NEW
Font size
WorksheetsKUIZ 3 AKHLAK SIRAH TAHUN 6
Total questions: 20
Worksheet time: 7mins
Berikut adalah adab yang perlu dilakukan ketika menziarahi jenazah :
Mengelak daripada membantu dalam pengurusan jenazah
Menangis bersama-sama dengan ahli keluarga jenazah
Memaksa ahli keluarga jenazah untuk bersabar
Berdoa supaya jenazah mendapat keampunan
Lafaz istirja` perlu diucapkan apabila kita :
Menjamu selera
Mendengar berita kematian
Membaca buku cerita
Menonton filem aksi
Apakah hukum melakukan sesuatu yang mengaibkan jenazah dan menyebarkan di media sosial?
Digalakkan
Harus
Haram
Wajib
Membaca ayat Al-Quran serta diiringi dengan doa. Berikut adalah :
Adab ziarah rakan
Perkara yang dilarang ketika ziarah kubur
Akibat tidak beradab ketika ziarah jenazah
Adab ziarah kubur
Bilakah kita akan memberi salam dengan ucapan salam seperti berikut السلام عليكم دار قوم مؤمنين ?
Ketika memenuhkan saf di hadapan untuk solat berjemaah
Ketika menziarahi kubur
Ketika melawat keluarga jenazah di rumahnya
Ketika memasuki masjid atau surau
Antara berikut yang manakah bukan fadhilat beradab ketika menziarahi jenazah :
Dapat mengambil pengajaran
Meringankan kesedihan
Menghilangkan sifat zikrul maut
Menimbulkan rasa insaf
Berikut merupakan tujuan seorang muslim menziarahi kubur kecuali :
Mengingatkan kita kepada kematian
Mendoakan agar jenazah mendapat keampunan
Meminta hajat dengan amalan baik si mati
Membersihkan hati yang lalai
Ahmad menyerahkan segalanya kepada Allah setelah berdoa dan melakukan tugasannya dengan bersungguh-sungguh. Berikut adalah :
Sifat Zikrul Maut
Sifat Hubbu Dunya
Sifat Mahabbah
Sifat Tawakal
Allah berfirman : "Katakanlah (wahai Muhammad) jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu." Berikut adalah dalil bagi :
Sifat Mahabbah
Sifat Riya`
Sifat Redha
Sifat Ujub
Antara cara terbaik untuk menunjukkan sifat mahabbah kepada Nabi Muhammad adalah :
Menyambut Maulidur Rasul dengan berlebihan
Membaca buku sirah nabi dan mengamalkannya
Berselawat ke atas nabi dengan tujuan untuk menunjuk-nunjuk
Mencipta hadis-hadis yang palsu
Berikut merupakan undang-undang Allah yang perlu ditegakkan bukan sahaja dalam negara Islam tetapi seluruh dunia kecuali :
Undang-undang Jenayah
Undang-undang hawa nafsu
Undang-undang Muamalat
Undang-undang Jihad
Apakah maksud sebenar melaksanakan Amar Makruf Nahi Munkar ?
Menyuruh kebaikan dan kemungkaran
Menggalakkan kemungkaran melarang kebaikan
Menyuruh kebaikan menggalakkan kemungkaran
Menyuruh kebaikan mencegah kemungkaran
Berikut merupakan prinsip sesebuah negara Islam kecuali :
Al-Adalah
Al-Kazab
Al-Hurriyah
As-Syura
Sahabat adalah mereka yang _______Nabi Muhammad, beriman dengannya dan mati dalam Islam.
Bermimpi berjumpa
Berselawat kepada
Bertemu dengan
Membayangkan wajah
Siapakah yang digelar dengan khulafa Ar-Rasyidin ketika zaman kegemilangan Islam :
Sahabat yang menyertai peperangan Badar
6 orang sahabat yang dijamin syurga
4 orang Khalifah yang dipilih
Sahabat yang berhijrah bersama nabi ke Madinah
Apakah hubungan Saidina Umar Al-Khattab dengan nabi Muhammad selain menjadi sahabat baginda?
Anak angkat Nabi Muhammad
Bapa saudara Nabi Muhammad
Mertua kepada Nabi Muhammad
Menantu kepada Nabi Muhammad
Mengapakah Saidina Uthman Bin Affan digelar dengan gelaran "Zunnurain"?
Menyertai semua peperangan bersama Nabi Muhammad
Berkahwin dengan 2 puteri Nabi Muhammad
Menjadi panglima perang yang mempertahankan Islam
Mendermakan seluruh hartanya untuk Islam
Berikut adalah sumbangan Saidina Uthman bin Affan dalam peperangan Tabuk kecuali :
500 ekor kambing
900 ekor unta
60 ekor kuda
1000 dinar
Saidina Ali bin Abi Talib adalah daripada keturunan Qabilah Quraisy iaitu :
Bani Hasyim
Bani Tayyim
Bani Adi
Bani Umayyah
Dalam riwayat hidup Saidina Ali bin Abi Talib, apakah perkara yang beliau lakukan pada malam penghijrahan Nabi Muhammad ?
Menemani Nabi Muhammad bersembunyi di Gua Thur
Beribadah bersama Nabi Muhammad di Kaabah
Menggantikan tempat tidur Nabi Muhammad
Menjaga rumah Nabi Muhammad daripada gangguan musuh
