melancarkan pemberontakan

c)

Menuntut kebebasan bersuara

d)

Membentuk kerajaan Campuran

16.

X merupakan pertubuhan yang ditubuhkan pada tahun 1906 dan telah menggunakan Isu Kasut untuk membangkitkan semangat nasionalisme di Burma. Apakah X?

a)

Liga Pemisahan

b)

Persatuan Belia Buddha

c)

Liga Pembebasan Rakyat AntiFasis

d)

Parti Dobama Asiayone

17.

Pada tahun 1932, Parti Rakyat melancarkan revolusi di Thailand. Apakah kesan revolusi tersebut?

a)

Dasar Tutup Pintu dikuatkan

b)

Pemerintahan Republik dilaksanakan

c)

Kuasa Pembesar tempatan diperkukuh

d)

Sistem Raja Berkuasa Mutlak tamat

18.

Setiap nasionalis pasti akan memperjuangkan kebebasan negaranya daripada cengkaman penjajah. Apakah faktor kejayaan perjuangan nasionalis tersebut?

a)

Bantuan golongan bangsawan

b)

Perpaduan penduduk peribumi

c)

Kerjasama dengan kuasa asing

d)

Kepelbagaian hasil dalam negara

19.

Apakah matlamat perjuangan parti politik seperti Sarekat Islam, Parti Komunis Indonesia dan Parti Nasional Indonesia?

a)

Kemajuan Pendidikan wanita

b)

Kebebasan dalam politik

c)

Kemerdekaan Tanah Air

d)

Kesamarataan bidang Ekonomi

20.

Karya Habis Gelap Terbitlah Terang dan Penulisan Seorang Puteri Jawa mendedahkan tentang?

a)

Kelemahan sistem pemerintahan

b)

Kemerosotan Ekonomi

c)

Ketidakadilan undang-undang

d)

Kemunduran Rakyat

21.

Jose Rizal telah dijatuhkan hukuman bunuh oleh penjajah Sepanyol. Mengapakah tokoh tersebut dijatuhkan hukuman bunuh?

a)

Bersubahat dengan Amerika Syarikat

b)

Dituduh menyertai gerakan pemberontakan

c)

Dsyaki mengkhianati agama Kristian

d)

Membunuh pegawai tinggi kerajaan

22.

Apakah tuntutan gerakan nasionalisme tahap awal di Filipina?

a)

Hak mengundi

b)

Hak kebebasan bersuara

c)

Pemerintahan kuasa raja

d)

Pemerintahan kerajaan sendiri

23.

Apakah matlamat golongan nasionalis di Asia Tenggara pada tahap kedua?

a)

Menuntut kemerdekaan

b)

Membebaskan diri daripada penjajah

c)

Menyebarkan ilmu pengetahuan

d)

Menimbulkan kesedaran politik

24.

Mengapakah Pihak penjajah menyekat kebebasan akhbar seperti Tribune Indegene, Cloche Felee dan Warta Malaya ?

a)

Membendung fahaman komunis

b)

Mengelakkan kebangkitan rakyat

c)

Mengurangkan campur tangan asing

d)

Melemahkan pengaruh kelas bangsawan

25.

Penjajah Belanda mengasingkan pendidikan untuk anak golongan priyayi dengan anak golongan rakyat biasa di Indonesia. Mengapakah Belanda bertindak demikian?

a)

Memecahbelahkan penduduk peribumi

b)

Mengawal kurikulum sekolah agama

c)

Mempertahankan warisan budaya

d)

Menambah Peluang pekerjaan