NEW
Font size
WorksheetsIMBUHAN APITAN
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Beratus-ratus orang _________ lemas dalam kemalangan feri berlanggar di muara Sungai Rajang awal pagi tadi.
berkhuatiran
menghuatiri
kekhuatiran
dikhuatiri
Orang gelandangan itu tidur __________kotak-kotak.
bertilamkan
ditilamkan
menilamkan
menilami
Pemandu bas itu __________ murid-murid di tepi jalan dengan berhati-hati.
keturunan
penurunan
menuruni
menurunkan
Rakaman nyanyian lagu-lagu patriotik _____________ kepada guru-guru sebelum dipilih oleh mereka.
mendengarkan
diperdengarkan
berdengaran
pendengaran
Balai Raya Taman Intan ___________ mangsa-mangsa banjir semenjak beberapa minggu yang lalu.
penempatan
menempatkan
ditempatkan
petempatan
Guru besar ____________ ucapan perasmian bersempena dengan Minggu Bahasa Melayu peringkat sekolah.
menyampaikan
penyampaian
disampaikan
kesampaian
Sekumpulan murid ___________ ekspedisi mendaki Gunung Tahan untuk aktiviti ketahanan fizikal dan mental.
disertai
menyertakan
menyertai
penyertaan
Qaseh __________ bas kerana lewat bangun pada pagi tadi.
peninggalan
ditinggalkan
meninggalkan
ketinggalan
Para tetamu saling __________ sambil bertanya khabar sebelum majlis bermula.
menyalami
bersalaman
disalamkan
menyalamkan
Daun-daun kering ___________ apabila angin kencang bertiup sejak tengah hari.
berguguran
pengguguran
digugurkan
menggugurkan
Menteri pendidikan ___________ agar semua murid bijak menguruskan masa.
disyorkan
pengesyoran
bersyoran
mengesyorkan
Anak gadis itu _____________ semua harta peninggalan ibu bapanya.
mewariskan
pewarisan
mewarisi
diwariskan
Rumah Encik Hafiz _____________ pencuri semasa dia bercuti di luar negara.
memasukkan
dimasuki
pemasukan
bermasukan
Majlis Perbandaran Kuantan telah _____________ gerai-gerai yang tidak berlesan itu.
merobohkan
dirobohkan
dirobohi
perobohan
Ayah _______________ seutas rantai leher kepada emak.
menghadiahi
menghadiahkan
berhadiahi
mehadiahi
